ARKIB MHi 2011/12


Saturday, 28 January 2012


R2T -Thailand, day 5 , 27 Januari 2012

‎7.31 am : sarapan pagi, di Dinar Lodge, Phuket.

Alhamdulillah, semalam kami telah bertemu dgn ikhwah akhawat thailand dan melihat aktiviti2 yang telah dijalankan, seperti daurah, mukhayyam, katibah dll. Alhamdulillah terasa kebersamaan :)

Jika di malaysia rangkaian sekolah musleh telah beroperasi selama belasan tahun, tetapi dithailand, rangkaian sekolah as-salam telah beroperasi selama 37 tahun. 

Sekarang tengah tunggu bas, perjalanan hari ini dijangka lebih panjang dan menarik. Doakan semuanya dipermudahkan. Insyaallah :)

Perjlnn dr Phuket ke Hat Yai mengambil masa 5 jam :)
kami SUKA ddk dlm bas!!! :D
 

R2T -Thailand, day 4 , 26 Januari 2012

Phuket...




Thursday, 26 January 2012


R2T -Thailand, day 3 , 25 Januari 2012

Skrg pukul 9.30 waktu Thailand, kami berada di Tarbiah Islamic School, Phang-nga,Krabi
Sekolah Islam Swasta, yg dapat biaya dari Kuwait. 
Sekolah ini didirikan dgn bantuan  Kerajaan Kuwait dgn Pelajarnya 300 orang. Bertemu pelajar sekolah yang osem. alhamdulillah dimudahkan semuanya


wajah2 melayu yg berbahasa Thai. sekiranya kekuatan org Islam di Nusantara dipadu, kekuatan baru akan muncul. Semoga peserta MHi 2011/12 menjadi penghubungAmeen Ya Rabbal Alameen


sepanjang pagi hingga tengahari kami telah berjaya berkayak sejauh 15 km. walaupun pelbagai rintangan telah dihadapi seperti kayak tergolek, hanyut dan hampir lemas, tetapi kesemuanya selamat sampai dan pengalaman ini tidak akan kami dapati di tempat lain :) makanan? memang best! OSEM!

Sesi malam ini perkongsian serta persembahan.






R2T -Thailand, day 2 , 24 Jan 2012

Laporan tertangguh.... Prince of Sonkgla University, kilang soya,Satun...


        •                                                Masjid Kersik, Pattani. Masjid terawal di Thailand.


Pengiring-pengiring yang sangat berjasa, sentiasa ceria & sporting...
JZZK Pcik Amran & Ummi Salmi!


Gambar2  R2T Day 2  di sini 

Monday, 23 January 2012


R2T -Thailand, here we come!! Day 1, 23 Jan 2012

23 Januari 2012 , 11: 03 am


Alhamdulillah, setelah selesai makan nasi ayam Thailand (sambal dia umph....), kami pun bersedia utk meneruskan perjalanan. Kali ni akan melawat kilang soya milik ikhwah kita di sini. Cuaca agak panas tapi anak2 riang ria sentiasa.



Kami pun sudah berjumpa dengan ustaz Mat di imigresen checkpoint. Kami pun dah beri bingkisan yang dikirimkan drp Dr. Salwani kepada ust. Mat.
Sekarang ust. Mat sedang beri taklimat. Sekarang bersempadanan dengan Songkla dan Dannok. Yala adalah 130km dari sini dan akan ke sana melawat University Yala.



Sent from my IKRAM HS Pad.

Salah satu banner di SRI Darul ulum yala


Gambar2  R2T Day 1boleh dilihat di sini 

R2T Alhamdulillah, Selamat tiba di Changlun

23 Januari 2012, 7:05 am

Salam. 
Kami sudah sampai ke persempadan Changlon. Sekarang di CTC, tempat persinggahan utk kami menukar wang ringgit Malaysia ke baht Thailand. Solat suboh tadi berjemaah di Masjid Imaniah, masjid tepi jalan. Kami tiba agak awal, jadi sempatlah ikhwah dan akhawat berqiyammulllail di masjid tersebut.
Selesai sudah bermathurat, kami tiba di CTC, menukar wang dan ada yang minum2. Para peserta dah mula cergas dan mula riuh di dalam bas.

Sekarang kami hanya menunggu ketibaan satu lagi kereta yang diketuai ukhti Asma Zaid bersama 4 peserta MHI. Asma telah datang sehari awal untuk membuat passport di Kedah sebab imigresen Kedah buka pada hari Ahad. Dengar cerita akhi Hasbullah Ashaari akan membawa mereka ke CTC ini.
Doakan kami selamat kembali dan pulang.
Wasallam.

Sent from my IKRAM HS Pad.
 

R2T (Road2Thailand) bermula.....

22 Januari 2012, 9:15 pm

Assalamualaikum wbt.
Pada pukul 7.05 mlm tadi setelah diberi taklimat ringkas oleh Prof. Dr. Salwani Daud mewakili PERINTIS kami telah dilepas(flag off) oleh YB Haniza Talha menaiki bas; memulakan jaulah kami. Sebahagian ibubapa dan adik beradik telah berada di PKJ untuk " say goodbye".

Pemandu bas kami bernama Firdaus pun mula menggerakkan bas dan seterusnya membawa deras menuju ke jalanraya. Suasana dalam bas agak sunyi, hatta teringat ana yg kita masih belum membaca doa perjalanan. Lalu dibisik pada akhi Amran dan dia pun mengangguk. Belum sempat bangun, datang seorang akh dan berkata, "pak cik, kita belum baca doa naik kenderaan, biar saya bacakan", lalu dibacakan doa dengan penuh syahdu.
Sampai di tol Batu, Firdaus mula membuka radio. Mula ingatkan dia buka radio IKIM sebab suara Akhil Hayy berkumandang, rupanya radio Ibukota. Kami pun request buka radio IKIM. alhamdulillah dia akur.
Tepat 7.45 mlm kami sampai di tol R&R Sg. Buloh. Diberi tempoh 45 minit untuk solat dan makan, 8.30 mlm perlu ada di bas semula. Masya Allah tepat 8.30 mlm, semua sudah ada di depan bas, kecuali driver bas! Terpaksalah kami tunggu driver bas pulak.


Bila berada di dalam bas memulakan perjalanan, seorang peserta bangun dan ingatkan kawan2 yang lain, " Ikhwah, akhawat, ingat tak masa kita di Ulu Tamu, apa kita buat selepas maghrib dan Suboh? " maka bersahutlah kawan2 yang lain..al Mathurat. Maka bermulah pembacaan al Mathurat di dalam bas. Rasanya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sudah nampak bibit2 tarbiah dr MHI terbekesan di dlm jiwa mereka.
Sekarang bas sunyi sepi..insya Allah akan sampai di Tol Ipoh Selatan untuk mengambil peserta yg lain pula. 
Akan bersambung..

Ummi Salmi
IKRAM HULU SELANGOR
Sent from my IKRAM HS Pad.

 Sebahagian peserta akhawat bersama pengiring & urusetia

 Sebahagian peserta ikhwah bersama fasi pengiring

 YB Haniza flagging off....

 Fi Amaanillah..







Friday, 20 January 2012


Catatan Minda Madrasatul Hayah IKRAM 2011/2012

Assalamualaikum WBT
Segala Pujian Bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam yang mengurniakan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNYA. Nikmat yang teragung dikurniakanNYA nikmat IMAN dan ISLAM membawa setiap diri manusia kepada kebenaran kehidupan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas segala cinta, pengorbanan dan kasih Baginda SAW dapatlah setiap insan terpilih merasai nikmat teragung ini.
Alhamdulillah, kesyukuran diri persembahkan kepada Allah SWT atas dikurniakan ruang selama tiga minggu dalam usaha menyantuni adik-adik Madrasatul Hayah IKRAM (MHi) 2011/2012 serta menyelami diri sebagai insan yang sentiasa dalam proses memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Sesungguhnya pengalaman bersama saat suka duka di Kem Rimba Tamu selama tiga minggu menyaksikan begitu banyak tarbiah langsung daripada llahi kepada diri. Menyedari sebagai hamba biasa begitu banyak kelompangan amal dan kekurangan pada pandangan Yang Maha Esa. Pada saat kebersamaan hati sama ada antara fasilitator termasuk pengurusan MHi, adik-adik dan juga pakcik-pakcik serta makcik-makcik nyata melihat kepelbagaian identiti yang berupaya disatukan dengan fikrah dan ikatan hati bersama. Melihat kebesaran Yang Maha Esa, tarbiahNYA sangat hebat dengan lebih diketahui tentang elemen KETAATAN, antara PRINSIP & TEKNIKAL, UKHUWAH dan RUKUN USRAH (3T;ta’aruf, tafahum &
takaful). Ia menyaksikan medan dakwah & tarbiah sebenar kepada para aktivis dalam usaha mencari redha Illahi.
Semestinya coretan ringkas sebegini tidak dapat menjelmakan segala perasaan dan harapan yang terbuku pada lubuk hati, namun ia harapnya dapat menjadi pengubat hati buat diri dalam merasai kemanisan bersama sepanjang MHi. Layanan yang tidak jemu khususnya daripada pakcik-pakcik & makcik-makcik kepada kami sebagai FASILITATOR sepanjang MHi membawa erti yang begitu besar buat diri masing-masing.

Hanya munajat dan doa-doa kami bekalkan untuk setiap diri antum hingga ke SyurgaNYA. Ikatan janji pertemuan ke SyurgaNYA sebagai ikatan janji setia dalam jalinan ukhuwah kerana DIA. Ungkapan terima kasih segalanya kepada para fasilitator dan juga pihak pengurusan yang begitu komited dan tidak jemu menyantuni adik-adik MHi. Moga-moga segala usaha ANTUM dibalas dengan ganjaran TERBAIK daripadaNYA jua dan didoakan kesemuanya terus TSABAT pada jalan TARBIAH dan DAKWAH.
Pesanan khusus buat adik-adik MHi, setiap dirimu bagaikan permata
terpilih daripada Illahi. Sekolah Kehidupan IKRAM adalah suatu ruang terbaik sebagai medan pembaikan diri ke arah menjadi insan soleh wa musleh. Jangan biarkan KEMANISAN IMAN, KEMANISAN UKHUWAH, KEMANISAN BERIBADAH, KEMANISAN KEHIDUPAN yang dirasai sepanjang MHi berlalu
begitu sahaja. Penerusan dan solusinya adalah TARBIAH dan DAKWAH adik-adikku. Pilihan segalanya di tangan kita, tersangat penting mencari BIAH SOLEHAH (persekitaran baik) yang membawa kepada ruang lingkup kebaikan.
Adik-adik permata MHi,
Keseronokan dunia memang fana, ramai rakan-rakan kita tersilap langkah dalam memilih laluan kehidupan. Tentunya kita merasai kesedihan mengenangkan laluan yang dipilih mereka. Namun yakinlah, inilah peluang & SEGERA ambil peluang ini untuk menjadi agen-agen perubahan kepada masyarakat. Besarnya harapan untuk melihat adik-adik MHi 2011/2012 menjadi insan-insan yang berterusan memperbaiki diri & menyeru insan lain ke arah kebaikan yakni perhambaan TOTAL kepada Allah SWT. Jika bukan SEKARANG bila LAGI? Jika bukan ANDA siapa LAGI?

JOM, JOM, JOM menyahut tugas mulia untuk HIDUP MULIA atau MATI SYAHID.

Amin ya Robb. Mohon doa agar perubahan fasa dalam maratib amal ke arah baitul muslim sentiasa dalam redha Illahi...
warkah coretan MHi
abg mohd shukri bin abg muis
sjk chung hua sibuti, miri






Monday, 16 January 2012


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 20 - 14januari

   Pagi ini tiada aktiviti khusus untuk kami seperti kawad atau riadhah. Sekitar jam 9pagi kami berkumpul di dalam dewan bagi memulakan rutin harian kami iaitu sesi public speaking. Seusai sesi public speaking, tiba pula sesi Dr. Adnan. Kali ini beliau mengajar kami tafsir surah al-Mukminun. Apa yg kami dpt dr slot ini ialah, bagaimana caranya Rasulullah S.A.W bersolat. Slot tamat sekotar jam 12.30 tgh/hari.

   Selepas Zohor, tiada rasmi yg dijalankan. Namun, bagi memenuhi permintaan kami, kami telah ditayangkan dengan cerita "Valley of The Wolves" (klu xslap). Cerita ini menggambarkan tentang penderitaan yg dihadapi oleh saudara se-Islam kita di Palestine. Walaupun kami bebas melakukan apa sahaja, tp kebanyakan dr kami tetap bersemangat untuk menonton tayangan ini sehingga ke punghujung program. Tayangan tamat sekitar jam 6 petang.

