Story for today !! ( Day 15 )

28 Disember 2013, satu lagi sejarah di Kem Rimba Tamu bermula. Hari ini hari ke 15 Madrasatul hayah Ikram berlangsung.

            Umi Ida kembali lagi ke MHi 13/14 bersama kami dengan slot keindahan bersamamu (KBM). Tapi, kali ini mereka membawa dengan skop yang berbeza iaitu pengorbanan dan jasa Ibu Bapa. Kami dihidangkan dengan tayangan video dan sebuah perjalanan yang memberi keinsafan, tentang keperitan ibu bapa kami membesarkan kami sepanjang 17 tahun kami hidup dimuka bumi ini. tidak terkecuali ikhwah dan akhawat juga turut sama-sama merasai hangat kasih sayang ibu bapa yang selama ini kami tidak merasainya.
Agak terkejut apabila umi bagitahu yang mereka telah merima text daripada ibu bapa peserta malam sabtu itu dan berserta Live call! Perasaan bercampur baur kepada sesetengah peserta yang menerima text dan live call daripada ibu bapa masing-masing. Kami juga diberi peluang untuk mengarang surat di dalam satu kad yang diberikan. Surat-surat yang dibuat oleh peserta itu akan dihantarkan kepada ibu bapa mereka. Para peserta meluahkan isi hati mereka yang terbuku di hati mereka yang selama ini tidak kesampaian. Slot ini diakhiri dengan perkongsian daripada beberapa orang peserta.

Slot pada pukul 2:30 petang dinamakan Let’s be A Thinker Bell. Slot ini menyediakan kancah buat para peserta untuk menunjukkan bakat dan kreativiti yang terpendam dalam persembahan gaya mengikut lagu. Pelbagai gaya yang menarik dipersembahkan oleh peserta-peserta mengikut kumpulan. Pada pukul 4:30 petang slot ini telah tamat dengan senyuman nyata di muka para peserta.


Di malam hari, pada pukul 9:00 malam terdapat kejutan buat peserta-peserta yang menyambut hari kelahiran mereka pada Disember dan Januari. Program yang dimulakan dengan provokasi terhadap para peserta memberikan satu situasi yang amat hangat kepada peserta-peserta. Lakonan-lakonan yang dilakukan oleh para fasilitator menambahkan kehangatan suasana ketika itu. Tetapi, pada akhirnya peserta-peserta dikejutkan dengan 10 buah kek untuk menyambut hari kelahiran mereka. Sambutan itu diakhiri dengan gelak tawa di raut wajah mereka. 

Reporter Bertauliah :D
Kautsar

Comments