Shiny Grey Star

Usul Isyirin juga, Fotografi, Ibrah dari Movie (Day 11)

Hari kesebelas,selasa,24 desember

            Pada jam 9.30 pagi,speaker corner bermula yang diwakili oleh lima orang saudari Raudhah Yunus,Nik Yuhamizah,Najihah Wafa,Wan Ahmad Irfan.speakers corner yang disampaikan begitu semangat sekali.Setiap wakil mempunyai isi yang cukup dan menarik minat para peserta untuk mendengar ucapan mereka.

             Pada jam 10.00 pagi pula bermulanya slot usul isyirin 3 yang dikendalikan oleh Encik Mohd Hafiz atau lebih dikenali dengan Abang Bai.Di dalam slot ini para peserta didedahkan mengenai islam.Malah para peserta didedahkan dengan mengenai asal usul islam,definisi-definisi islam.secara keseluruhannya,islam itu syumul ,dimana isalam itu meliputi seluruh kehidupan kita.Oleh itu,segala perkara yang dilakukan haruslah berasaskan agama islam agar hidup lebih diberkati.

             Pada waktu petang,tepat jam 2.30 petang,maka bermulalah slot untuk waktu petang.Slot ini disi dengan kemahiran fotografi yang dikendalikan oleh saudara Syed Ahmad Safwan.Melalui slot ini para peserta didedahkan bagaimana hendak mengambil gambar menggunakan handphone di mana hasilnya akan memberi kepuasan kepada yang melihatnya seperti menggunakan kamera DSCR.para peserta diberi kesempatan untuk mengambil gambar menggunakan teknik yang telah diajarkan sebentar tadi.ternyata hasilnya memuaskan para peserta.Walaupun terdapat beberapa gambar yang kurang  bagus,masih lagi dapat diperbaiki.Secara keseluruhannya,para peserta begitu teruja dengan aktiviti bagi slot ini.Pada waktu malam pula disi dengan movie turbo.

              Secara keseluruhannya,banyak perkara yang didapati berdasarkan slot pada hari ini.Antaranya islam itu syumul,ilmu dalam bidang fotografi serta tidak pernah berputus asa dalam kehidupan seharian walau apa jua yang berlalu.



Pelapor :Salmah Bt Md.Saiful Islam.


SHARE ON:

MADRASATUL HAYAH IKRAM

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment