Day 13 - Khabar dari Bumi Anbia'

Biladussyam 
 Pada pagi 26 Disember 2014, seorang lelaki menjejakkan kakinya ke dewan MHi kami. Lelaki ini jugalah yang pernah menjejakkan kakinya di bumi Syam (Syria) dan melihat dengan matanya sendiri hasil kekejaman rejim Bashar Assad. Lelaki ini yang diberi nama Encik Syazli, berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang sejarah dan isu semasa negara tersebut bersama kami.

Semuanya bermula dengan contengan "Rakyat mahu jatuhkan kerajaan" di dinding oleh kanak-kanak. Lalu, bermulalah suatu revolusi yang mengubah bukan sahaja landskap Syria, tetapi juga dunia.

 Kami terkedu mendengar perkongsian tersebut. Lalu, soalan demi soalan tentang Syria turut diutarakan oleh peserta MHi. Ya, melalui Encik Syazli, baru kami tahu akan perkembangan di sana sekarang. Dalam diam, lahir rasa syukur serta berkobar-kobar dalam kalangan kami untuk menentang ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku serta membantu mereka yang tidak bersalah di Syria. Kata Encik Syazli, doa kerana itulah satu-satunya perkara yang setiap daripada kami mampu untuk buat. Ayuh, doa untuk Syria!

Aku Khadam Ummah!
 Petang yang suram itu menjadi hangat apabila Abang Aiman Khairul Azzam memulakan bicaranya dengan kata-kata semangat yang lantang! Begitu lantang sehingga bergema Kem Rimba Tamu ni dengan suara beliau. Begitu lantang, kami tak mampu menutup mata. Kami jadi teruja. Kami tertanya-tanya, apa yang bakal dibawa oleh Saudara Aiman ini buat kami, anak muda MHi?

Palestin dan kebebasan yang masih belum dikecap. Itulah antara kupasannya pada slot kedua ini. Masjidil Aqsa, topik hangat yang dibicarakan. Namun, isu serangan terhadap Masjidil Aqsa tak dihebahkan dengan meluas kepada dunia. Dalam slot ni, kami mendapat bukan sahaja pengetahuan tentang Palestin kini, tetapi juga ditiup semangat baru~

Untuk berkhidmat buat ummah!

Kepercayaan dan Kebudayaan Kaum Cina


Jika pada malam-malam sebelum ini, kami telah diajar serba sedikit tentang agama Kristian dan Hindu, pada malam ini pula, kami dihadiri lagi wakil dari Hidayah Centre untuk mempelajari tiga kepercayaan dan kebudayaan utama orang Cina di Malaysia. Agama Buddha, Taoisme dan Confuciunisme. Dalam kupasan Abang Nicko Zulkarnain, ketiga-tiga kepercayaan ini amat menekankan nilai kebaikan dan kesederhanaan. Malah, mereka dari rumpun yang hampir sama.

Abang Nicko Zulkarnain, walaupun baru memasuki alam 20-an, namun mempunyai pengetahuan yang luas sekali tentang kepercayaan-kepercayaan tersebut. Ya, kami patut mencontohi beliau.

Perkongsian malam itu semestinya memanfaatkan kami especially di negara kita yang majmuk ini. InshaAllah, peserta MHi akan memanfaatkan ilmu tersebut dengan sebaiknya.



oleh 'Iffah Rahim

Comments