4 hari berlalu setelah peserta-peserta MHI meninggalkan teratak yg dicintai - Kem Rimba Tamu . Tidak bermakna kami diam . Tidak bermakna kami tidak merancang . Media maklumat digunakan sebaiknya oleh kami untuk terus berinteraksi dan meneruskan perjuangan kami dalam mengekalkan bi'ah islamiah dan bersedia menempuh dunia luar .
Perancangan dan stategi teliti sedang disusun bagi kami meneruskan jihad kami sebagai "Pendakwah Pada Abad Millenia" ini . Kami yakin bahawa kami diciptakan oleh YANG MAHA PENCIPTA bukan hanya untuk diri kami sendiri mahupun hanya buat keluarga . Tetapi kami yakin kewujudan kami ADALAH UNTUK UMMAH . InsyaAllah, mohon didoakan agar pelan-pelan peserta MHI 14/15 berjalan dengan lancar . Sesungguhnya manusia boleh merancang . Tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT .
![]() |
One Step in Changing The World, Amin ~ |
Comments
Post a Comment