    Malam pula, slot bermula agak awal iaitu pada jam 8.30malam. Kami berkumpul pada jam 8.30 malam bg memulakan slot malam kami pada hari ini bersama wakil dr PERINTIS atau Persatuan Saintis Muslim Malaysia. Slot bermula dengan pengerusi majlis mengenalkan kami kepada Prof. Pauzi Zakaria. Beliau merupakan tenaga pengajar di UPM. Beliau juga merupakan satu-satunya pakar dalam " Finger-printing Hydrocarbone" atau lebih dikenali sebagai "Environmental CSI". Satu lagi yg menarik ialah di mana beliau pernah menjelajah sehingga ke Antartika dan Artik bagi tujuan mengkaji pencemaran alam sekitar. Selepas sesi pengenalan yg mengagumkan kami itu, slot diteruskan dengan aktiviti. aktiviti ini diberi nama "Science Bridge". Ikhwah dipecahkan kepada dua kumpulan dan akhawat juga dipecahkan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diberikan beberapa bahan seperti surat khabar, salotape dan gunting. Kami dikehendaki membina satu jambatan menggunakan bahan-bahan yg diberi. Syaratnya jambatan itu mestilah kukuh dan teguh.

Hari kami berakhir dengan kepuasan membina jambatan. =D


BY : Imran Bin Kamaruzaman , We Loh , Amir Hanafi



http://www.facebook.com/media/set/?set=a.343166169036308.89317.325485660804359&type=3 

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 19 - 13januari

    Slot kami pada pagi ini telah diganti dengan sesi refleksi yg telah dikendalikan oleh Kak Asma Amran. Kak Asma telah meminta kami untuk menyenaraikan sebarang perubahan yg telah terjadi sepanjang tiga minggu kami berada di sini.Beberapa peserta ikhwah & akhawat telah berkongsi perubahan-perubahan yg berlaku kepada diri mereka sepanjang berada di MHI. Program-program MHI yg dijalankan telah banyak membawa perubahan kepada diri kami. Pada hari ini juga, kami bakal kehilangan tulang belakang kepada program MHI, Abg Syukri, beliau akan pulang ke Sarawak kerana beliau, Kak Aida dan Kak Fifi akn di 'posting' dlm masa terdekat. Semasa beliau mahu pergi meninggalkan kami, peserta ikhwah telah mengiringi kepulangan Abg Syukri dengan nyanyian lagu 'Untukmu Teman'. Terasa pilu dan sedih kerana Abg Syukri byk mengajar dan menegur kesilapan kami.

- Setiap pertemuan pasti akn ada perpisahan-


   Masa tengahhari kami di isi dengan slot 'English Time' yg dibawa khas olah akak fasi kami, Kak Syah. Kami di minta untuk berada dlm kumpulan masing-masing dan diberi tugasan unutk mencipta 'indoor games' kami sendiri berdasarkan kreativiti kami. Pelbagai jenis 'indoor games' telah tercipta, antaranya "The Pitch-Potch", "Mute & Deaf", "Splat" dan "Truth, Dare & Challenge".

   Semasa slot ini juga, kami hanya dibenarkan untuk berkata-kata menggunakan bahasa Inggeris. Mereka yg terlepas cakap dalm bahasa Melayu akn didenda. Beberapa peserta telah didenda kerana bercakap menggunakan bahasa Melayu, mereka dicalitkan sos cili ke muka mereka sebagai denda. Seterusnya, Kak Syah telah berkongsi kepentingan bahasa Inggeris yg menjadi bahasa perantaraan dunia sekarang.

-Menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa selain bahasa Melayu adalah adalah satu KEMESTIAN-

    Pada malam ini, kami didatangi 3 org mahasiswa dan mahasisiwi dr Universiti Islam Antarabangasa Malaysi (UIAM). Akhi Marwan telah berkongsi sedikit pengalaman hidupnya dan sedikit perkongsian mengenai kepentingan usrah di universiti kelak. Beliau juga berkongsi tentang pengalaman dan cara beliau berdakwah di kampus. Kemudian, seorang ukhti bernama Siti Amirah juga menceritakan tentang pengalaman hidup beliau sepangjang berada di alam kampus UIA. Beliau juga teah memberi kata-kata semangat kepada kami agar terus bangkit dan tidak berputus asa untuk berdakwah.


