Madrasatul Hayah IKRAM 14/15 (Day 1-5)

Pada 14 Disember 2014 pendaftaran MHI 2014/2015 berlangsung seawal jam 2-6 petang. Seramai 96 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM dari pelbagai sekolah dan pelbagai negeri. 

Program bermula dengan aktiviti solat maghrib, mathurat dan solat isyak berjemaah. Slot pertama bermula pada jam 9 malam iaitu sesi Ice-Breaking bersama abang-abang dan kakak-kakak fasi yang sangat sporting dan hebak! Dalam sesi kami bersama Abang Syed yang mana beliau memperkenalkan kepada kami lagu tema iaitu Gelombang Keadilan. Kemudian beliau mengajar kami beberapa permainan bagi merapatkan lagi hubungan kami di sini. Pada masa yang sama  kami juga dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 5 kumpulan ikhwah dan akhawat. Kami diminta untuk berta'aruf sesama ahli kumpulan bagi membina hubungan yang rapat bagi memudahkan kami menjalankan aktiviti seterusnya. Setelah itu, majlis ditangguhkan dan semua peserta dibenarkan untuk berehat.

Seawal jam 5.30 pagi semua peserta diminta untuk bersiap bagi menunaikan solat subuh bersama-sama dan diteruskan dengan bacaan Mathurat serta tazkirah daipada Abg Syed. Setelah itu, semua peserta berkumpul di padang untuk perhimpunan pertama MHI1415 untuk stretching dan berkawad serta beriadah. Selepas itu, semua peserta berkumpul semula dalam kumpulan bagi membahagikan tugas seperti ketua, bendahari, setiausaha dan beberapa jawatan kuasa yang mana mereka juga akan terlibat secara langsung bagi mengendalikan program MHI. Setelah itu tertubuhlah Majlis Syura, JK Sukan, JK MulPen, JK Chef serta JK Kebersihan & Kebajikan yang akan mengendalikan MHI1415 dengan bantuan para fasi. Pada sebelah petang selepas asar, para peserta dibenarkan untuk beriadah dan melakukan kendiri kecuali tidur. Setelah itu semua bersiap untuk maghrib, mathurat, tazkirah dan makan malam. Seterusnya slot bersama Abang Syed Faizal mengenai seni pengucapan awam. Banyak yang dapat peserta belajar antaranya ialah body language dan tips 4 penjuru. Seterusnya peserta membaca surah Al-Mulk bersama dan maut sughra.

Rutin harian diulang kembali dengan solat subuh bersama. Seterusnya perhimpunan MHI dilaksanakan seperti biasa. Seterusnya kami bermain permainan yang dinamakan Earthquake. Seterusnya semua peserta didedahkan dengan taklimat memasak bersama Mak Long dan Pak Long kerana selepas ini semua peserta dikehendaki menyediakan hidangan mengikut kumpulan masing- masing berpandukan jadual yang telah disusun. Pada waktu malam, Slot Asas-asas Tilawah Al-quran bersama Ustaz Aqib. Beliau mendedahkan kepada semua peserta tentang kepentingan dan cara-cara membaca Al-Quran denga betul dan tepat. 

Pada hari keempat seperti biasa solat subuh bejemaah. Pada pagi ini, semua peserta terlibat dalam permainan yang dikendalikan oleh Abg Siraaj iaitu Pompom dan Twin. Permainan ini merupakan permainan yang dapat merapatkan ukhwah dan membentuk kerjasama yang sangat baik. Pada belah petang sesi bersama Abg Khairul Fadhli yang mana beliau berkongsi tentang pengalaman beliau mengendalikan MHI sepenuh masa selama dua tahun. Seterusnya pada belah malam slot pertama bersama Dr. Adnan. Beliau berkongsikan tentang Membangun Potensi Manusia. Dalam slot ini beliau mengajak kesemua peserta untuk mendalami wahyu dengan mengaitkannya dalam kehidupan. Beliau akan bersama di MHI selama tiga hari.

Keesokan harinya, slot pertama ialah Kita, Islam dan Perubahan. Di sini peserta didedahkan dengan cara kehidupan Saidina Omar Al-Khattab dan aktiviti tarbiyah. Kita juga diberi satu teknik SWOT bagi mengatasi kelemahan dan kelebihan diri bagi mengubah ke arah yang lebih baik. Pada sesi petang bersama lagi dengan beliau mengenai Rahsia Hidup Antara Cabaran dan Peluang. Di sini kami didedahkan dengan cara kehidupan Bill Gates pula tentang rahsia kejayaan beliau yang semestinya membantu peserta dalam mengahadapi hari mendatang. Untuk slot seterusnya kami didedahkan tentang surah al-mukminun. Pada malam ini Dr. Adnan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai solat dengan lebih mendalam mengikut acuan ulamak Fiqh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pada hari seterusnya, tazkirah subuh oleh Dr. Adnan mengenai pembedahan surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak rahsia yang mendalam. Slot pertama, Dr. Adnan menceritakan tentang Ikhtilat yang mana peserta didedahkan dengan tips mencari pasangan dengan beberapa cara yang berlandaskan syariat islam. Selepas solat jumaat, Dr. Adnan memberikan ceramah mengenai Minat dan Kerjaya sebagai panduan kepada para peserta untuk memilih bidang yang ingin diceburi di universiti kelak. Beliau juga melakukan ujian Minat Inovasi & Kerjaya bagi mengenal pasti setiap kemahiran dan minat setiap peserta agar tidak tersilap langkah dalam memilih bidang di universiti. Pada belah malam pula, semua peserta dikenalkan dengan lagu tema kedua iaitu Hai Sahabat. Seterusnya, setiap peserta duduk di kumpulan masing-masing dan berkongsi kisah hidup suka dan duka sesama ahli kumpulan.

Comments