2 JANUARI 2020

LIFE AT UNIVERSITY by Abang Haliim
Abang Haliim mengisi slot ini dengan menceritakan pelbagai pengalamannya sepanjang menuntut ilmu di Universiti Teknologi Petronas (UTP).Cara penyampaian oleh Abang Haliim yang sangat menghiburkan tetapi bermanfaat mampu menarik minat  para peserta untuk kekal fokus sepanjang slot.Slot ini sangat membantu para peserta mengetahui lebih mendalam tentang realiti kehidupan di universiti.Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh Abang Haliim antaranya ialah:
·         Menyampaikan satu isu semasa kepada ahli kumpulan.
·         Melatih para peserta bijak membuat nota.
·         Setiap kumpulan diberikan tugasan bagi membincangkan university idaman.

MOVIE TIME
Para peserta diberikan peluang untuk melepaskan stress dengan menonton tayangan video “SuperThirty”. Serusnya,tayangan yang dipertontonkan dapat menarik minat para peserta malah dapat mengelakkan peserta berasa penat dengan slot yang lebih berat. Oleh itu,banyak pengajaran dan nilai-nilai murni yg telah disampaikan serta dapat menghayati disebalik penceritaan yang telah disampaikan.

SLOT MALAM BERSAMA FASILITATOR
Slot ini disampaikan oleh fasilitator mengambil peluang untuk mengendalikan slot dengan mengkongsikan ilmu pengetahuan mereka tentang psikologi dan peluang pekerjaan pada masa hadapan. Dengan ini, para peserta lebih cakna dalam merancang strategi dan merangka pada masa hadapan mereka.

Comments