Mukaddimah MHI 13-14 Ahlan Wasahlan!! (Day 1)

Dengan nama Rabb kita Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan izinNya juga kita diizinkan untuk memulakan pengembaraan kita sekali lagi di dalam Sekolah Kehidupan IKRAM, kali ke 5, Sesi 2013-2014.

Sekolah yang bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai Abid dan Khalifah yang memahami tujuan diri diciptakan di bumi.

Sekolah yang bercita-cita untuk melahirkan personaliti-personaliti Hijrah yang baru.

Sekolah yang bercita-cita untuk menggilap potensi dan bakat peserta agar mereka menjadi du'at yang serba boleh.

Segalanya sudah tentu dengan izin Rabb kita, melalui doa dan inisiatif bersama dari pelbagai pihak.

TAHNIAH!! kerana telah dipilih Allah untuk menghadiri kem ini. Allah jualah yang memilih mujahid-mujahidah MHI pada tahun ini. Barakallah!

Semoga dengan keterlibatan semua pihak ini menjadi amal yang menghidupkan.

Doakan agar mereka terus tabah dan dipermudahkan Allah dalam misi SELANGKAH MENGUBAH DUNIA INSYAALLAH!

Kem Rimba Tamu, hari pertama masuk kem ini akan dibenci, sehabis kem, kem ini lah yang dirindu-rindui..

Ahlasn Wasahlan!!

Pemandangan yang kadang2 mengharukan, ibu bapa penuh harapan..

Fasi yang sentiasa ceria. Terutamanya Kak Asma :)

Taklimat ringkas. 

Dua orang Inche Boss, Abg Bai dan Abg BaL

Suntikan semangat dari Abg Syed

Hari kami mula ceria dengan sesi Game dan Ice Breaking.

Membuat perkiraan harga

Berbincang untuk cara untuk mengiklankan produk mereka. 

Congkak boleh jadi bumper kereta dan alat kosmetik =='

Produk mereka yang mereka yakin boleh membawa mereka terbang ke angkasa :D

Akan ada lebih banyak diari yang akan di tulis selepas ini, InsyaAllah selepas ini hasil tangan dan perkongsian dari peserta sendiri. Semoga lebih banyak pengalaman dan permata hikmah yang akan dikutip selepas ini. 

Doakan peserta MHI 2013-2014!

Jzkk, Mdrasatul Hayah IKRAM 2013-2014


Comments