-Seseorang haruslah melibatkan diri dengan masyarakat agar dakwah dapat dikembangkan-


BY : Nur Hidayah Bt Mesyasin


Sunday, 15 January 2012


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18- 12januari

AKHAWAT

Nur Hidayah Bt Mesyasin a.k.a DAYAH

    Hari ini adalah hari yang sangat dinantikan oleh peserta MHI. Pihak Raudhatus Sakinah telah datang seawal pagi untuk meluangkan masa bersama dengan peserta MHI. Pihak RS telah berkongsi maklumat mengenai gejala salah laku seksual yg semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Mereka juga telah menayangkan gambar bayi-bayi yg telah dibuang dengan kejam sehingga menyentuh hati kebanyakan peserta. Sya juga berasa sangat terkilan dengan tindakan remaja zaman sekarang.

Mu'izzah Bt Mohd Razali a.k.a IZZAH

    Hari ini, pihak Raudhatus Sakinah telah datnag ke lokasi MHI untuk satu program yg bernama 'Anda Bijak Jauhi Zina'.Program ini merupakan satu program di mana ia menerangkan tentang bahaya melakukan seks bebas dan masalah rata-rata remaja zaman sekarang. Semasa gambar-gambar bayi yg dibuang ditayangkan, ramai akhawat yg menitiskan air mata kerana pilu melihat nasib bayi yg malang itu. Selain itu, terdapat juga aktiviti berkumpulan dimana kami berbincang mengenai isu semasa.

Humaira' Bt Ahmad Khalid a.k.a MAIRA'

ABJZ Yes!
Are you ready?!
ABJZ Yes!
Are you ready?!
ABJZ yes! yes! yes!

    Jeritan bersemangat drpd peserta MHI telah menggegarkan dewan KRT! applause~ Pimpinan drpd barisan fasi2 mantap ABJZ menyinari hari saya hari ini. Terlalu banyak perkongsian yg dikongsikan especially by Sis Jaja, Bro. Jo, Bro. AO dan ramai lagi. Bahagian yg paling menyentuh hati saya sehingga menitiskan air mata ialah apabila video yg memaparkan susasan penduduk GAZA yg mana remajanya sangat berbeza dengan remaja MALAYSIA. Mereka benar-benar berjuang untuk meraih syurga, bukan atas dasar nafsu syahwat semata-mata. Next, slot diteruskan dgn LDK sehingga lewat petang.

Siti Ummul Hadhirah Husain a.k.a UMMUL

   Kalau remaja luar sibuk membimbit I-Phone, hari ini remaja MHI rata-rata membimbit 'I-BAG', gara-gara tidur lewat untuk majlis perpisahan semalam. Pagi ini slot dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Slot yang berlanjutan hingga jam 5.30 petang ini banyak membuka minda peserta tentang realiti dunia luar an tentang penzinaan. Selain pendedahan tentang dunia percintaan remaja yg melalaikan, kami turut diberi maklumat tentand STD ( Sexulally Transmitted Disease) yg kami kira sebagai azab yg Allah janjikan kepada penzina.

Nur Aqilah Bt Mokhtar a.k.a QIQI

    Slot pada hari ini bermula pada jam 8.20 pagi setelah semua usai bersarapan. Slot pada hari ini telah dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy yg berkisar tentang kempen yg tidak asing lagi bagi kami iaitu 'Anda Bijak Jauhi Zina' atau singkatannya ABJZ.

    Slot pertama kami adalah tentang asal kejadian kita serta sejarah kita sebagai manusia. Walaupun informasi ini sudah diketahui semua umumnya, namun slot ini telah berjaya menyedarkan kami akan hakikat kebesaran dan kekuasaan Allah. Seterusnya, slot ini diteruskan dengan mendalami jiwa remaja tentang cinta yg sememangnya suatu fitrah tetapi telah disalah gunakan nikmat ini hingga mereka melakukan kemungkaran dan maksiat. Kami sedar bahawa cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, umat dan kecemerlangan khususnya, adalah cinta yg sebenar dan menjamin ke syurga serta mendaapt keredhaan Allah.

