Usul Isyirin, Hindu and Dakwah? (Day 10)

Kumpulan: Sang Rimba
Tarikh: 23 Disember 2013
Hari: Isnin

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Tiktok... tiktok... tiktok... Masa berlalu dengan pantas. Hari ini telah masuk hari ke-10 kami berada di dalam program MHI. Seperti biasa kami meneruskan rutin harian yang biasa di buat. Pagi ini, slot yang agak istimewa kerana slot ini dikendalikan sepenuhnya oleh Abang Hafiz (Bai) iaitu berkenaan usul isyirin. Abang Bai menggunakan video dan slide untuk mengendalikan slot ini yang mana Ustaz Alias Othman menjadi penceramah media dalam program ini. Pelbagai pendekatan yang digunakan untuk memberikan kefahaman kepada peserta. Bermula dengan taaruf usul isyirin dan latar belakang maka tamatlah pengenalan sesi pertama. Sehingga ke petang.

                Kemudian, beriadhahlah para peserta untuk membuang segala toksik dalam badan. Selepas Maghb, kami disajikan dengan sedikit cerita dan pengalaman dari Abang Man seorang jurutera elektronik. Subhanallah sungguh terkesan kisahnya.

                Selepas itu, untuk slot malamnya, Ustaz Muhammad Fitri bin Abdullah menyampaikan ilmu tentang sejarah dan asas agama Hindu serta cara-cara mendekati golongan ini supaya dapat memberikan sedikit sinar cahaya kepada mereka.

                Tamatnya program, maka berlabuhlah bahtera malam ini. Semoga esok hari menjadi lebih baik daripada harini.


Pelapor : Ahmad Ulwan bin Mohd Sharani



Comments