Day 25-An Extraordinary Day

Salam Alaik,
          "How To Connect With Parents" itulah isu slot yang diutarakan kepada kami pada pagi ini. Slot ini dikendalikan oleh Puan Azlina Roszy Mohd Ghaffar.Slot ini agak menarik dimana kami diajarkan tentang bahasa. Bukan Bahasa Cina mahupun Bahasa India. Tetapi bahasa-bahasa yang fantastik iaitu Dosa Bahasa serta 10 Bahasa Cinta Dengan Ibu Bapa.Disini saya ini berkongsi Cara untuk mengeratkan hubungan dengan ibu bapa. Antaranya ialah;

1)Menggunakan Komunikasi Sunnah.
2)Membina Kepintaran Emosi.
3)Selalu Berhubung.
4)Birrul Walidain yang bermaksud berbakti kpd ibu bapa.
5)Sentiasa memohon maaf.
6)Mendoakan kedua-dua ibu bapa.
7)Berdoa ditemukan di Syurga.

         Slot petang yang bertajuk Membina Keyakinan Untuk Berjaya yang diberikan oleh Datin Che Asma bt. Ibrahim.Beliau menerangkan kepada kami semua untuk fahami 3 perkara iaitu "Dari mana kita datang,Untuk Apa Kita Hidup dan Kemana Kita Akan Pergi Selepas Ini". Ini adalah persoalan-persoalan yang ditujukan kepada kami agar kami dapat merancang kehidupan kami yang mendatang dengan sebaik-baiknya. Kami juga dididik untuk berpandangan jauh dalam kehidupan kami.

        Slot yang paling menginsafi diri adalah slot malam. Pada mulanya,Abang Siraaj bersama kami untuk menceritakan pengalamannya semasa beliau berada di MHi ketika dahulu. Kemudian Kak Azreen dikenali sebagai Kak Een mengambil alih slot itu sambil dibantu oleh para fasi. Slot ini amat menghayat hati kerana kami diberikan kain penutup mata untuk menutup mata kami. Kami disuruh mengikhlaskan hati sepanjang slot itu berjalan. Kedengaran suara-suara yang sayup menceritakan tentang kembalinya manusia kepada Maha Pencipta. Slot yang sungguh menusuk kalbu. Moga-moga kita semua dapat kembali kepada Allah dalam keadaan Husnul Khotimah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
                                                                                                                                    Mawaddah Zainal.

Comments