Day 26-Two Days Left

Ahlan Wa Sahlan! Pagi!

         Seusai menyanyi,slot pagi kami bersama Abang Hafiz Bai. Slot kami bertajuk Dakwah & Tarbiyah. Pada mulanya,kami diberi definisi apa itu dakwah dan apa itu tarbiyah. Seterusnya,movie time! Kami ditugaskan untuk "Bedah Movie" tersebut. Kami ditayangkan dengan satu cerita yang berjudul "Sang Murabbi-Mencari Spirit Yang Hilang". Lalu ramailah yang fokus untuk mencari ibrah yang dilihat di dalam cerita tersebut. Watak utama dalam kisah ini adalah Ustaz Rahmat Abdullah. Cerita ini mengisahkan seorang hamba Allah yang bermatian-matian berjuang untuk menegakkan syiar Islam walaupun berliku-liku dugaan yang mendatang,dia tempuhi dengan sabar. Dia juga meletakkan Allah sebagai cinta pertamanya kemudian barulah ibunya,keluarganya serta isteri dan anak-anaknya. Cerita ini amat menarik kerana terdapat pelbagai ibrah yang kami dapat.

          Selepas makan tengah hari,Slot IkramHealth yang disampaikan oleh Dr. Munawwar pun bermula. Ini dapat membuka minda kepada kami sekiranya kami menempuh kecemasan pada masa yang akan datang. Slot ini amat membantu kami kerana kami diberi cara-cara apabila menghadapi orang yang pengsan,tercekik dan sebagainya. Moga apa yang diajarkan dapat dimanfaatkan oleh kami kelak.


         Slot malam yang bertajuk Khidmah: Masyarakat Madani oleh Pakcik Syed Ibrahim Syed Noh. Masyarakat Madani bermaksud Institusi Masyarakat,bukan kerajaan dan bukan perniagaan.Salah satu apa yang diajar oleh pakcik Syed Ibrahim ialah "Formula Dakwah Power"; Kualiti Diri + Pengalaman Medan = Dakwah & Tarbiyah Terasuh dan Teruji. Jadi malam kami diakhiri dengan bacaan Al-Mulk kemudian kami diarahkan untuk light off seterusnya tidur. Sekian.


                                                                                                               Mawaddah Zainal.

Comments