Shiny Grey Star

Remaja dan Perubahan, Ayohh!! (Day 6)

Hari keenam , Khamis , 19 Disember 2013

                Rutin seharian diteruskan lagi dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh.  Slot pertama pada hari ini bertajuk ‘ Remaja Dan Perubahan’ bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Topik yang dibincangkan menarik hati peserta menyebabkan semuanya tertawan dan memberi  fokus yang sangat baik. Beberapa aktiviti seperti ‘what is my SWOT?’ dan menulis surat untuk ibubapa telah dijalankan. For reader’s information, aktiviti ini adalah untuk belajar mengenali diri peserta dan seterusnya belajar memperbaiki diri.SWOT stands for [S-Strength, W-Weakness]internal[, O-Opportunities and T-Threat]external. Slot ini secara tidak langsung menyentuh tentang Umar R.A, our ‘role model’ dan proses tarbiyah itu sendiri iaitu bermula dengan tilawah{baca,faham , amal ayat al-Quran dan Hadis}, tazkiyah[menyucikan diri dengan membuang amalan yang bukan dari Islam dan bangun malam] dan seterusnya ta’lim(memberi pengajaran, mengubah kefahaman,membina fikrah).



                Disebabkan masalah teknikal, public speaking yang biasanya diadakan di pagi hari ditunda pada waktu selepas maghrib bermula dengan Ainul Mardhiyah Saharuden dengan tajuk ‘Laman Sosial , Manfaat Atau Mudharat’ diikuti oleh Hanna Nabilah, ‘Institusi Keluarga Membawa Kepada Kemajuan Negara’.Afif Amran dengan tajuknya ‘Cinta Zaman Sekolah Hanya Sekadar Angan-Angan’ dan tidak lupa juga Anas ,’Ragging,  Wajar Atau Tidak?’.mereka telah memberi pengucapan awam dengan terbaik di samping mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dalam Seni Bicara baru-baru ini.
                Pada Malamnya pula, slot diteruskan dengan perbincangan mengenai ‘Remaja Menuju Syurga’. Dalam slot ini Dr. Adnan Bin Umar (penceramah jemputan) mengupas dengan lebih teliti dan mendalam mengenai tafsir surah Al-Mukminun (23:1-11).Maksud tafsir ayat ini ialah memperincikan ciri-ciri orang mukmin yang berjaya.antara ciri-ciri yang dinyatakan ialah khusyuk dalam solat,menjauhkan diri dari perkara yang sia-sia(sama ada perbuatan atau percakapan), menunaikan zakat, memelihara kemaluan dan memelihara amanah . Aktiviti ini memerlukan peserta memberi pandangan sendiri mengenai tafsir surah ini. Peserta memberikan penumpuan yang hebat dan mantap sehingga ke akhir slot walaupun masa sudah menginjak larut malam.

                Kami mengharungi hari ini dengan perasaan gembira dan inquiry(semangat ingin tahu) yang membuak-buak dalam setiap slot yang diadakan.Dengan terbinanya remaja yang mantap dari segi akhlak,fizikal dan emosi akan melahirkan ASET Negara yang tiada tara bandingnya dengan emas segunung. Semoga moto MHi ’13, Selangkah Merubah Dunia dapat terlaksana dengan jayanya melalui pengislahan peserta secara total.

                Kami akhiri tinta hari ini dengan serangkap pantun,
                               Pecah kaca,retak simen.
                               Sudah baca harap komen.

#today’s writer: IMM229 a.k.a ieman & Abdullah Mursyid
Pelapor Setia: Afif Amran juga Shafiqah Zulkifle

(psstt.. kakak fasi komen, okay lah tu, terima kasih sebab tolong update blog :p) 



SHARE ON:

MADRASATUL HAYAH IKRAM

1 comments:

  1. Team mulpen...nk.gmbr.nk.gmbr.nk.gmbr.nk.gmbr.nk.gmbr.... :(

    ReplyDelete