Shiny Grey Star

Jaulah-Day 1

Salam Alayk,

     Pada 14 Januari 2015,seramai 37 peserta ikhwah dan akhawat termasuk barisan fasilitator mengikuti program jaulah yang diberi nama #R2K2015 (Road To Kemboja). Setibanya mereka di KLIA mereka diminta berada disitu pada pukul 4.30. Setelah semuanya sudah diuruskan maka mereka menaiki pesawat Air Asia pada pukul 7. Setibanya di Lapangan Terbang Pnomh Penh pada jam 8.30 waktu tempatan,mereka terus bergerak ke Pejabat Mufti Kemboja kemudian ke Muzium Tuol Sleng .

Di Lapangan Terbang Pnomh Penh

Di Pebajat Mufti Kemboja bersama Ustaz Kamaruddin

Di Muzium Tuol Sleng
              Seterusnya mereka berangkat ke Kampung Keh,daerah Kampot. Dikatakan jarak dari Bandar Pnomh Penh ke Kampot adalah 150km.Setelah sampai mereka menunaikan solat maghrib di sana secara berjemaah. Kemudian mereka dibahagikan kepada rumah keluarga angkat masing-masing. Dikatakan mereka akan kekal bersama keluarga sehingga 21 Januari. Selamat malam.

                                                                                                                 
Mawaddah Zainal.

SHARE ON:

MADRASATUL HAYAH IKRAM

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment