ARKIB MHi 2012/13



Wednesday, 9 January 2013


Day 24

Slot 1 : KHIDMAT MASYARAKAT
Another awesome day di MHI!!! but , hari ini special sikit.....sebab , hari ini , kami telah melakukan satu amal kebajikan buat masyarakat kampung di kem Rimba Tamu. Tugasan yang diberi kepada akhwat dan ikhwah adalah berlainan. Akhwat hanya perlu membersihkan kawasan program je... like , sapu daun kering..(fun), then, ada yang kene cuci dewan dan macam2 lgi. Kalau ikhwah pula pergi cat cat dekat surau....okey, i admit it memang penat, sebab diorng kene jalan all the way naik bukit , but it was worth it
Slot 2 : OUTING (BOWLING)
Okey, pergi main bowling ini was an unexpected event, but it was really fun, since pergi dengan semua kawan2 MHI yang sangat disayangi. Tapi, ikhwah dan akhwat tak pergi main bowling kat tempat yang sama. Ikhwah bowling dekat Rawang dan akhwat bowling kat Bukit Beruntung. Best sangat. Ade yang baru first time main bowling... It was a good experience for those yg first time, kalau yg dah pandai tu,paham2 jelah......kan? : )
Slot 3 : LANGAK UNTUK MENJADI PENULIS
Selepas usai solat, abang Wan Am, the person yg handle slot ini. Kami diberi satu motivasi yg sangat useful for the future. Abang Wan Am ade jugak bagitau sebab ape certain orng menulis seperti, tazkirah buat diri, sebagai alat dakwah, peluang meraih pahal berganda, satu kerja yang mulia, sebagai terapi, dan lain-lain. It was a fun night sebab semua orng put all their hearts into this slot and every one bagi respond, bile abang tu tanya something. Ended this slot with a jazakallah song for the motivater 
At the end of the day semua turned to be memories, and unforgettable ones, disamping dapat release tension and the activities we did today surely strengthen the bond between all the MHI family.
Yang bertugas:
Aimi Hanisah binti Che Zam aka Mimi 
Muhd Firdaus bin Zun Arif Hakim aka Fidu 

Sembelih Ayam/ Dakwah Fardiyah Day 23 MHI 13

Another Tiring Day, phew~ yeah! Its tiring but exciting,,

Apa yang exciting sangat tu? bunyi macam hiperbola je...

Hari nie lepas rutin harian pagi ( Qiam, Mathurat, Tazkirah, Tadarus, zzz, Dhuha, Makan) kami ada public speaking session yang agak lama. Sepatutnya turn akhowat tetapi ikhwah kena Qadha Public Speaking yang doang tertinggal semalam.

Selesai Public Speaking, agenda hero telah tiba. hehehe 18 ekor ayam yang masih hidup masih menanti. Guess What? Penyembelihan ayam beramai2! Dengan lafaz Bismillah maka terputuslah urat2 merih ayam2 itu. HAsilnya kami makan tengahari berlaukkan ayam asam peda. Alhamdulillah, enak dan lazat! :O

Slot seterusnya membawa kami ke alam medik. 'Safety First' yang telah dipanjangkan oleh Dr. Baizura ternyata telah memecah rekod MHI 12/13 sebagai slot yang palik banyak menerima ssoalan daripada kami. A veri big hand for her.. *CLAP2!*

......Solat Asar, Riadhah, mandi.......

Dikala ini, kumpulan 5 dan 8 tak menang tangan memasak, ikhwah pula sibuk membakar ayam. *kite bako je! bako* Anything special tonight?

Selepas solat Maghrib, mathurat dan Tangkas oleh Abang Deen Alhamdulillah kami dihidangkan makan malam yang mampu membuatkan senyuman terukir di wajah masing2. Tidaklah begitu mewah. hanya ayam BBQ, nasi planta, Mashed Potatoes, Coleslaw dan Cocktail je.. huhuhu ^..^

Akhirul Kalam, hari kami disempurnakan oleh Abang K  dalam slot DakwahFardiyah. Slot yang bermula dari pukul 9pm hingga 11p ini mengingatkan kami dalam hidup ini, segala yang berlaku adalah diatas kehendak kita. Kita yang membuat pilihan samada Fujur atau Taqwa.

Satu lagi, detik2 perpisahan semakin hampir..Sudahkah bersediakah kami untuk memulakan langkah untuk mengubah Dunia??

Wallahualam, Pen Off, 1.19 am 08012013

Faqihah Harithuddin
Mu'az B. Mohd Rozi



Pengetahuan Teknologi/ Masyarakat Madani Day 22 MHI 13

Slot 1 -Siang (Professor Abdullah Zin )

Pengetahuan tentang teknologi maklumat
pendedahan tentang sejarah berkembang IT
Kelebihan pemggunaan teknologi maklumat dalam medan dakwah
mempelajari etikan dan tatacara penggunaan teknologi maklumat
Permasalahan jenayah siber yang merunsingkan
jenis2 Hacker dan virus

Slot 2 Slot malam (Syed Ibrahim Syed Noh a.ka SISNA)

Definisi masyarakat madani
hubungan Dai'e dan masyarakat Madani
Kepentingan berjiran dalam masyarakat majmuk
perbezaan kuasa mahasiswa dahulu dan kini
Pendedahan sebenar isu2 tentang ketika BERSIH dijalankan melalui tayangan video
kepentingan media masa dalam menyebarkan maklumat dan impak terhadap persepsi masyarakat.


Kembar yang baru official hari ini..
Hafiy <3 Afiq


Tuesday, 8 January 2013


Apa itu Usrah?/ STREET DAKWAH/ Forum Mahasiswa -Day 21 MHI 13


Slot 1 : Apa itu usrah?  Oleh: Hafiz Bai [9.00-11.55]
Kami didedahkan tentang definisi usrah yang sebenar
Abang Bai menerangkan tentang sejarah usrah, siapa yang mengasaskan, bilakah bermula dan rukun usrah iaitu 3T (Taaruf, Tafahum, Takaful)
Kami akan dibahagikan dalam usrah mengikut negeri/daerah
*"Tuceen, bangonlah, kita nk p street dakwah ne :(*


*goodie2 bag2x~~*
Slot 2: STREET DAKWAH. The Curve, Damansara [12.00-5.00]
Street Dakwah bertujuan menerangkan dan membetulkan fahaman non-muslim tentang Islam yang telah banyak menyimpang yg mncul dari orang2 Islam yang tidak mempraktikkan Islam sebenar itu sendiri.
Setiap peserta diberikan minimum 2 goodie bag yang berisi pamphlet tentang Islam, majalah ilmiah dan sebungkus biskut tiger juga beberapa barang temubual.
Hasil daripada outing ini, Dapat pengalaman responden non-muslim yang menolak Islam dengan keras dan ada juga responden yang mengatakan ; “ I like the religion but I do not like some Muslim who use Islam to justify their personal agenda.”
Keseluruhannya, 60% responden non muslim menolak Islam kerana faktor  Muslim itu sendiri yang menunjukkan akhlak yang buruk dan ibadah yang dianggap rumit, dan susah padahal Islam itu amat senang Cuma ramai Muslim yang keras or sempit pandangannya terhadap agama telah menerangkan  Islam itu rumit susah dan terlalu banyak larangan.  Padahal Islam itu cara hidup yang indah, menyenangkan penganutnya dan penuh hikmah samada dari segi sains dan kehidupan jika difahami benar2 apa itu Islam yang sebenar. J

*we're here! ^..^*



*mana bas nie x sampai2 nie..?*

*eh, sini2, kami kat sini abang bas....*

*misi street dakwah, accomplished!*

Slot 3: Forum Mahasiswa Oleh: Kak Aisyah Nazirah, abang Ahmad Faiz, dan Ashraf.
Menceritakan tentang pengalaman mereka belajar diluar Negara juga cabaran2 yang dihadapi mereka.
Kami kagum dengan semangat Istiqamah mereka meneruskan aktiviti usrah dan tarbiyah walaupun  berada jauh diluar Negara.
*x kira dimana kamu dicampak untuk bermusafir menuntut ilmu...
ingat kata2 nie "Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.." *
Kesimpulan
Hari ini sangat-sangat BEST!
Rasa macam taknak balik dari street dakwah
MOM, DAD, BE PROUD OF US! :’)
Husna binti Shakor dan Irfan Mubassyir Mohd Shukri

skill media dan dakwah/ menjahit time / hidayah center day 20

Bismillah..Pejam celik kami sudah ke hari 20.

Hari ini Abg Ammar menunjukkan sebuah video yang banyak memberi maklumat tentang statistik kesan penggunaan media sosial kepada masyarakat hari ini. Kami diberitahu ttg cara untuk berdakwah dengan berkesan dalam media sosial seperti meletakkan gambar yang menarik dan memotivasikan diri dan menulis kata2 hikmah,. Kami membuat aktiviti dalam kumpulan. Setiap kumpulan mesti membentangkan cara dakwah yang boleh dilakukan dalam media sosial yang telah ditetapkan bagi setiap kumpulan seperti kmpulan 7 mmbentangkan berkenaan twitter.

*akhi ammar dan doodle2 brotherhoods nya >.<*




Pada sebelah petang adalah slot bersama makcik Fauziah. Kami diajar kemahiran dalam menjahit. Makcik Fauziah mengajar 3 jahitan asas cara menjahit butang pada baju dan cara menjahit butang ketip pada baju. Kami bersemangat menjahit dengan penuh teliti kerana diakhir slot kami perlu menyerahkan hasil jahitan kami dan diserahkan kepada makik Fauziah. makcik Fauziah akan mmberikan hadiah kepada hasil jahitan yang terbaik.

*kakak Tasneem terer menjahit*


*abg fasi x terkecuali menjahit*

*kakak fasi juga*

*Ikhwah pun x terkecuali*

\
*ganas2 kami jambu!*

*Makcik Fauziah*


Selepas menunaikan solat Isyak kami ada slot bersama Pakcik ZunArif yang berkongsi pengalaman beliau tentang STREET DAKWAH. Bersama beliau, turut serta pakcik Adnan yang merupakan Muallaf, berkongsi pengalaman beliau sewaktu beliau mula2 memeluk Islam. Seterusnya kami mendapat teori tentang street Dakwah yang akan kami praktikkan pada keesokan hari. Sekian :3



Yang menulis
Sarah fatnin Amizi

Ghuzwatul Fikri/English Time/ SYRIA! Day 19 MHI 12


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Kak Sumayyah Aziz telah datang kesini buat kali kedua untuk menyampaikan slot silent killer. Banyak input yang menarik kami dapati dari slot ini. Tambahan pula, kak Sumayyah sangat bersungguh2 untuk menyampaikan slot ini dengan menarik supaya ikhwah dan akhowat yang keletihan tidak tertidur. Kami telah belajar taktik Israel dan musuh Islam untuk menyerang pemikiran umat Islam. Taktiknya terdiri daripada 5S dan 5F.
5S (Sex, Sport, Screen, Smoke, Song)
5F (Fun, Food, Fashion, Female, Faith)










Untuk petang pula, its English Time! Slot ini dikendalikan oleh Kak Aisyah Nazirah iaitu merupakan salah seorang kakak Fasilitator kami. Melalui slot ini, kami dapat mengetahui  “skill2” untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Malah, beliau juga bagi kami kata2 semangat untuk lebih gigih berlatih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.



Oh SYRIA! Slot ini telah dikendalikan oleh Abang Zulkarnain. Beliau telah menerangkan kepada kami lokasi Syria dan isu-isu yang telah hangat berlaku. Tambahan, ramai rakyat Syria telah terkorban akibat kekejaman Basyar Al-Assad yang mengamalkan politik kuku besi. Akhir sekali, kami sangat berasa kesal dan simpati diatas nasib saudara kami di Syria.  Semoga Allah member I kemenangan kepada mereka! AllahuAkbar!

