Day 23 - K&K Day

 5 Januari 2015- pada pagi ini,para peserta MHi dikumpulkan di dewan seperti biasa. Untuk slot pagi ini, peserta-peserta dari JK kebersihan dan kebajikan memainkan peranan dalam menjalankan pertandingan yang wajib disertai oleh setiap kumpulan. It's K&K day!

Slot dimulakan dengan sedikit taklimat daripada penganjur tentang serba sedikit mengenai pertandingan. Setiap kumpulan akan melalui dua pusingan bagi pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan dimulakan dengan pusingan pertama iaitu sesi fotografi.. Setiap kumpulan diminta menghantar 3orang wakil yang dipercayai berbakat dalam fotografi untuk menyelesaikan pusingan ini. Peserta diberi masa untuk keluar dari dewan dan menangkap beberapa gambar mengikut kreativiti masing-masing..

Manakala peserta yang tinggal di dalam dewan diberi tugasan baru iaitu membuat persediaan untuk ke pusingan yang seterusnya. Untuk pusingan kedua,setiap kumpulan diminta membuat persembahan yang berkaitan dengan tiga tema, kebersihan, keselamatan dan kebajikan.

Seterusnya,slot kedua kami dimulakan dengan persembahan-persembahan yang agak menarik daripada peserta-peserta ikhwah. Ada yang berlakon dan ada juga yang menyanyi. Dewan MHI diriuhkan dengan gelak tawa para peserta ketika menonton persembahan-persembahan yang menghiburkan.

Persembahan oleh para peserta akhawat pula dipertontonkan pada waktu riadah dan peserta ikhwah dilarang sama sekali untuk berada di kawasan berdekatan dewan. Semua peserta akhawat dihiburkan dengan gelagat-gelagat lucu daripada para pelakon dan penyanyi.

Slot malam kami pula bersama Abang Hafiz Bai dimana kami membasahkan diri bermain War Game. Para peserta diasingkan kepada ikhwah dan akhawat. Lokasi untuk ikhwah bermain ialah di padang manakala akhawat di kawasan parking. Dalam permainan ini,setiap kumpulan diminta untuk mengisi 35 beg plastik dengan air sebagai 'peluru'. Setiap kumpulan yang terdiri daripada 8 orang peserta haruslah berpasang-pasangan di mana salah seorang dari mereka memainkan peranan sebagai 'defender' manakala seorang lagi 'attacker'. Malam itu menjadi riuh rendah dengan suara semangat daripada para peserta sambil 'menembak' musuh masing-masing serta hujan yang menyirami malam itu. Kami berasa gembira walaupun permainan itu agak meletihkan. Sangat meletihkan juga sebenarnya.

Oleh itu berakhirlah hari ini dengan Al-Mulk dalam keadaan basah. Basah lagi hati kami dengan zikir. Wassalam.

oleh Husna Abdul Somat

Comments