    Slot diteruskan lagi dengan isu gejala sosial dalam kalangan remaja kini yg dahagakn kebebasan seperti Emo, Gothic, Black Metal, Pengkid dan sebagainya. Slot kemudiannya menyentuh soal akibat seks bebas yg kian berleluasa kini. Antara akibatnya ialah pembuangan bayi dan pengguguran serta penyakit seperti AIDS & HIV. Kami berpeluang mengenali dengan lebih jelas tentang penyakit kelamin @ 'Sexually Transmitted Disease (STD)' seperti sifilis, gonorea serta ketuat. Sungguh azab Allah ke atas orang yg berzina itu sungguh dahsyat. Nauzubillah.

    Slot yg kedua teah dijalankan selepas Zohor. Kami dibahagikan kepada 10 kumpulan bagi menjalani sesi LDK. Slot ini mengandungi beberapabahagian iaitu tafsir surah al-Baqarah dari ayat 49 hingga ayat 57 kemudian mengaitkannya dengan ABJZ ini. Seterusnya kami diberi 4kajian kes tentang laporan akhbar berkaitan isu-isu seks bebas ini. Bahgian seterusnya ialah merancang projek kami sendiri untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat tentang isu ini. Kami juga diminta menyenaraikan 10 perancangan kami menyebarkannya.

Slot bersama Raudhatus Sakinah berakhir pada jam 5 petang.


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18 - 12januari

Kali ini, hasil kerja setiap ahli AJK SETIAUSAHA akn dipaparkan.


IKHWAH

Wan Abdullah a.k.a WE LOH

    Pagi yg gelap kini sudah terang. Keheningan di waktu subuh dipecahkan dengan kebingitan suara kekalutan semua peserta MHI. Ada yg masih tidur, dan ada yg berkalut serta ada yg masih seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Jam menunjukkan pukul 8pagi dan semua peserta diminta untuk berkumpul di dalam dewan kerana krew dari Radhatus Sakinah telah tiba dan sudah bersedia untuk memulakan program.

    Program kami bermula bersama pihak Raudhatus Sakinah dengan propaganda yg dibawa 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Tajuk pada hari ini berasaskan tentang masalah 'Zina dan Padahnya'. Kami didedahkan dengan masalah-masalah sosial remaja kini yg kian merunsingkan.


Amir Hanafi a.k.a AMIR

    Pada pukul 8.30pagi, penceramah ABJZ memulakan ceramah mereka tentang kesan2 berzina. Barisan penceramah terdiri drpd Bro. Jo, Bro. Bit, Bro. Fairuz dan Sister Jaja. Ceramah yg disampaikan oleh mereka sangat menarik dan menyentuh hati. Dalam slot ini, mereka menceritakan tentang buruknya kesan melakukan zina terhadap individu seseorang. Alhamdulillah, slot ini selesai pada pukul 1 tengahhari.

    Selesainya solat Zohor, aktiviti lain pula diteruskan. Kali ini, peserta MHI dipecahkan kepada 10 kumpulan baru. Setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing di berlainan lokasi. Akhirnya, tugasnya yang diberikan selesai pada pukul 5.3o petang.

Imran Kamarulzaman a.k.a IMRAN

    Seawal 8 pagi, peserta MHI bertungkus lumus menyiapkan diri untuk menghadiri program 'Anda Bijak Jauhi Zina' @ ABJZ yg dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah. Program ini bermula dengan sesi mengenali diri sebagai remaja. Bor. Fairuz menjai pengerusi majlis. Selepas itu, Bro AO mengendalikan sesi ISK atau 'Ini Sejarah Kita'. BEliau menerangkan fitrah manusia. Ungkapan yg tersemat dikalbu peserta ialah kisah kaum Nabi Luth yg menyokong perkahwinan sejenis.

    Selepas itu, Sister Jaja menerangkan tentang akibat buruk melibatkan diri dalam pergaulan bebas. Salah seorang peserta ikhwah disuruh untuk melafazkan ayat-ayat cinta. Sister Jaja juga menerangkan kesan buruk dan risiko membuat seks sebelum kahwin. Banyak pengetahuan dan info dapat diperolehi bagi peserta MHI.