Reactions: 

Sunday, 6 January 2013


Movie Sang Pencerah/ Debat MHI / Hidayah Center Day 18 MHI 13


‘SANG PENCERAH’ begitulah tajuk  tontonan movie kami  untuk slot pertama yang dikelolakan oleh abang  Deen. Malangnya sesetengah dialog di dalam movie ini di dalam bahasa Jawa asli dan menyukarkan kami untuk memahaminya, Apatah lagi, tiada sarikata disediakan menyebabkan Abang Deen menjadi translator tidak bergaji :’).  Tontonan movie berlangsung hampir 3 jam hingga ada yang ‘syahid’ di akhirnya . ( tertidur) . Antara mesej yang kami dapat ialah, Al-Quran tidak boleh dibaca  dengan akal tetapi dengan hati.


*ramai yang syahid*
Suasana petang di MHI bertambah hangat dengan sesi perdebatan  yang dipengerusikan oleh Kak aisyah Nazirah, Tajuk perdebatan kami pada kali ini ialah mengenai ‘ Dewan ini menyekat lagu2 yang mengangungkan keganasan dan gaya hidup penjenayah’  dan ‘ Dewan  percaya pemimpin perlu ada sikap karisama’. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan besar, 2 kumpulan  ikhwah dan 2 kumpulan akhowat.






Lakshmi, Parvathi, Sarasvati. Pelik tak perkataan2 ini? Pernah dengar x?  Perkataan inilah yang kami belajar pada slot malam bersama Hidayah Center mengenai Hindu. Penceramah slot ini ialah Encik Muhammad Fitri Abdullah, seorang Mualaf yang memeluk Islam ketika berumur 28 tahun. Sebelum  ini, beliau merupakan penganut agama Hindu. Tujuan slot ini diadakan adalah untuk mengajar kami cara berdakwah kepada penganut Hindu. 
Berdakwah? Perkataan yang sangat besar maknanya! InsyaAllah. Di MHI, kami belajar untuk berani mencuba pelbagai aktiviti dan misi. Kini, misi terakhir kami ‘street dakwah!’ sedang menanti. Selangkah mengubah Dunia! :D

Yang bertOoogas Ohooooohoi!
Zaidatul Hanim Binti Zainal Abidin/ Ahmad Yusri Bin Zaharudin


Thursday, 3 January 2013


Himpunan 1000 jiwa 1 Hati, Day 16, 17 MHI 12


Selangkah kaki  masuk ke dalam bas,  Organisasi kami secara rasminya dibubarkan. Abang Aqil memberikan kata2 amanat terakhir kepada kami.
Perjalanan selama satu jam setengah diteruskan sehingga sampai ke masjid negeri, Shah Alam pada pukul 3.30 petang. Orang ramai telah mula memenuhi  masjid yang gah dan luas itu. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan dan terdapat seorang fasilitator ditugaskan untuk menjaga kmupulan kami.  Kami diberitahu akan lebih ramai lagi orang yang akan membanjiri masjid itu pada malam ini. Wah! Kesatuan ummah di majlis ilmu. Ini gempak! :3

*booth IkramTeens*



*murah je, 2 ringgit je :3*

Kami dapat goodie bag dari IkramTeens yang mengandungi notebook dan majalah JOM dan pen. Solat maghrib selesai dan diikuti dengan tazkirah yang sangat member manfaat sementara menunggu Solat isyak. Selepas itu kami bergerak mengikut kumpulan yang ditetapkan dan mengambil tempat masing2 untuk menyaksikan konsert.
Tiraai persembahan dibuka dengan kemunculan Hafiz Hamidun yang mengalunkan selawat yang sangat menusuk kalbu kami. Seterusnya diselangi dengan forum berkenaan cinta yang diketuai oleh Fedtri Yahya dan ahli2 panelnya yang juga selebriti iaitu Wardina Safiyyah, Sham Kamikaze, dan ustaz Muhamad Nor.  Banyak input yang kami dapat dari forum tersebut dan amat berguna untuk kami as a teenagers.
Kami juga disaji dengan persembahan mendidik jiwa dari inteam, jes Ibrahim, Edcoustic dan lain2 lagi.  Acara kemuncak adalah countdown untuk Tahun 2013. Dan diikuti dengan zikrullah, ikrar serta azam tahun baru yang dilaungkan beramai2. Terasa getaran halus dihati saat takbir dilaungkan beramai2.  Jika di sana mereka bergegak gempita dengan botol arak dan teriakan sumbang, kami disini bergegak gempita dengan takbir dan smangat azam untuk mnjadi Muslim yang lebih baik. Smoga  Allah memperhatikan Mukaddimah tahun kami dengan pandangan sayangNya. Allahuakbar!

*countdown!*


*edcoustic nyanyi*


Kami tidur pada jam 12.50 malam di dalam masjid dan Qiyamullail berjemaah diteruskan hingga Solat subuh. Selepa itu , para peserta bersiap2 untuk fun games yang dipenuhi dengan Break clap, perkongsian dari Imam Muda Hassan, dan diakhiri dengan  penampilan UNIC. Bergema doa rabitah dan selawat di masjid Shah Alam. Suatu pengalaman islami yang mendidik rohani ! Himpunan 1000 jiwa diakhiri dengan Solat dhuha berjemaah dan makan tengahari ^__^


* Imam Muda Hassan*


Sehabis Perhimpunan 1000 jiwa kami ada mission impossible yang lain, jeng3!  Kami telah berflashmob di Plaza Alam Sentral Shah alam. Satu lagi pengalaman baru buat kami kerana kebanyakan daripada kami peserta MHI belum pernah melakukan flashmob, di khalayak ramai disaksikan satu shopping kompleks pulak tu. Alhamdulillah, flashmob berjalan dengan lancar! ^^




Yang berceritakannye;
Husna binti Sakhor dan Adibah Zulkepli 

Tafsir Surah Al-Luqman/ How to connect with parents/ PRANK TIME! Day 15 MHI 12


Kami memulakan hari pertama kami dengan Slot yang best iaitu slot Surah Luqman dari Dr. Hassan Basri.  Kami excited sangat menafsir Surah Al-Luqman ini. Surah ini menceritakan tentang nasihat Luqman kepada anak nya. Antara point2 yang kami dapat ialah berbuatlah baik walaupun kecil Allah akan membalas, laksanakan Amar Makruf Nahi Munkar dan sebagainya. Pada waktu petang Abang Siraj telah memberi penerangan tentang Team management memandangkan peserta perlu menyiapkan 3 projek besar2 an berkenaan Palestin.

