Day 11 - Hari Bersama Presiden

Pada 24 Disember merupakan hari yang paling 'special' kerana kami sebagai anak muda Ikram dapat bertemu dengan Presiden Ikram. Beliau merupakan seorang yang segak dan 'hensem' walaupun dilanjut usia. Gaya penampilan beliau menampakkan dirinya sebagai ketua yang 'OSEM'. Tajuk yang dibawa oleh beliau adalah 'Remaja & Perubahan'. Walaupun isi yang disampaikan oleh beliau nampak seperti biasa. Contohnya, keazaman yang tinggi, berterusan melakukan kebaikan dan lain-lain lagi. Tetapi cara beliau mengupaskan isi-isi itu sangat GEMPAK! sehinggakan semua peserta MHI berasa sentap dan menusuk di dalam kalbu. Beliau menasihati anak-anak muda untuk terus 'membina' diri menjadi excellent dalam peribadi diri, akademik, kerjaya dan masyarakat. Kami mengakhiri slot kami dengan bergambar bersama Presiden Ikram. (Selfie sikit!)


Slot kedua kami bermula selepas solat zuhur dan makanan tengah hari kali ini ialah masakan Penang! Sedap tau! Kali ini kami berpeluang untuk mengenali seorang insan yang mungkin tidak dikenali di Malaysia tetapi tidak asing di persada dunia. Sir Noordin. Dahulu beliau merupakan seorang pelajar yang terbaik dari 5 ke-bawah. Tetapi akhirnya selepas alam persekolahan beliau berjaya menguasai 21 bidang terutamanya IT dan mendapat 5-DAN dalam martial art.Termasuklah taekwando,karate,aikido dan lain-lain. Beliau mengkongsikan kronologi hidup beliau bersama kami. Beliau berjaya meyakinkan kami bahawa gagal sekali bukan maksudnya gagal selamanya. Beliau berjaya merialisasikan impian beliau hanya bermula dengan 'sehelai kertas' yang ditulis impiannya semenjak umurnya masih di alam persekolahan. Cita-cita utama beliau adalah merantau ke seluruh dunia yang merupakan memang asing cita-citanya berbanding kawannya yang lain. Dalam slot ini beliau telah mengajarkan kami beberapa ilmu 'self-defence' yang paling mudah dan efisien. Cara ini membantu kami sedikit sebanyak sekiranya kami menghadapi sebarang kesusahan.


Selesai mendengar tazkirah Maghrib yang amat mendidik jiwa tetapi still bersahaja dari Dr. Ahmad Zainuddin, kami menikmati masakan yang sememangnya tak asing lagi dari kehidupan kita semua. Telur masak kicap, simple tapi lazat, sehingga menjilat jari!

Slot ketiga yang bermula selepas Isyak disampaikan oleh bekas peserta MHi, Abang Azlan Shah yang sememangnya amat memahami jiwa kami anak muda.Tajuknya, 'Pemuda Kahfi' dimulakan dengan memberi ringkasan tentang fadhilat dan kisah tersirat dalam Surah Al-Kahfi. Beberapa ayat terawal surah tersebut ditafsir dan dijelaskan dengan pendekatan yang senang difahami oleh kami para peserta. Kisah pemuda Kahfi yang sering kita dengar tu pun diceritakan oleh Abang Azlan, tapi kali ni dengan lebih teliti, berpandukan ayat-ayat dalam surah tersebut. Kami, para peserta terkesima ketika sesi story-telling Abang Azlan tentang pemuda Kahfi tersebut kerana, siapa tak suka dengar orang bercerita? Of course it was interesting! Tapi setiap cerita pasti ada moral of the story. Dan moralnya, ya, mampu membakar semangat kami untuk menegakkan agama Allah dalam hati kami. Moral of the story : Korbankan harta dan jiwa demi mempertahankan akidah!

Malam semakin tua. Usai bacaan Al-Mulk, kami pun berangkat ke alam mimpi. Semoga roh kembali memasuki tubuh pada keesokan harinya sepertimana Allah membangunkan kembali tujuh pemuda Kahfi selepas 309 tahun. Pengajaran daripada kisah tujuh pemuda Kahfi yang boleh kami ambil iktibar, mereka tetap memilih Allah dari segala-segalanya. Semoga kami akan menjadi seteguh itu! Wassalam.

oleh Ikbal dan 'Iffah Rahim

Comments