30 DISEMBER 2019


SLOT USUL 20 BY USTAZ AMIR HUZAIFAH

Pada slot pagi, Para peserta dikehendaki untuk menceritakan tentang Tajuk Usul 20 yang diberikan kepada setiap kumpulan pada malam sebelumnya. Sesudah sahaja pembentangan daripada setia[ kumpulan, Ustaz amir Huzaifah menceritakan beberapa isi penting didalam Usul 20, Antara isi penting yang disampaikan adalah tentang Uthmaniyuah, British , Watan , Umat dan Al-Azhar.

Untuk Slot petang pula, sambungan tentang Usul 20 diteruskan untuk mengupas lebih lanjut bagimerungkai lebih mendalam. Peserta banyak mengeluarkan beberapa soalan yang tidak difahami agar tajuk yang disampaikan oleh Ustaz Amir Huzaifah lebih difahami dan mudah dihadam oleh para peserta.

SLOT POLITIK DALAM ISLAM BY YB SYED IBRAHIM SYED NOH
Untuk slot malam pula, kami menjemput seorang tetamu terhormat yang mempunyai banyak pengalaman dalam politik iaitu YB Syed Ibrahim Syed Noh. Slot ini bertujuan untuk memberi kefahaman lebih lanjut kepada para peserta tentang Politik kerana Peserta MHI bakal terjebak dengan alam politik dengan mengundi pemimpin mereka pada masa hadapan. Para peserta dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang definisi secara khusus, luas dan islam dalam politik. YB Syed Ibrahim Syed Noh juga pernah mengatakan bahawa ia merupakan suatu kewajipan bagi seorang muslim dalam memahami selok belok Politik Islam .

Comments