AKTIVITI MENGGUA (25 DISEMBER 2019)


CAVING
Alhamdulillah para peserta berpeluang untuk meneroka hutan dan meneroka sebuah gua yang bersekatan denga Kem Rimba Tamu. Aktiviti ini diketua oleh Encik Ibrahim bersama 3 orang krew nya. Aktiviti ini ternyata menguji stamina dan kemampuan para peseryta , hal ini kerana jalan yang dilalui berliku liku dan licin mengajar para peserta untuk sentiasa peka dan berhati – hati. Disampibg itu, para peserta kebanyakkan nya memperoleh kenangan dan pengalaman yang baru sepanjang menjalankan aktiviti yang akan dikenang pada masa yang akan datang.

SLOT HADITH
Selepas menjalankan aktiviti Jungle Trekking dan Caving yang memenatkan peserta sepanjang hari, para peserta telah diuji dengan slot malam yang membuatkan kebanyakkan peserta Syahid Fi Sabilillah. Pada slot hadith ini, peserta berpeluang mempelajari tentang HADITH SYAMAIL. Tajuk hadith syamail berkait rapat dengan perkataan Syamail Muhammadiyah, Para peserta ( yang masih belum syahid disebabkan kepenatan melampau ) dapat mempelajari lebih mendalan tentang kesempurnaan menyeluruh Nabi Muhammad S.A.W .

Comments