Shiny Grey Star

R2T Alhamdulillah, Selamat tiba di Changlun

23 Januari 2012, 7:05 am


Salam. 
Kami sudah sampai ke persempadan Changlon. Sekarang di CTC, tempat persinggahan utk kami menukar wang ringgit Malaysia ke baht Thailand. Solat suboh tadi berjemaah di Masjid Imaniah, masjid tepi jalan. Kami tiba agak awal, jadi sempatlah ikhwah dan akhawat berqiyammulllail di masjid tersebut.
Selesai sudah bermathurat, kami tiba di CTC, menukar wang dan ada yang minum2. Para peserta dah mula cergas dan mula riuh di dalam bas.

Sekarang kami hanya menunggu ketibaan satu lagi kereta yang diketuai ukhti Asma Zaid bersama 4 peserta MHI. Asma telah datang sehari awal untuk membuat passport di Kedah sebab imigresen Kedah buka pada hari Ahad. Dengar cerita akhi Hasbullah Ashaari akan membawa mereka ke CTC ini.
Doakan kami selamat kembali dan pulang.
Wasallam.

Sent from my IKRAM HS Pad.

SHARE ON:

MADRASATUL HAYAH IKRAM

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment