Day 10 - Hari bersantai

Seperti biasa, kami akan memulakan hari kami dengan subuh berjemaah disusuli oleh bacaan matsurat. Raut keletihan masih lagi terpapar di setiap wajah peserta selepas mengharungi satu hari penuh yang mencabar fizikal dan terutamanya mental (Hari ke- 8).

~~MARHALAH SANG DA'IE~~ (slot pagi)
Kak Azreen memberikan perkongsian tentang pengelaman hidupnya. Sememangnya ceritanya diwarnai dengan manis kenikmatan dan pahit kesengsaraan. Lagu Yurima - Kiss The Rain memenuhi ruang dewan sepanjang slot berlangsung. Setiap pengenalan diri pastinya akan dimulakan dengan biodata diri. Sememangnya Kak Azreen boleh dijadikan contoh mengikut pencapaian kepimpinannya. Selepas disuapkan dengan kehebatannya, dia mula menceritakan tentang musibah yang menimpanya sebagai seorang pendakwah. Kemudian disusuli dengan Q&A ( question and answer). Mulalah soalan mengarut para peserta MHI tapi dijawab adil oleh Kak Azreen.

~~SELIMUT PARA IKHWAH~~ (slot petang)
Para jejaka MHI secara mengejutnya diminta membawa selimut sendiri tanpa sebarang sebab yang dikemukakan. Kerut dahi Ikhwah menunjukkan kebingungan mereka dalam arahan yang tidak berasas oleh Abang Siraaj. Segala persoalan kami terjawab apabila akhirnya Abang Siraaj memberitahu di dalam dewan bahawa akan ada sesi 'Tengok Wayang'. Syarat kami untuk merasa sedikit kebebasan itu adalah dengan membuat perbincangan 10 Musafah Tarbiah. Abang Ashraf memimpin pembincangan itu dengan semangat yang membakar jiwa peserta. Kami melakukan perbincangan itu dengan semangat kerana tidak sabar dengan hasil yang bakal kami peroleh. Akhawat mengeluarkan pendapat mereka dengan penuh semangat sehingga terlupa 'Limit Masa' yang diberikan. Cerita yang ditayangkan adalah 'Dawn of The Planet of The Apes'.

~~ASAS-ASAS AGAMA KRISTIAN~~ (slot malam)
Sejujurnya, kami tertanya-tanya apa sebenarnya yang bakal disampaikan oleh penceramah ini. Dilengkapikan perwatakannya yang memakai jubah putih suci. Ketayap putih yang dipakai melambangkan dirinya yang beriman. Beliau bernama Ustaz Fakharuddin bin Abdul Kudos. Boleh dikatakan beliau telah menghafal satu penuh kitab Bible. Sudah semestinya beliau sudah memahirkan dan menghafal Al-Quran. Penyampaian beliau menarik minat para peserta untuk bertanyakan tentang agama Kristian. Beliau dengan sambil lewanya mematahkan segala hujah kristian dengan berlandaskan Bible itu sendiri. Seorang yang berendah diri. Kami dapat mengesan sifat itu apabila beliau merahsiakan berapa orang yang telah ditariknya memeluk agama yang suci lagi benar. Beliau hanya menceritakan satu kisah dakwahnya yang menggamit Qalbu peserta.

Comments