Day 19 - Street Dakwah


1 January 2015 - Peserta-peserta MHi telah berkumpul di dewan bagi mendengar taklimat oleh Abang Hafiz Bai untuk persediaan ber-street dakwah. Peserta-peserta juga telah dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setelah selesai melakukan segala persiapan, setiap peserta bergerak ke bas masing-masing dan menuju ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) aka Petronas Twin Tower.



Tibanya setiap peserta di KLCC. Terpegun beberapa peserta yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sini melihat menara berkembar tu. Oh ini bukan masa untuk berlibur. Kami pun memulakan misi kami untuk berdakwah. Apa yang perlu peserta-peserta lakukan ialah berjumpa dengan mana- mana orang bukan Islam dan menanyakan mereka beberapa soalan seperti :

1.Apa agama anda?
2.Apakah yang anda tahu tentang Islam?
3.Apakah pendapat anda tantang Islam?
4.Adakah anda mengenali Nabi Muhammad S.A.W?
5.Apa yang menarik tentang Islam?



Terdapat pelbagai jawapan yang diterima serta dugaan yang dilalui.
Ada yang menjawab dengan baik.
Ada yang sangat arif tentang Islam.
Ada yang mengkritik.
Ada yang menolak.
Ada yang menanyakan soalan yang agak susah untuk dijawab.
Ada yang tidak tahu apa-apa pasal Islam.
Dan pelbagai lagi respon yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Eceh.


Ketika dalam usaha menyampaikan risalah Allah ini, terdapat juga masalah seperti 'language barrier' dan skeptisme yang negatif apabila 'Islam' disebut.
Tabah.
Kelu.
Diam.
Serta mempertahankan dengan berhikmah. Itu antara respon kami.



Setelah ber-street dakwah, kami pun bermain bowling bagi mengeratkan ukhuwah kami serta meningkatkan skil bowling. Tidak dijangka, seorang akhawat yang memegang bola bowling buat pertama kalinya berjaya merangkul markah yang tinggi!!!

 Pelbagai kenangan manis dan pahit yang dialami oleh peserta-peserta MHi. Semestinya, buat kebanyakan kami ini sesuatu pengalaman yang sangat baru. Ia mengajar kami tentang cara berdakwah bil lisan, berkomunikasi dengan profesional dan menerima pendapat dengan hati yang terbuka walaupun agak sakit. Kami juga sedar bahawa ramai orang yang masih kabur tentang agama Islam yang syumul ini dan baanyaaaaaaak lagi ilmu yang perlu ditimba dan diteroka.

Oh ceteknya ilmu kami. Semoga usaha dakwah ini akan berterusan hingga ke akhirnya! Wassalam.

 
oleh Maryam Sofi

Comments