Day 16 - Refresh!

29 Disember 2014 - Pada pagi itu, kami bersama Ustazah Maznah  Daud untuk slot yang buat hati kami berbunga-bunga, bergelora. Slot tersebut bertajuk ‘Wanita Dalam Sirah’. Antara kisah srikandi yang dikongsi ialah Zainab bt. Jahsy, Hafsah bt. Umar dan Ummu Salamah. Mereka tidak begitu terkenal seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah, namun mereka mempunyai akhlak dan pekerti yang amat mulia serta wajar menjadi teladan untuk kami semua. Ya, ada sedikit ‘zapp’ di situ bagi kami peserta perempuan MHi.

 Slot kedua, kami meluangkan masa bersama fasilitator-fasilitator yang selama ini sudah berpenat lelah membimbing dan membanting tulang untuk kami, peserta MHi. Taaruf yang lebih mendalam dan perbincangan dalam kumpulan dilaksanakan. ‘Feedback’ turut dikongsi dan direnung bersama demi memaksimakan manfaat dari program MHi ini. Ada yang bergelak ketawa, dan ada yang bernada serius. Usai perbincangan, kami meneruskan aktiviti masing-masing. Tapi outdoor saja. It’s riadah time!

 Matahari sudah lama terbenam. Gelap kelam hanya disinari samar-samar cahaya bulan. Tapi terdengar sayup-sayup suara dari satu arah. Apabila didekati, dapat dilihat terdapat tubuh-tubuh yang kaku sedang terpaku melihat sesuatu yang bercahaya, terpampang di hadapan mereka.

Tubuh-tubuh itu adalah kami, peserta MHi yang sedang khusyuk menonton filem ‘The Gifted Hands’. Lakonan siapa pun kami tak berapa pasti tapi ia berdasarkan kisah benar seorang doctor pakar otak bernama Ben Carson. Beliau merupakan orang pertama yang berjaya memisahkan kembar siam yang dapat hidup dengan normal. 

Cerita tersebut mempunyai pelbagai pengajaran dan nilai yang positif. Kami terhibur dan berazam untuk mencontohi sifat positif yang ditonjolkan oleh Ben Carson.

Hari yang santai dan penuh makna ini diakhiri dengan bacaan Al-Mulk bersama-sama. Moga kami juga dapat bersama-sama di syurga nanti. InshaAllah. Wassalam.

 oleh Hidayah Zakaria

Comments