Ikhtilat dan Psikologi Remaja (Day 7)

KRINGGGG!!!!! Pejam celik, pejam celik ehhh dah hari ke-7 kiteorang berada disini. Pada hari yang penuh barakah  ini, kiteorang dikejutkan dengan mengadakan senam robik bersama-sama dalam dewan selepas membaca  al-ma’thurat . Riadhah hari ini sangat menarik kerana abang deen telah ‘lead’ senamrobik secara tidak langsung dapat mengurangkan lemak-lemak kami. Haha.  Lepas tu, kami bersarapan pagi dgn bihun sup yang sangaaat sedap.

Speakers corner pada hari ini El dari kumpulan renaissance telah menunjukkkan bakat yang telah lama terpendam dan pengucapan beliau telah membuka mata semua peserta MHi untuk merasa lebih yakin dalam public speaking. Menjadi contoh kepada para peserta untuk membina keyakinan ketika berada dihadapan khalayak ramai pada suatu hari nanti. Pengucapannya penuh bersemangat dan padat telah mengujakan kami semua.Semoga bakat yang tersemai di dalam diri El pada masa akan datang
.
Slot pertama sekali lagi telah disampaikan oleh Dr.Adnan yang memfokuskan tentang “perkahwinan”.Kami diberipencerahan tentang serba sedikit tentang ilmu kehidupan berumah tangga.Slot ini telah berterusan sehingga 12 tengah hari setelah tamat slot kedua, ikhwah MHi13/14 telah menunaikan solat jumaat kali pertama dalam kem MHi ini.
          
Seterusnya, Slot ketiga sekali lagi bersama dengan Dr.Adnan dalam kupasan tafsir : surah as-Syams  seterusnya pada sebelah malam adalah slot terakhir bagi Dr. Adnan isu yang mengupaskan ketagihan internet dan pornografi dan usaha-usaha untuk mengatasinya.

Tuntasnya, ada bnayk perkara yang ana pelajari selama 2 hari Dr. Adnan berkampung di Kem Rimba Tamu antaranya remaja perlu berubah kearah lebih baik J

Sekian.
terima kasih. ^^


-Nurul Nasihah Binti Mohd najmi ^^

Comments