*in our heart :')*


Pada waktu malam pula, pada mulanya semua berjalan seperti biasa. Tetapi selepas usai makan malam , kami dikejutkan dengan arahan yang menyuruh semua peserta berkumpul dalam masa seminit sahaja. Pada mulanya kami ingatkan tiada apa yang berlaku. Tengkingan abang Aqil dan Abang Siraaj menyebabkan kami semua tersentak dan tatoottt sangat. Kami dicerca dan dimarahi oleh mereka disebabkan kesilapan2 kami. Amukan mereka sampai ke klimaksnya pabila mereka mengarahkan beberapa orang peserta yang  baik untuk kemas beg dan disuruh pulang kerumah.

*saya munye!*

*bufday boy, dibelakangnya adalah si mangsa keadaan calit kek :3*

*kak nazurah nak yang beeeesar punye!*



*hiyaarkk!*


Ada  diantara peserta yang tidak berpuas hati, antaranya  Apek, Uchie, dan Buddy dan lain2 telah emosional  apabila rakan2 mereka telah dihalau balik, betapa kuatnya rasa sayang antara mereka.  Masing2 cuba mempertahankan dan ‘backing’ rakan masing2.  Suasana jadi hening seketika apabila abang Aqil tiba2 menyanyi ‘’Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu…’’ Masing2 tergelak, ada juga yang menangis keharuan. Para fasilitatorr membawa masuk beberapa biji kek ‘Secret Recipe’ dihidangkan di tengah dewan. Dewan menjadi gegak gempita dan riuh kerana semua orang bermain calit2 kek di pipi, Abang aqil paling teruk kena calit sebab keesokan harinya dia akan meninggalkan kami untuk meneruskan kerjayanya :’(
Slot terakhir untuk hari ini adalah ‘Adab terhadap Ibu Bapa’ dikendalikan oleh Ustaz Bukhari Ashaari. Ceramahnya banyak menyentuh tentang adab terhadap ibu bapa. Apa peranan kepada ibu bapa, cara menjaga hati ibu-bapa dan lain2.
Daripada:
Muaz a.k.a Uchop dan Zikri. HENSHIN! >.<

Sunday, 30 December 2012


Parelling and FlyingFox / INTIM Day 14 MHI 12


Ahmad Badiuzzaman Bin Roslan a.k.a Buddy wrote:

''Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi2 kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberikan peluang untuk terus hidup dibumi ini. Pada hari ini, kami peserta MHI telah mendapat pengalaman baru yang mungkin sukar untuk dilupakan.Pengalaman ini bermula pada pukul 11.15 kalau tak silap. Peserta perempun merasmikan acara yang utama iaitu 'Flying Fox'. Manakala peserta lelaki menjalankan aktiviti 'Team Building'. Peserta lelaki disuruh untuk mendirikan paip2 dengan menggunakan tali Rafia. Selepas Zohor peserta mengambil giliran untuk menjalankan aktiviti2 Flying Fox.''

*"this is RIJAL!!"*

*menunggu utk flying fox*


*team building*



*" I believe I can fly.........."*




*The Matrix*

*Uchie & Buddy*

*muka bersemangat*

*One Direction versi MHI*
Ahmad Yusri Bin Zaharudin a.k.a Uchie wrote:
Di sebelah malam, Keindahan BersamaMu berjalan dengan sangat lancar dan sayu. Kami berkomunikasi dari hati ke hati. Teman teman semua mendakap erat sambil membuat bulatan Heppi. Tak pernah dilalui. Tak pernah dirasai. Slot yang sangat menyentuh hati dan membawa berjuta erti. Alhamdulillah rakan-rakan seperjuangan berjaya mengungkap dan melafazkan apa yang tersirat dalam hati. yang keji diambil sebagai cikgu, yang mulia dijadikan teladan. Alhamdulillah. Slot pada malam ini sangat berharga. Kami sangat berterima kasih kepada MHI kerana mengisi masa malam kami dengan pengalaman yang tidak dapat dicari dan diganti. Apa yang dapat dijadikan sebagai pengajaran dalam slot ini adalah, apa itu erti sebenar sahabat. Pertama, memaafkan sahabat walaupun beliau jauh dari pangkal jalan. Kedua, memberi kata2 semangatyang boleh membakar jiwa supaya terus berjuang tanpa penat, Ketiga, mencintai dan menyayangi sahabat lebih dari mencintai diri sendiri seperti apa yang telah disabdakan oleh nabi. Keempat, menegur teman teman sekiranya mereka terlanjur dari landasan yang jujur. Yang terakhir, tidak jemu dalam mengirimkan doa-doa kepada Tuhan. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada ummi dan MHI kerana memulakan langkah2 kami untuk merubah dunia.

*menyanyi lagu Teman sejati*

*dengannya disisi, perjuangan ini senang diharungi bertambah murni..*


*sesi banjir air mata..*

*Uhibbuki Fillah sahabat...*






Doakan kami selangkah merubah dunia,
Buddy dan Uchie <3


Reactions: 

Saturday, 29 December 2012


main Saidina secara 'Live'/Ashabul Kahfi Day 13 MHI 12

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Hari ini dilalui dengan sempoi. Kami mencuba untuk MEMIJAK NAFSU kami dengan bangun QIAM pagi ni. Qiam Jami'é. Alhamdulillah kami diImamkan oleh Abg Deen. Solat Tahajud, Solat Taubat dan Hajat. Diteruskan dengan kebiasaan Solat Subuh, Al-Ma'thurat.

