Day 24- HARI SUKANEKA !

Assalamualaikum,salam pembuka bicara.

Hari ini kami tiada slot. Tetapi kami mengikuti program yang diaturkan oleh AJK Sukan MHi iaitu hari sukaneka. Acara ini amat dinanti-nantikan oleh para peserta mahu pun para fasi. Selepas kami sarapan,kami diarahkan untuk pergi ke padang. Kami membuat senaman aerobik yang telah diketuai oleh Abang Dhany. Seorang abang yang sado dan gagah!




Yeah,jadi kita teruskan dengan agenda utama kita iaitu sukaneka. Mula-mula kami diminta untuk mengumpul 6 orang daripada setiap group masing-masing. Jadi kamu teruskan dengan permainan pertama iaitu kereta api dadu,diikuti dengan musicial chair,game "pijak belon" serta running man.
Secara tak langsungnya kami diberikan ibrah bahawa kerjasama dalam kumpulan itu amatlah diperlukan. Tak lupa juga kepada semangat berukhuwah kerana "UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN."

Usai solat isya',kami bersama abang Amir Syafik bin Alias dalam slot Ikramsiswa. Banyak pendedahan serta pengajaran yang diberi termasuklah semasa di ipt, kita kena self-discipline dan sebagainya. Abang Amir juga pesan bahawa keimanan adalah kunci kekuatan. Sekian.

Mawaddah Zainal.

Comments

Post a Comment