Day 27-A Memorable Day

Assalamualaikum w.b.t;

     Alhamdulillah pagi yang indah,indah lagi kami ditugaskan untuk menyembelih ayam. Kami diarahkan untuk membentuk satu kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang. Kami ditugaskan untuk menangkap dan menyembelih seekor ayam.




       Setelah ayam disembelih,direndam dengan air panas,dicabut bulu dan dicelup dengan air panas semula. Kami kembali ke dewan untuk meneruskan slot pagi kami. Mungkin kami agak kelewatan namun kami berusaha sedaya upaya kami untuk menguruskan diri dan bersegera untuk masuk ke dalam dewan.Kali ini,slot bersama Pakcik Yaakob yang membawa slot Pengenalan Ikram. Kami didedahkan dengan apa itu Ikram? Dasar Ikram,Struktur Ikram,Lagu Ikram,Rancangan & Amal Ikram serta Cogan Kata Ikram.

       Seterusnya,pagi tadi adalah slot terakhir kami. Maka berakhirlah slot kami. Kami cuma melakukan gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan masing-masing.Kemudian,kami bersiap sedia untuk acara Malam Kebudayaan pada sebelah malam.

     Di waktu malam,sementara menunggu giliran,para ikhwah menjamu selera terlebih dahulu. Mereka dihidangkan dengan makanan yang cukup menyelerakan iaitu BBQ dimana ayam yang kami sembelih pada siang tadi dan kambing golek. Sedang seronok ikhwah makan,akhawat pula melakukan persembahan. Setelah selesai makan,akhawat pula menyaksikan persembahan ikhwah. Sungguh tidak dapat dilupakan adegan-adegan yang mengusik hati yang dilakonkan oleh setiap kumpulan daripada ikhwah.Kini,kami tidur dengan lena setelah seharian memikul tugas yang diberi.
Selamat malam.



                   Mawaddah Zainal.

Comments