Skip to main content

PENDAFTARAN MHI'1819 KINI DIBUKA!



Assalamu'alaikum wbt

Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM, kami bawakan...

MADRASATUL HAYAH IKRAM 2018-2019
(MHi'18/19)


Tarikh:
22 Disember 2018 – 19 Januari 2019 (29 Hari)


Tempat:
Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor

Yuran:
RM1,000 (anak ahli IKRAM)
RM1,100 (bukan anak ahli IKRAM)

Pendaftaran:


Tarikh Tutup Pendaftaran:
12 Disember 2018



Anjuran:
JK Belia dan Remaja Pusat dengan kerjasama IKRAMTeens

-------------

PENGENALAN

Sekitar hampir 500,000 orang pelajar sedang mengambil peperiksaan SPM termasuk STPM dan STAM saban tahun. Sebahagian daripada mereka akan mengikuti PLKN dan bekerja selepas menamatkan peperiksaan tersebut. Ada di kalangan mereka yang akan banyak meluangkan masa di rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada diri mereka sementara menunggu ditawarkan peluang menyambung pelajaran mereka ke kolej-kolej persediaan, universiti atau yang setaraf dengannya. 

Sepanjang tempoh transisi ini, mereka sewajarnya dipersiapkan dengan pelbagai cabang ilmu bagi mengukuhkan lagi persediaan mereka sebelum melangkah ke alam mahasiswa yang jauh lebih mencabar. Pelajar Muslim yang bakal bergelar mahasiswa ini bukan sahaja perlu cemerlang dari segi intelek, sebaliknya turut mapan daripada aspek kerohanian, akhlak, emosi dan jasmani seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang. 


Demi melahirkan bakal mahasiswa yang cemerlang dalam semua aspek tersebut, badan bukan kerajaan perlulah memainkan peranan yang sewajarnya. Pertubuhan IKRAM Malaysia di bawah Jawatankuasa Belia & Remaja akan menganjurkan MHi, satu program yang komprehensif dan intensif selama lebihkurang sebulan. Ia menggabungkan konsep teori dan praktikal bertunjangkan nilai-nilai Islam. Pada tahun ini, MHi sudah masuk tahun kesepuluh setelah enam MHi sebelum ini Alhamdulillah berjaya menyantuni dan mempersiapkan pelajar lepasan SPM/STPM/STAM menuju gerbang dunia mahasiswa yang sarat dengan cabaran. 

MHi turut menyediakan modul program berbentuk sukarelawan dan khidmat masyarakat beserta aktiviti-aktiviti lasak yang menguji fizikal dan emosi peserta. Aktiviti sebegini penting sebagai pengukuhan jiwa untuk hidup berkomuniti dan berorganisasi apabila berada di IPT kelak. Semestinya corak hidup seorang pelajar memerlukan hubungan kolektif sesama ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat yang sihat tanpa mengabaikan syariat. 





OBJEKTIF MHi



1) Melahirkan muslim yang mempunyai 10 ciri-ciri muslim terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak


2) Memberi kefahaman jelas kepada para peserta akan matlamat kehidupan sebenar sebagai hamba dan khalifah ALLAH

3) Membina kemahiran peserta melalui program-program ‘self development’ dan ‘life skills’

4) Melahirkan kepimpinan pelajar IPT yang bertaqwa, berkemahiran tinggi, dinamik dan berketerampilan

5) Menyediakan ruang perkongsian ilmu dan pengalaman tokoh masyarakat, pakar motivasi, ahli profesional, asatizah dan fasilitator dengan para peserta

6) Menjalin dan memperkukuhkan ukuwwahfillah sesama para peserta dan dengan kepimpinan dan ahli IKRAM

7) Memberi pendedahan kepada pilihan bidang kerjaya yang bersesuaian dengan para peserta

8) Memperkenalkan gerakerja Belia Remaja, IKRAM Siswa khususnya, kepada peserta


Modul-modul program dalam MHi merangkumi:

  • Modul Kefahaman Islam - Cth: Kefahaman Islam, Aqidah, Sirah, Fiqah, al-Quran, Hadis, Dakwah
  • Pembangunan Kerohanian dan Spiritual Diri - Cth: Qiamullail, Ibadah yang sempurna, Puasa, Ikhtilat, Kuliah dan Tazkirah, Semakan Tajwid al-Quran harian
  • Kemahiran Kendiri (Soft Skill) - Cth: Kemahiran Memasak, Menjahit, Membaiki Kereta/Motor, Public Speaking, Critical Thinking, Managing Diversity, Etika Blog
  • Aktiviti Luaran (Outdoor Activity) - Cth: Jungle Trekking, Explorace, Night Walk, Water Confidence, Futsal Tournament, Task Force, Street Dakwah
  • Aktiviti Interaktif dalam Dewan (Indoor Activity) - Cth: Majlis Persembahan MHI, Bantuan Kecemasan, Movie Nights, Interactive Games, English Section




-------------

SYARAT PENYERTAAN

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA..
Para pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM yang merupakan:

* Anak ahli IKRAM
* Peserta PRODUCE
* Alumni Sekolah MUSLEH
* Ahli IKRAMTeens
* Pernah mengikuti program Remaja IKRAM
* ANDA YANG BERSEDIA UNTUK MENJADI REMAJA SOLEH wa MUSLEH !!



Bagi memastikan program dapat dijalankan seperti dirancang, peserta2 mestilah memenuhi syarat2 berikut:

·             Tidak merokok
·             Menutup aurat dengan sempurna
·             Tidak pernah dibuang/digantung sekolah
·             Tidak berpenyakit kronik

Sebagai ingatan, pihak kami akan menghantar pulang peserta yang didapati berakhlak /berkeadaan yang mengganggu  perjalanan program. 


ANDA TERMASUK   
DALAM SENARAI & MEMENUHI SYARAT2 DI ATAS..?



Jika ya, Anda Layak Mendaftar sebagai Peserta MHi...!
Jangan Tunggu lagi...! Daftar Segera untuk Pengalaman Sekolah Kehidupan yang Pasti Tidak Akan Dilupakan...!


--------------

YURAN

Ibu/Bapa ahli IKRAM :RM1000.00
Ibu/Bapa belum/bukan ahli IKRAM :RM1100.00


Perhatian!


Bagi memastikan pendaftaran anda diterima,sila jelaskan deposit RM200 sebelum 22 Disember 2018.


Baki yuran boleh dibuat semasa hari pendaftaran atau dijelaskan secara ansuran sebelum program tamat.


::Kaedah /cara pembayaran::

1. Sila Bank In Yuran ke:


·                     Nama Akaun : Pertubuhan IKRAM Malaysia
·                     No Akaun     : 1202 9010 0628 12
·                     Bank             : Bank Islam Malaysia Berhad
2. Untuk rekod kami, sila:
  • Ambil gambar resit/slip bank, dan Whatsapp ke nombor 014-516 2562  
  •  Emailkan ke (naajihahshukri@gmail.com)  
3. Pastikan SLIP / RESIT BANK dibawa semasa pendaftaran


**Resit Rasmi IKRAM akan diberikan semasa pendaftaran, insyaAllah.

Sila Jelaskan deposit yuran sebelum 22 Dis 2018.


Tiada makluman selepas tarikh diatas akan dianggap belum bayar dan tempat mungkin akan ditawarkan pada senarai menunggu.

Sebarang kemusykilan tentang yuran, sila hubungi  014-516 2562 / naajihahshukri@gmail.com




--------------


Barang Keperluan Peserta:
  1. Pakaian harian & Keperluan Indoor (termasuk t-shirts/t shirts labuh bg peserta perempuan)
  2. Pakaian & keperluan outdoor (pakaian & kasut sukan)
  3. Pakaian & Keperluan aktiviti lasak [do expect the unexpected! ] - pakaian & tudung berwarna gelap
  4. Sepasang Baju Formal ( beserta tali leher )
  5. Alatan Membersih diri (sabun mandi,berus gigi dll) 
  6. Alatan Membersih Pakaian (berus, sabun basuh, baldi- jika tidak menyusahkan)
  7. Ubatan [jika anda memerlukannya]
  8. Sleeping Bag/ Selimut
  9. Hangers
  10. Selipar
  11. Torchlight ( lampu Picit )
...............dan lain2 yg dirasa perlu

!!! Alatan yang tidak wajar dilupakan !!!


a. Al-Quran
b. Ma'thurat
c. Alatan Menulis yang membina kreativiti
d. Keperluan Solat
e. Medical Card (jika ada)
f. Bahan bacaan peribadi



Penggunaan Handphone dibenarkan dengan syarat atas tanggungjawab dan risiko sendiri.


Dilarang membawa "ROKOK, Tablet, Laptop, Barang Kemas, VCD FILEM, Permainan Game, Senjata Tajam dan bahan api"





--------------

 LOKASI MHi


KEM RIMBA TAMU


Lot 2558, Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli, 44300 Batang Kali,  Hulu Selangor, Selangor 



PENDAFTARAN MHi

Hari 
Sabtu, 22 Disember 2018
2.00 pm - 6.00 pm
(Makanan disediakan untuk peserta dan ibubapa)



  Sila klik pada gambar di bawah untuk ke tempat program
(KEM RIMBA TAMU)!




  Moga peserta & ibubapa selamat tiba .

Sebarang kemusykilan tentang pengangkutan & tunjuk arah, sila hubungi 
ukht Asma' Mohd Amran (019-614 4558) 
  
---------------

JADI APA TUNGGU LAGI???




TEMPAT ADALAH TERHAD!!!


Comments

  1. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Usrah?/ STREET DAKWAH/ Forum Mahasiswa -Day 21 MHI 13

Slot 1 : Apa itu usrah?  Oleh: Hafiz Bai [9.00-11.55]
Kami didedahkan tentang definisi usrah yang sebenar Abang Bai menerangkan tentang sejarah usrah, siapa yang mengasaskan, bilakah bermula dan rukun usrah iaitu 3T (Taaruf, Tafahum, Takaful) Kami akan dibahagikan dalam usrah mengikut negeri/daerah
*"Tuceen, bangonlah, kita nk p street dakwah ne :(*

*goodie2 bag2x~~*



Slot 2: STREET DAKWAH. The Curve, Damansara [12.00-5.00]
Street Dakwah bertujuan menerangkan dan membetulkan fahaman non-muslim tentang Islam yang telah banyak menyimpang yg mncul dari orang2 Islam yang tidak mempraktikkan Islam sebenar itu sendiri. Setiap peserta diberikan minimum 2 goodie bag yang berisi pamphlet tentang Islam, majalah ilmiah dan sebungkus biskut tiger juga beberapa barang temubual.
Hasil daripada outing ini, Dapat pengalaman responden non-muslim yang menolak Islam dengan keras dan ada juga responden yang mengatakan ; “ I like the religion but I do not like some Muslim who use Islam to justify their…

MHI TAKEOVER SELATAN

Tarikh: 30 December 2018

Pada hari Ahad bersamaan 30 december 2018. Para perserta MHI 1819 telah memulakan perjalanan ke melaka seawal 7 pagi.

Jaulah peserta MHI 1819 ke Melaka telah di bimbing oleh Kak Intan & Abang Umar yang merupakan team Dr,Hafizi

Jaulah kami di mulakan di Kota A Famosa yang juga berhampiran dengan Istana Melaka. Kemudian diteruskan lagi ke Bukit St.Paul.

Selepas beberapa minit berjalan jalan di sekitar bukit St.Paul , kami meneruskan perjalanan ke Makam Syamsudin Al-Sumatrani di Kampung Ketek.

Pada pukul 4.30 petang kami meneruskan perjalanan ke lokasi terakhir kami di Melaka iaitu di Bukit St.John yang juga dikenali sebagai Bukit Senjuang

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Masjid Selat Melaka & menikmati pemandangan yang indah  sambil menunggu waktu Maghrib di sana.


Peserta MHI 1819 di Bukit St. John bersama Kak Intan & Abang Umar