Untuk memenuhkan slot pagi kami, Abg Siraj mengambil inisiatif dengan mencadangkan untuk bermain PERANG DUNIA MH-i. Dengan mengaplikasikan jawatan2 dunia sekarang, kami seolah olah bermain REALITI SAIDINA. Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Negara dll. Kecelaruan, ke-kabut-an dan kekecohan ketika itu, seolah olah kami sedang berperang. Kehilangn duit negara, muflis, ditahan polis negara, dan berterusan begitu sehingga JuruAudit masing masing diarah ke Conference Hall untuk mengira untung rugi masing masing.














Malangnya, ikhwah tak dapat pergi solat Jumaat kerana bas tidakk dapat datang. Peluang pula kepada akhowat untuk solat Jumaat.

Malamnya pula kami ada slot yang bertajuk Ashabul Kahfi, sedikit sebanyak membangkitkan semangat kami! menurut ustaz Azhar, ulama berbeza pendapat mengenai bilangan pemuda kahfi (merujuk ayat 22: surah kahfi) namun bilangan yang rajih menurut ulamak adalah seramai 7 orang. manakala merujuk kepada ayat 9 surah Kahfi 'Ar-Raqim' bermaksud anjing ataupun batu besurat. Sifat2 pemuda Islam sjati boleh diambil daripada Surah Al-Kahfi. Wallahualam :)


*ustaz Azhar*

Hebbak!, 
Solehah Mohd Azam
Siti Sakinah Mohamad

Friday, 28 December 2012


Palestine Oh Gaza/ Blogging skill Day 12 MHI12

Its fasting time! Today for the first time we all fasted together. Abang Deen woke us up with the speaker and we've never seen so many people waking up at once. The morning was followed by Qiyam, Sahoor, Fajr Prayers and aerobics.



We would be lying if we said our first slot was not filled with tears. Ummi Ramlah shared with us about Palestine and in addition Aqsa Syarif. she informed us the importance of Masjid Al-Aqsa and the latest updates of the occurances in Gaza. We went on to discussing about boycotting the corporations who sponsors the Zionists, including Mc'Donalds. She made sure that we undersand that boycotting these corporations is not to make them bankrupt but it is so they change their policies.

*ummi Ramlah yang kami sayangi*

Moreover, we were shown heartbreaking videos of our brothers and sisters in Palestine, fighting  for their lives and Islam some of them as young as newborn babies. They are forver in our heart and Du'a InsyaAllah..

"Ya Allah, give them protection and strength they need to win." To those reading this, lets do as much as possible to make this happen. Allah has promised us victory and hence, victory will regain. Ameen Ya Rabbbal Alamin...while in the evening we made an activity related to gaza. Its so exciting!

*flashmob in making*

*Palestine video!*

*Al-Aqsa*




We ended the day with Abang Azree as the presenter of the Topic "Penulisan Blog". He gave us tips on how to search ideas for topics and how to make our blog more attractive and enjoyable to read by others.


Its amazing how we its already been 10 days but we are grateful that those days have been filled with so much knowledge and good times with our friends, Wallahualam.

<3 Intisaar Kamilah Binti Budiman <3

Thursday, 27 December 2012


Apakah ertinya saya menganut islam? -Day 11 MHI 12

Bermula lagi sekolah kehidupan Ikram! masa untuk bangkit! Hari ini slot dikendalikan oleh penceramah yang juga merupakan pemulis buku yang cukup dikenali ramai iaitu Ustaz Alias Othman dengan tajuk slotnya ''Aqidah Salimah". Terdapat pelbagai input yang telah kami peroleh daripada slot ini seperti maksud sebenar aqidah dan 'apakah ertinya saya menganut Islam'. Dalam slot ini, Ustaz Alias selalu berkata ''Please Obey To Allah". InsyaAllah kata2 itu akan tersemat di jiwa kami. Antara ilmu yang dikongsi bersama ialah bukti muslim mempunyai akidah salimah iaitu melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.
*bgambar bsama ustaz Alias Othman*
Ustaz Alias juga mengendalikan slot lain yang tajuknya 'ikhtilat'. Kata Ustaz Alias, ilmu tentang ikhtilat ama penting dalam kehidupan setiap muslim kerana ramai personaliti hebat di dunia jatuh disebabkan tidak mengambil berat soal ikhtilat. Konsep yang perlu diamalkan dalam berhubung silang jantina adalah berpandukan kata2
''Ya Allah, lindungilah kami daripada keaiban dunia dan keaiban akhirat.. Ameen!" >.<

*harini juga start sesi suap menyuap*

*''suap 3 sahabat kamu dulu, bru suap diri sdri.." kata abg deen*


Pada slot malam pula kami diberi peluang untuk menonton movie 3 idiot pada malam ini. Sebelum itu, abang Bai telah memberikan tugasan kepada kami terlebih dahulu untuk mengambil lima ibrah daripada watak utama daripada movie tersebut. Alhamdulillah, akhirnya kami dapt merilekskan minda.
Asma Tajul Ariffin
<3

Wednesday, 26 December 2012


Family Day Ikram Pusat/ Pengurusan kewangan slot! -Day 10 MHI 12


Hari ke 11 kami di Kem Rimba Tamu! *clap2* kenangan kami menjadi semakin bermakna apabila kami dilantik sebagai AJK untuk Family Day Ikram peringkat Pusat. Kami belajar cara-cara untuk mengatur sesuatu program yang besar yang julung-julung kalinya kami adakan. Kami dibahagikan kepada beberapa AJK iaitu AJK clean,AJK Media, AJK Safety, AJK sukan, AJK khas dan AJK makanan dan sebagainya.
*made by adek2 peserta bbakat*

*mereka yg mmbuat banner*

*akhi iqbal n zaujahnya lead kami tiup2 belon. ehe~*

*yeah! kami nk gantung banner!*


*pagi2 je kami dh dpt hidu bau durian..~~ :D*

AQil: "Apa KHabar semwa?
Ikhwah: "Hebbak!!"

