Day 18 - Diversity is Good

31 Disember 2014 - Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj, Naib Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah dan masyarakat kita. Ya, slot pertama yang bertajuk 'Managing Diversity' telah disampaikan oleh beliau, Dr. Harlina. Ooh yeah, mana tak excited.





 Slot tersebut dimulakan dengan segmen mengenali diri. Sebelum menilai masyarakat sekeliling, kami perlu belajar tentang personaliti kami dulu menggunakan ujian DOPE atau burung. Tapi, kami tidak sempat untuk melaksanakan ujian tersebut atas sebab-sebab teknikal. Namun, kami masih dapat mengenalpasti personaliti setiap burung yang mewakili identiti masing-masing.

Dr. Harlina kemudiannya memberitahu bahawa kita perlu menerima dan pandai menguruskan kepelbagaian dalam masyarakat kita. Especially dalam masyarakat majmuk di Malaysia ni. Unsur-unsur negatif seperti racism, diskriminasi, bias dan lain-lain tidak sepatutnya ada lagi. Bermula dari kami, ya, generasi kami, unsur negatif itu tidak sepatutnya ada lagi dalam kamus hidup.

Slot bersama Dr. Harlina ini berlanjutan hingga ke petang. Kami telah mengambil manfaat yang maksima dari ceramah tersebut memandangkan perkongsian ini bermula dari pagi. Memang tidak hairanlah mengapa nama beliau begitu gah dalam bidang dakwah dan perubatan. Kerana perkongsian dan pengalaman beliau sedikit sebanyak sangat mengagumkan kami.

Sudah lebih kurang 3 minggu kami berada di sini. Dan sudah lebih kurang 3 minggu jugalah kami tidak bersua muka dengan keluarga ter-chenta, ibu bapa.

Jadi pada malam itu, slot'Hargai Ibu Bapa'telah dihadiri oleh Ummi Ida, ahli Perwakilan Nasional
Ummi Ida, yang juga merupakan seorang ibu telah mengingatkan peserta MHi tentang ibu bapa kami, dan jasa mereka selama ini. Mengalir air mata beberapa peserta, semestinya. 3 minggu sudah! Pastinya kami rindu!

Lalu, diedarkan kad-kad bersama sampul kepada para peserta. Kad yang kosong untuk dicoretkan kata-kata buat ibu bapa kami. Suasana dewan sepi. Semua peserta khusyuk menulis surat buat ibu bapa masing-masing. Ada yang makin deras air matanya. Kad yang berisi harapan dari anak-anak ini dimasukkan ke sampul dan dikumpulkan. Kad-kad ini diposkan pada keesokan harinya.

Hari ini, kami belajar untuk menghargai kepelbagaian yang ada di sekeliling kami dan ibu bapa kami sendiri.

Kami takkan lupa. Kami akan usaha. Tunggu kami pulang Ibu Ayah, Mama Papa,Umi Abi, Mak Abah. Kami akan kembali dengan perubahan, InshaAllah.

oleh 'Iffah Rahim

Comments