Day 9 - Meneroka Alam Kereta

22 Disember 2014 - Seperti biasa, sebelum slot pertama dimulakan Public Speaking telah disampaikan oleh beberapa peserta terpilih yang bertuah. Alhamdulillah, terdapat peningkatan yang agak ketara dalam penyampaian mereka.


Memandangkan hari hujan, Bengkel Kereta terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang. Sementara itu Abang Syed telah mengambil ruang yang ada untuk kami membincangkan tentang pengajaran dan nilai yang kami dapat daripada ekspedisi di Gua Batu Maloi. Berdasarkan pembentangan peserta, banyak pengajaran yang amat bermakna dapat kami kongsikan bersama. Pengalaman di dalam gua selama 3 jam setengah itu telah memberikan impak yang agak besar dalam diri kami. Mungkin ada antara kami yang hampir menamatkan perjuangan di kem MHi pada tengah jalan, tapi ekspedisi ini telah mengubah persepsi kami sama sekali. Malah, kami menjangkakan sesuatu yang lebih mencabar lagi selepas ini :)


Selepas usai solat Zohor dan makan, hari diteruskan dengan slot Bengkel Kereta bersama Pak Cik Mizi. Beliau merupakan seorang mekanik yang berpengalaman selama hampir 10 tahun. Pada mulanya peserta agak terpinga-pinga kerana ianya merupakan sesuatu yang agak asing bagi kebanyakan daripada kami. Namun setelah diterangkan secara terperinci dan penuh bersemangat oleh Pak Cik Mizi, kami semakin excited untuk 'membedah' kereta yang ada.



Selepas Asar, demonstrasi 'membedah' kereta pun dilakukan. Kami telah diperkenalkan dengan pelbagai komponen kereta dan solusi kepada permasalahan kereta. Semestinya ilmu ini amat amat berguna kepada kami yang majoritinya bakal mengambil lesen memandu kereta. Terima kasih Pak Cik Mizi!

Malamnya, para peserta didatangi seorang penceramah yang begitu dikenali dalam organisasi IKRAM. Beliau merupakan Naib Presiden pertubuhan IKRAM Malaysia iaitu Encik Shahrul Aman Mohd Saari. Beliau telah menerangkan peranan belia dan remaja dalam menggerakkan dakwah. Dengan itu, kami lebih tahu tentang peranan kami dengan jelas untuk mencapai negara rahmah.




 Terima kasih Encik Shahrul :)

oleh Najihah Marsus


Comments