Pada 25 Disember ,slot pagi kami memulakan slot kami dengan menyanyi lagu keramat kami iaitu "gelombang keadilan" dan "hai sahabat" dengan penuh semangat yang membara di dalam diri kami. Seterusnya,slot pagi kami dimulai Encik Wan Mohd Yusof atau lebih mesra lagi dipanggil tok wan. Slot pertama yang bertajuk Islam Di Nusantara (ASEAN). Antara negara tersebut ialah Myanmar,Laos,Thailand,Cambodia,Filipina,Singapura dan Vietnam. Setiap negara dilanda kesusahan bak kata pepatah "berat mata memandang,berat lagi bahu memikul". Kami turut bersimpati atas setiap kesusahan yang dihadapi oleh rakyat di setiap negara tersebut. Tok Wan menyarankan agar semua pihak terutama sekali ditujukan pada badan NGO supaya mengirimkan bantuan diplomatik seperti bekalan makanan serta kewangan dan lain-lain.
Muqaddimah sudah dijalankan,fighting! |
![]() |
Sedikit penerangan diberikan oleh orang yg berpengalaman dalam sesi fotografi |
Khusyuk mendengar ceramah daripada cikgu Kamarulzaman |
Oleh;
Mawaddah Zainal.
Comments
Post a Comment