Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Day 13 - Khabar dari Bumi Anbia'

Biladussyam 
 Pada pagi 26 Disember 2014, seorang lelaki menjejakkan kakinya ke dewan MHi kami. Lelaki ini jugalah yang pernah menjejakkan kakinya di bumi Syam (Syria) dan melihat dengan matanya sendiri hasil kekejaman rejim Bashar Assad. Lelaki ini yang diberi nama Encik Syazli, berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang sejarah dan isu semasa negara tersebut bersama kami.
Semuanya bermula dengan contengan "Rakyat mahu jatuhkan kerajaan" di dinding oleh kanak-kanak. Lalu, bermulalah suatu revolusi yang mengubah bukan sahaja landskap Syria, tetapi juga dunia.

 Kami terkedu mendengar perkongsian tersebut. Lalu, soalan demi soalan tentang Syria turut diutarakan oleh peserta MHi. Ya, melalui Encik Syazli, baru kami tahu akan perkembangan di sana sekarang. Dalam diam, lahir rasa syukur serta berkobar-kobar dalam kalangan kami untuk menentang ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku serta membantu mereka yang tidak bersalah di Syria. Kata Encik Syazli, doa kerana itulah satu…

Day 12- Improve Our Knowledge

Pada 25 Disember ,slot pagi kami memulakan slot kami dengan menyanyi lagu keramat kami iaitu "gelombang keadilan" dan "hai sahabat" dengan penuh semangat yang membara di dalam diri kami. Seterusnya,slot pagi kami dimulai Encik Wan Mohd Yusof atau lebih mesra lagi dipanggil tok wan. Slot pertama yang bertajuk Islam Di Nusantara (ASEAN). Antara negara tersebut ialah Myanmar,Laos,Thailand,Cambodia,Filipina,Singapura dan Vietnam. Setiap negara dilanda kesusahan bak kata pepatah "berat mata memandang,berat lagi bahu memikul". Kami turut bersimpati atas setiap kesusahan yang dihadapi oleh rakyat di setiap negara tersebut. Tok Wan menyarankan agar semua pihak terutama sekali ditujukan pada badan NGO supaya mengirimkan bantuan diplomatik seperti bekalan makanan serta kewangan dan lain-lain.
Seterusnya,slot kedua kami bersama Abang Syed Safwan dimana kami mempelajari teknik asas fotografi gambar misalnya "ISO,Angle,Grid" dan sebagainya. Dalam masa yang…

Day 11 - Hari Bersama Presiden

Pada 24 Disember merupakan hari yang paling 'special' kerana kami sebagai anak muda Ikram dapat bertemu dengan Presiden Ikram. Beliau merupakan seorang yang segak dan 'hensem' walaupun dilanjut usia. Gaya penampilan beliau menampakkan dirinya sebagai ketua yang 'OSEM'. Tajuk yang dibawa oleh beliau adalah 'Remaja & Perubahan'. Walaupun isi yang disampaikan oleh beliau nampak seperti biasa. Contohnya, keazaman yang tinggi, berterusan melakukan kebaikan dan lain-lain lagi. Tetapi cara beliau mengupaskan isi-isi itu sangat GEMPAK! sehinggakan semua peserta MHI berasa sentap dan menusuk di dalam kalbu. Beliau menasihati anak-anak muda untuk terus 'membina' diri menjadi excellent dalam peribadi diri, akademik, kerjaya dan masyarakat. Kami mengakhiri slot kami dengan bergambar bersama Presiden Ikram. (Selfie sikit!)


Slot kedua kami bermula selepas solat zuhur dan makanan tengah hari kali ini ialah masakan Penang! Sedap tau! Kali ini kami berpeluan…

Day 10 - Hari bersantai

Seperti biasa, kami akan memulakan hari kami dengan subuh berjemaah disusuli oleh bacaan matsurat. Raut keletihan masih lagi terpapar di setiap wajah peserta selepas mengharungi satu hari penuh yang mencabar fizikal dan terutamanya mental (Hari ke- 8).

~~MARHALAH SANG DA'IE~~ (slot pagi)
Kak Azreen memberikan perkongsian tentang pengelaman hidupnya. Sememangnya ceritanya diwarnai dengan manis kenikmatan dan pahit kesengsaraan. Lagu Yurima - Kiss The Rain memenuhi ruang dewan sepanjang slot berlangsung. Setiap pengenalan diri pastinya akan dimulakan dengan biodata diri. Sememangnya Kak Azreen boleh dijadikan contoh mengikut pencapaian kepimpinannya. Selepas disuapkan dengan kehebatannya, dia mula menceritakan tentang musibah yang menimpanya sebagai seorang pendakwah. Kemudian disusuli dengan Q&A ( question and answer). Mulalah soalan mengarut para peserta MHI tapi dijawab adil oleh Kak Azreen.

~~SELIMUT PARA IKHWAH~~ (slot petang)
Para jejaka MHI secara mengejutnya diminta memba…

Day 9 - Meneroka Alam Kereta

22 Disember 2014 - Seperti biasa, sebelum slot pertama dimulakan Public Speaking telah disampaikan oleh beberapa peserta terpilih yang bertuah. Alhamdulillah, terdapat peningkatan yang agak ketara dalam penyampaian mereka.


Memandangkan hari hujan, Bengkel Kereta terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang. Sementara itu Abang Syed telah mengambil ruang yang ada untuk kami membincangkan tentang pengajaran dan nilai yang kami dapat daripada ekspedisi di Gua Batu Maloi. Berdasarkan pembentangan peserta, banyak pengajaran yang amat bermakna dapat kami kongsikan bersama. Pengalaman di dalam gua selama 3 jam setengah itu telah memberikan impak yang agak besar dalam diri kami. Mungkin ada antara kami yang hampir menamatkan perjuangan di kem MHi pada tengah jalan, tapi ekspedisi ini telah mengubah persepsi kami sama sekali. Malah, kami menjangkakan sesuatu yang lebih mencabar lagi selepas ini :)


Selepas usai solat Zohor dan makan, hari diteruskan dengan slot Bengkel Kereta bersama Pak Cik Mizi.…

Day 8 - Ekspedisi Gua Batu Maloi

Pada 21 Disember 2014, tepat pada jam 7.30 pagi, peserta MHi telah bertolak ke Negeri Sembilan dengan menaiki 3 buah bas untuk menjalankan aktiviti yang telah dinanti-nantikan oleh para peserta dan fasilitator.

EKSPEDISI GUA BATU MALOI!

 Alhamdulillah, kami tiba di tempat yang telah dituju tepat jam 9 pagi.

 Para peserta dah tak sabar lagi untuk meneroka Gua Batu Maloi. Sebelum memasuki gua, kami telah diberi taklimat keselamatan oleh pengurus Gua Batu Maloi. Ya, keselamatan perlu diutamakan.

 Kami pun kemudiannya diminta untuk berpecah kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada ikhwah dan akhawat bagi menjamin kelancaran dan keselamatan setiap individu yang bakal menempuh pelbagai cabaran di Gua Batu Maloi.

 Lalu, ekspedisi kami pun bermula!

Terdapat 24 checkpoint yang perlu kami lalui di dalam gua tersebut. Kebanyakan peserta pada mulanya begitu teruja, dan ada juga yang takut kerana tidak dapat menjangkakan kedahsyatan di dalam gua tersebut.

 Antara halangan yang dilalui…

Madrasatul Hayah IKRAM 14/15 (Day 1-5)

Pada 14 Disember 2014 pendaftaran MHI 2014/2015 berlangsung seawal jam 2-6 petang. Seramai 96 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM dari pelbagai sekolah dan pelbagai negeri. 
Program bermula dengan aktiviti solat maghrib, mathurat dan solat isyak berjemaah. Slot pertama bermula pada jam 9 malam iaitu sesi Ice-Breaking bersama abang-abang dan kakak-kakak fasi yang sangat sporting dan hebak! Dalam sesi kami bersama Abang Syed yang mana beliau memperkenalkan kepada kami lagu tema iaitu Gelombang Keadilan. Kemudian beliau mengajar kami beberapa permainan bagi merapatkan lagi hubungan kami di sini. Pada masa yang sama  kami juga dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 5 kumpulan ikhwah dan akhawat. Kami diminta untuk berta'aruf sesama ahli kumpulan bagi membina hubungan yang rapat bagi memudahkan kami menjalankan aktiviti seterusnya. Setelah itu, majlis ditangguhkan dan semua peserta dibenarkan untuk berehat.
Seawal jam 5.30 pagi semua peserta diminta…

Aturcara pendaftaran MHI '14/15

Assalamualaikum wrt
ikhwah & akhwat sekalian, program tahunan yang dinantikan...
Madrasatul hayah IKRAM 2014/15 kembali lagi.
Selamat datang kami ucapkan kepada adik adik yang menyertai MHI '14/15.
Diingatkan semula,hari pendaftaran MHI '14/15 adalah pada 
14 DISEMBER 2O14
Berikut adalah aturcara pada hari pendaftaran MHI '14/15

14 Disember 2014 2.00 petang   : Pendaftaran,Check-In 6.00 petang   : Rehat,Urus Diri,Makan Malam 7.00 petang   : Maghrib berjemaah,Mathurat,Isya'  9.00 malam   : Ice Breaking,Taklimat 11.00 malam : Al-Mulk,Tidur
Sila bawa bersama Slip Pembayaran yuran dan dokumen berkaitan. 
Sebarang pertanyaan tentang yuran, 
sila hubungi Puan Soddiqa Ariffin ( 013-341 2623 )
Pertanyaan lain tentang tempat dan hal lain,boleh juga menghubungi 
Alif Ismail : 018 6661889
Asma' Amran : 019-614 4558


Selamat menjalani SEKOLAH KEHIDUPAN !