DJ faamiliy day. Oyeh!

*The Making Of Belon Pusing2*
Seawal jam 8.30 pagi, tetamu telah mula memenuhi kawasan parking. Banyak ahli IKRAM pusat dan hulu Selangor datang bersama keluarga mereka. AJK safety menyambut para tetamu dengan meriah. AJK media pula sibuk menangkap momen indah sepanjang family day. AJK sukan pula sibuk mengendalikan program sukan yang berlangsung dengan jayanya. AJK chef membantu di meja pendaftaran. Banyak program menarik seperti sukaneka iaitu shooting target, balloon attack, futsal, roket kertas dan sebagainya.
*ketibaan Ayahanda*


*senyum sokmo*

*model2 yg bergaya*


*made by adek2 cilik*

*hebat para ibu2 n kakak2 Ikram Pusat!*

*Rijal yang terlibat*

*kesungguhan yang jitu*

*barisan akhowat*
Di akhir program, hadiah disampaikan kepada peserta yang berjaya.  Kami mengadakan persembahan spontan iaitu lagu tema kami gelombang keadilan dan Majulah hai sahabat. Kami dah upload di youtube dan dalam masa sehari sahaja video tersebut dah mmpunya 1000 lebih viewers alhmdulillah. kalo nak tengok boleh klik --->> SINI.http://www.youtube.com/watch?v=Ry5GBh0ZrZ8 Akhir sekali, kami bergotong royong untuk membersihkan kawasan kem.
Pada malam ini, kami ada slot bersama Encik Harun a.k.a Encik Hamdy tentang pengurusan kewangan. Banyak input baru yang kami dapat dari slot ini, ‘Kamsamida’ Encik Harun!!
 Yang menulis,
Harith Bin Muhammad.

Tuesday, 25 December 2012


Gua Batu Maloi! here we come! - Day 8 MHI 12

Alhamdulillah hari nie selepas solat subuh kami terus naik bas dan pergi ke Gua Batu Maloi, Tampin, Negeri Sembilan. Hari nie misi cami adalah CAVING! seriously Ohsem kot,,Abang Fasi yg bertugas jaga kami caving kata halangan kami nie tahap 'medium' je. So tak susah and tak juga senang,

*dh sampai!!*

*peserta2 ikhwah*

*peserta2 akhowat*


*apa yg pnting? kerjasama!*




*fasi2 amik barang2 keperluan*


*inchek Boss cek apa yg perlu*

*bgambar bersama encik Muhammad Nazri*

*mmperkenalkan..Lampu suluh..TORA!!*



Kami banyak lalu lalauan batu. Kami semua terfikir yang batu gua tu macam yang  selalu dibayangkan, (ala2 tempat pelancongan siap boleh lenggang kangkung) rupanya sangkaan kami tersasar jauh. Kami tak dibenarkan bawa kamera sebab banyak laluan air. so.. bayangkan jelah gua tu ekstrem camne kan.. hehehehe

*ini just luar taw..x masuk dlm lagi..*


Sudah semestinya ada yang jatuh, salah seorangya saya. Air yang deras dan batu yang licin agak menyukarkan perjalanan kami. Tapi, Alhamdulillah berjaya juga dilepasi. Oyeh! diceritakan di dalam gua tu macam2 bnda kami boleh jumpa antaranya Katak yg lebih besar dari kepala dan badannya x ubah sama seperti batu, ular yg hnya nk makan kelawar xnk patuk manusia, dan macam2 lagilah!


*pakcik kata, kdg2 kami mst akan terkeliu batu or katak...err..*
*ular tu tunggu kelawar2 ne jatuh je, dia nk makan klawar je, makan durian mmg tak la..*

Gua Batu Maloi nie ada mitos2 nya tersendiri. Menurut kepercayaan penduduk sana, Maloi tu adalah datang drpada cerita seorang asli yang mempunyai hubungan dengan seorang puteri bunian tetapi hubungan mereka tidak direstui, kediaman puteri Bunian tersebut diberi nama Maloi. Mitos yang kedua pula adalah batu yg besar tersebut adalah pintu ke dunia bunian. Orang zaman dulu kala apabila ada majlis perkahwinan mereka akan memuja batu untuk meminjam pinggan mangkuk. Tetapi malangnya ada pinggan yang dipinjam pecah dan penunggu batu itu tersangatlh marah  dan menutup pintu tersebut. kesan putih pada tasa batu maloi itu dipercayai adalah pintu. Tapi itu semua cerita yang hanya Allah S,W.T je yg tahu kebenarnanya. hehehehe

*ini dia batu maloi!!*

pengembaraan kami di gua batu Maloi diakhiri dengan jungle trecking ke bawah semula. Subhanallah, Allah je tahu betapa bahagianya kami melihat cahaya matahari selepas keluar dari gua. Bayangkan kami masuk gua pukul 10 pagi macam tu, kluar pulak pukul 4: 30 macam tu. pengembaraan seharian di dalam gua, merangkak, menyelit, berguling, berenang dan berguling seharian di dalam gua mmg kenangan yg x dpot dilupakan, horrayyy!!

*encik Muhammad nazri nie bekas pemain bola wakil Malaysia taw!*

*kami letih tapi tersenyum bahagia.*

*yea.. bahagiaaaaaaaa...........*

*kami juga!*

*jalan kaki ke bas*

*semua berebut biskut.. lapar sgt tu.. huhuhu*

*persiapan untuk family day pula!*



Yang mengalaminya...

Siti Sakinah Bt Mohamad.

Reactions: 

Sunday, 23 December 2012

Mukmin yang berjaya/ Movie time! -Day 7 MHI 12'


Bismillah..Assalamualaikum. Pada tarikh ini saya ingin menceritakan tentang slot pertama iaitu tafsir Al-Quran. Tafsir kali ini membincangkan tentang Surah Al-Mukminun yang bermaksud ‘Mukmin Yang Berjaya’. Terdapat beberapa ciri2 mukmin yang berjaya iaitu khusyuk dalam solat, tidak lagha, bijak mengendalikan harta memelihara amanah dan janji, menunaikan zakat serta memelihara solat.
*Slot Surah Al-Mukminun*


*khusyuk mentadabbur*



Antara tips khusyuk dalam solat asalah ‘Hudurul Qalbi’ iaitu menghadirkan hati dan focus. ‘Tafahum’ yang bermaksud memahami bacaan, ‘Ta’zhim’ iaitu rasa keagungan Allah S.W.T yang telah menciptakan kita. ‘Haibah’ iaitu rasa takut kepada Allah, ‘Raja’ iaitu pengharapan kepada Allah.


*apa macam? ada gaya kah?*


*''Apa KHabar semwa?"*

*rasakan ayam berapi kami!*
Pada slot kedua pula AJK Multimedia telah menganjurkan program iaitu menayangkan sebuah filem dan mengadakan game kuiz berdasarkan filem tersebut.Pemarkahannya berkonsepkan game. Kumpulan 2 telah memenangi game ini


*para ajk multimedia*




*apa pndapat inchek boss?*


*Waaaaa,,,,,*
Pada slot terakhir pula iaitu penulisan kreatif yang mengajar kami bagaimana cara menghasilkan apa jua penulisan yang melibatkan dakwah atau tarbiyyah.




Yang Ohsem,
Ahmad Badiuzzaman B. Roslan
Akid Syawari B Suhaizam J

Friday, 21 December 2012

Teenagers and Revolution / Dangers of Smoking -Day 6 MHI 12'

It was a usual morning for us, cold and early. but we knew that the day would still be full of suprises with lots more to learn. Instead of marching out in the field, we did aerobics in our common hall. Our shoes were not dry from the day before and aerobics was an exhilarating alternative.

*meet our adopted cat! miiiaaaawwww!*

*Gelombang Keadilan-- Shoutul Harokah-

Afterwards came our first slot 'Seerah: Teenagers and Revolution'. We had the honour of having ustaz Kamal azhari who is originally from Jakarta, Indonesia.  It was beyond interesting and relevant to us MHI participants. Ustazd kamal taught us the characteristics of an Islamic Revolution and the factors required to fulfill these characteristics. We are definitely inspired by this talk, to become the young Khalifas needed in this world today. As explained by Ustadz kamal, teenagers are one of the energy sources that should be used by Islam to rejurenate and keep the world in harmony.

*this is awesome! thanx ustadz!*

*focus!*
*Kak Asma Amran told us about our MHI senior and their experiences*

*habato!*

*public speaking*
Afterwards, our night slot involved Pakcik Othman the owner of our location Kem Rimba Tamu as our presenter. The topic was 'Dangers of Smoking' and we were shown intimidating videos that outlined this topic well. It is a reminder to all of us to choose the right crowd of friends and that there are no benefits but endless disadvantages of smoking.


 *LDK*

*presentation*



To our beloved parents, we thank you for sending us here and we miss you lots!

Regards,

Intisaar Kaamilah Bt Budiman
Muhammad Syakir B. Abdul Wahab

Thursday, 20 December 2012

Commando Track! ayuh me'lasak!' -Day 5 MHI 12'

Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim..InsyaAllah hari ini kami peserta  MHI 12/13, ikhwah akhowat ada slot 'commando track' di Hutan Kem Rimba Tamu. sarapan kami hari ini diatas rumput dan cemment kerana kami ada sesi muhasabah diri di dalam sungai.
 Kami telah diketuai pakcik Osman yang kami sayangi sebelum bermula. kami telah melakukan bai'ah bahawa kami bersaksi 'tidak akan bercekak pinggang' jika kami melakukan cekak pinggang kami akan didenda ketuk ketampi dan push up. Denda ini berkonsepkan 'Harakiri' yang mendidik pesalah untuk menghukum diri sdri jika melakukan kesalahan. Hikmah method ini adalah utk melihat jika kami ini sudi utk ditegur atau tidak. ehek~ :3
 *''bahawasanya kami, tidak akan bercekak pinggang..*
Untuk commando track, ikhwah dan akhowat telah dipecahkan kpd beberapa kumpulan. Akhowat dulu memulakan commando track barulah ikhwah. well, ladies first kn? :P
        *abg bai bukan bercekak pinggang ya.. dia menggaru pinggang* :D
                                     *luruskan tekadmu..hadapi musuhmu...
*Ayuh majuuu..majuu..majoOoo..!*
Di checkpoint pertama kami perlu melalui paya tersebut dengan dengan meniti di atas paip PVC. Ramai dari kalangan kami yang jatuh  dan bermandikan selut. walaupun begitu, ramai juga kalangan kami 'excited' terjatuh dalam selut siap bergelak ketawa dan gembira pula. hehehe
*checkpoint paip PVC*
seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk ke checkpoint 2 dengan melintasi paya yang penuh dengan selut yang pekat hingga kami perlu menyillang siku untuk melintasi paya tersebut. kami juga memanjat bukit yang curam dan mesti memegang setiap dahan yang ada di dalam hutan itu. Di checkpoint seterusnya kami perlu menyeberangi tasik menggunakan tali yg disediakan.
*halangan merentasi tasik*
 *sangat lincah mereka ini. oyeh* 
 *almost surrender*
sehabis je menyeberangi tasik kami mendaki curam dengan menggunakan talil Tangan kami semua merasa kebas disebabkan terpaksa mengangkat diri sendiri naik keatas. 
 *mendaki curam pun perlukan keberanian*
*kami kumpulan pertama smpai!
*yeah! kami bersedia merentas tasik!*
*abg ashraf pun nk join bergambar jugak!*


*arahan pertama: ''abg nak kamu amik batu dan bergambar dgn batu nie''* =,=''


*arahan kedua: "abg nak kamu amik buah pulasan kat belakang tu seorg sebijik bawak kesini, "kata abg syed."amik yang merah je! hehehe" tambah abg bai pulak.

* ''kami yg amik fasi2 pulak makan." kata mereka. 
*checkpoint buat piramid: abg deen testing panjat dulu. mantap!*

*mukmin itu menguatkan mukmin yg lain*


*masih bertahan!*

*repelling: "lutut kena lurus! " kata pakcik osman

 *nie mesti bru bercekak pinggang secara berjemaah.hehe *
bagi kami, trecking kali ini lebih mencabar dan menyeronokkan. kami balik dalam keadaan yang basah! kemudian kami diberi rehat yg cukup untuk meneruskan slot malam iaitu Tafsir Surah As-Syams dan kami turut melakukan simulasi demi matahari. Slot malam ini pula telah dijayakan oleh abang Khairul Fadhli a.k.a Abg K. Abg K merungkaikan sebahagian surah as-Syams. Dan segala pengisian beliau sgt menusuk Qalbu kami. 
Itulah yang berlaku pada kami hari ini.  Subhanallah, kami selangkah merubah dunia!!
Yang ber-cher-riey-tarr;
Siti Sakinah Bt. Mohamad
Akid Syuwari B. Suhaizam
juga diguide kakak fasi multimedia. :)
Reactions: 

Wednesday, 19 December 2012

Dare To Change! Sayonara Jahiliah! -Day 4 MHI 12'

Rise and shine! hari ini kami meneruskan lagi pengembaraan di Sekolah Kehidupan Ikram. Alhamdulillah diberi nikmat nyawa lagi untuk majlis ilmu hari ini.

*mata kebumi, hati kelangit. MHI day 4*
Slot hari ini dimulakan seperti biasa dengan nyanyian dan simulasi bersemangat lagu Shoutul Harkah gelombang Keadilan dan Izis, Hai sahabat yang kali ini dikendalikan sendiri oleh peserta MHI sendiri iaitu ahli Syura yang telah dipilih. Seperti biasa kami kena asah lagi bakat 'public speaking' kami.
Slot DARE TO CHANGE pula banyak 'menampar lembut' hati kami hari ini, banyak memuhasabahkan tentang perilaku diri dan karat2 jahiliyah. Banyak input yang kami dapat dari Ukhti Sumayyah Abdul Aziz.  Antara yang paling terkesan di hati kami antaranya quote '' Dear past, thank you for all the lesson, Dear future, im now ready''. kami juga diberi suntikan tentang semangat2 juang rijal dan mujahidah di jalan Allah yg bjuang untuk Islam. Dan pentingnya peranan remaja di dalam dakwah dan perihal ummah.

Slot terakhir kami kali ini pula mengenai 'Perancangan Organisasi' yang dikendalikan oleh ukhty asma zaid. kami mendapat pelbagai input tentang cara2 mengendalikan organisasi. wakil dari setiap commitee diminta mmbentangkan tugas-tugas commitee masing2, seperti ajk Multimedia, Ajk makanan, ajk kerohanian, ajk  kebajikan dan sebagainya. 
Ukhty Asma juga berkongsi tentang rahsia organisasi ummah Rasulullah iaitu berpegang kepada kalimah tauhid ''Lailaahaillallah Muhammadarrasulullah''
*Ukhty Asma Zaid*


"Apa yang disampaikan dari hati, akn sampai ke hati.."- 
Kata2 Hassan Al Banna. Slot Dare to change.

young burr nurr,
Asma' Binti Tajul Ariffin,
19/12/2012
MHI DAY 4
                                            

Tuesday, 18 December 2012

Berkebun dan Memasak! -Day 3 MHI 12'


Alhamdulillah hari ini kami telah belajar skill penting dalam hidup iaitu memasak!.Sbb dalam camp nie pun kami kena memasak sdri selama sebulan. Pada mulanya kami diberi tugasan untuk memasak beberapa jenis makanan iaitu ayam masak merah, ayam masak kuning, kari ikan ikan asam pedas dan macam2 lagi sekaligus untuk makan malam sekali.Punya lah kami berhempas pulas menyiang ayam dan ikan secara berjemaah mengupas bawang sampai mata pedih dan menangis.

*ada bakat x?*


*sempat berposing even mata pedih*

*bimbingan memasak dr maklong :)*
selepas selesai solat kami pun beralih ke slot asas tani. Kami di'briefing' oleh Encik Hattan tentang teori pertanian dan diberi beg politena setiap seorang kami juga diberi benih bendi. kami diajar utk menanam pokok bendi. Kita lihat hasilnya dalam 3 minggu lagi. jeng3x~~
 *slide show tadi :)*
*muka excited*
Slot bimbingan Al-Quran pula dipimpin oleh Ustaz Ahmad Aqib. Slot ini dimulakan dgn sajak karya beliau sendiri yg sgt menyayat hati. Peserta turut mewakilkan diri mmbaca sajak. Beliau juga banyak mmberi tips berguna tentang bacaan Al-Quran yang betul serta kepentingan makhrajnya.
*sedikit sebanyak mmperingatkan jiwa :')*
NOTA KAKI: ''Dear beloved parents, we enjoyed ourselves here and tried our best to fit in. so dont be worried.we miss u..''
Asmaa Agus and The Gang ;)
18/12/2012
MHI DAY 3

Thursday, 16 February 2012

:: Jom Daftar.... Apa Tunggu Lagi ? ::

Madrasatul Hayah IKRAM 2012/13
Tarikh 
16 Dis 2012 - 12 Jan 2013

Lokasi 
Kem Rimba Tamu

Hulu Selangor

Pendaftaran 
16 Disember 2012 (Ahad)
9.00 am - 1.00 pm

ambil masa.... tour Blog ini untuk maklumat lanjut .....

Comments