    Di sebelah petang, peserta MHI telah dibahagikan mengikut kumpulan yg terdiri drpd 10 orang. Setiap kumpulan diberikan tugas dlm sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Di dalam kumpulan3, mereka diberi tugas menghuraikan tentang keratan akhbar yg menunjukkan perbuatan zina remaja. Selepas itu, mereka diberi amanah untuk menyediakan suatu Projek Mega untuk dijadikan sumber rujukan ahli ABJZ. Mereka telah menyusun strategi unutk "Karnival Mari Berpacaran" yang boleh menarik perhatian para remaja zaman sekarang. 

Friday, 13 January 2012


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 17 - 11januari

    Sebenarnya, slot pagi ini ialah “Stress Management”. Tetapi, atas beberapa sebab teknikal, ia ditukarkan kepada slot “Campus Life”. Tiga orang fasilitator telah berucap dan bercerita tentang kisah kehidupan mereka di campus. Ketiga-tiga mereka ber’campus’ di Institut Pendidikan Guru (IPG), Sarawak. Import dr jauh. Hehehe.. Mereka ialah Abg Mohd Syukri, Kak Aida dan Kak Hafizah @ Fifi. Mereka telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang pengajian mereka di IPG. Mereka juga bercerita bagaimana mereka pertama kali mengenali tarbiyah dan usrah ketika di IPG. Kata2 mereka telah memberikan kami semangat baru untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup. Namun, ketiga-tiga mereka ini akan meninggalkan MHI setelah 3minggu berbakti kepada kami. Mereka akan di’posting’ dalam beberapa hari sahaja lagi.
-Semua peserta telah mendapat pendedahan seidkit sebanyak mengenai kehidupan di alam kampus. InsyaAllah kami akan membuat persediaan yg secukupnya.-

Pada petang ini, satu acara debat antar ikhwah dan akhawat diadakan. Tajuk debat kami pada hari ini ialah, “Acheh atau Thailand. Di mana rasionalnya?”. Tajuk ini diberi kerana, dua negara ini merupakan destinasi pilihan untuk jaulah MHI 11/12. Pihak ikhwah menjadi pencadang dan pihak akhawat menjadi pembangkang. Lokasi yg ditetapkan ialah Acheh, oleh itu, pihak pembangkang memilih Tahiland. Selepas hamper sejam mendengar hujah2 yg diberikan, para juri akhirnya membuat keputusan bahawa pihak pembangkang yg memilih Tahiland menang perdebatan ini. Dan speaker terbaik diberikan kepada Danial Mustafa Byrnes. Namun, destinasi jaulah kami masih belum ditentukan.
-Sangat hebat mereka berhujah. Semoga Islam dapat terus tertegak dengan generasi ini-

Slot malm ini disampaikan oleh Ustaz Fitri Abdullah, seorang JK Dakwah bagi IKRAM Hulu Selangor. Beliau merupakan seorang India-Muslim, yg memeluk Islam ketika berumur 28 tahun. Tajuk yang diberikan kepada beliau ialah “Time Management”. Slot ini disampaikan dengan penuh santai dan berkesan. Antara yg beliau sampaikan kepada kami ialah adab menuntut ilmu, tips mengurus masa dan cara-cara mengelak masalah pengurusan masa. Walaupun malam tersebut agak dingin, hamper kesemua peserta berjaya menumpukan perhatian terhadap apa yg disampaikan oleh Ustaz Fitri.
-Nikmati masa kayamu sebelum tiba masa miskinmu-

SPECIAL EVENT

  Oleh kerana Kak Fifi dan Kak Aida akan pulang ke Sarawak esok pagi dan Abg Syukri lewat sehari. Maka para fasilitator telah menyediakan sedikit kejutan buat mereka. Seusai slot Ustaz Fitri, Abg Ashraf telah menghabiskan masa kami sementara menunggu Abg Syukri tiba. Kak Aida dan Kak Fifi sudah sedia ada di dalam dewan. Setibanya Abg Syukri, beliau telah di minta membacakan doa selamat untuk Afiq kerana tarikh lahirnya jatuh pada hari ini.
   Selepas itu, kami telah menyanyikan lagu ‘Untukmu Teman’ khas untuk Kak Aida, Kak Fifi dan Abg Syukri. Selepas sedikit tayangan video oleh JK Multimedia, para peserta telah memeluk fasi mereka buat kali terakhir. Malam ini di akhiri dengan sedikit jamuan yg disediakan oleh Ummi Jamaliah Awang.


BY : Muizzah


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 16 - 10Januari

    Hari ini dimulakan dgn slot SIRAH oleh Akhi Ammar Mohd Zain. Beliau bercerita berkaitan dengan Ghazwah Badr. Para peserta didedahkan tentang peristiwa2 berkisar tentang Ghazwah Badr Qubra, strategi, sebab perang dan kesan ghazwah.Banyak info dan ilmu baru yg kami dapat dr Akhi Ammar. =D

   Kalau sekadar dengar, cukup ke? Kalau cukup, kenapa susah nak ambil pengajaran? Petang ini, para peserta diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yg baru diterima pagi td. Kami berperang pada kali ini dlm aktiviti  “War Game”. Dengan berbekalkan air tepung yg diisi dlm plastic sebagai peluru, kami dikehendaki merampas dan memadmkan api lilin kumpulan lain. Kami juga dilekatkan dengan ‘salotape’ putih sebagai bahan amanah kami, jika ia tercabut dr baju, maka secara automatik kami kalah. Perang berjalan sekitar 1jam 30minit. Alhamdulillah. Bagi ikhawah, kump5 mendapat tempat pertama, kump3 mendapat tempat kedua, kump1 mendapat tempat ketiga, dan hadiah saguhati dapat kepada kump 2 dan kump4. Bagi akhawat pula, tiada maklumat.

=D  Setelah beberapa hari tidak bertemu, sekali lagi Dr. Adnan hadir untuk menyampaikan pengisian tentang “Positvie Child… Parents Interaction” . Dalam slot pada kali ini, kami didedahkan dengan skil2 untuk ‘get along with parents’ dengan cara yg betul. Sedikit aktiviti telah dilakukan, dimana para peserta telah menulis surat kepada ibu bapa mereka. Isi surat adalah privacy para peserta. Oleh itu, wahai para ibu bapa, nantikan surat cinta dari anak-anak mu. Hehehehe…..

BY : Aiman


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 15 - 9Januari

Maka bermulalah minggu ke-3 kami di KRT dlm program MHI dengan mengangkat tema ‘maintaining the change’. Setelah puas kami ‘mind set’ kan minda dan mencari ‘areas for change’ sepanjang minggu satu dan minggu dua, kini tiba masa untuk mengekalkannya.

   Seperti yg diamarankan oleh Abg Shukri, hari ini Kami menjalani sesi riadhah yg agak mencabar di THE WOODS RESORT CENTRE . setibanya kami di sana, kami melakukan ‘warm up’ sebelum menjalani aktiviti pertama kami iaitu ‘flying fox’. Selepas seronok melunjur turun dengan laju, kini kami perlu turun dengan perlahan pula melalui aktiviti ‘absailing’ (tidak tahu ejaan sebenar. heee ). Selepas penat turun secara laju dan perlahan, kini tiba untuk aktiviti kemuncak kami, ‘River Trailing’ !! Wah! Sungguh la kami teruja dan gembira kerana selepas penat lelah kami berjalan melawan arus sungai, penamat kami ialah air terjun! Masya-Allah! Sangat indah ciptaannya. Sementara ikhwah bergembira bermain terjun2, akhawat pula bergembira bermain sesama mereka. Sungguh kami tidak akan dapat melupakan detik2 indah bersama ini.

-Muslim yg baik akn sentiasa bersedia menerima apa jua cabaran yg mendatang-

Setelah berpenat lelah menghabiskan sesi riadhah dengan penuh semangat, kami meneruskan slot kami yg terakhir pd hari ini bersama Prof. Dato’ Dr, Hasan Basri yg berceritakan tentang tafsir surah Luqman. Malangnya, oleh kerana ‘energy’ kebanyakan para peserta telah habis ketika sesi riadhah di pagi hari, slot pada mala mini agak perlahan dan kurang mendapat perhatian dek kerana mata yg kuyu dan kepala yg tersengguk. Namun Alahmdulillah, Dr Hasan tetap menghabiskan sesi beliau dengan jayanya meskipun tidak ramai yg mengambil perhatian. Bagi yg mendengar cerita yg disampaikan oleh Dr Hasan, pasti mereka akan mendapat manfaat kerana Dr Hasan telah mengupas dan menyampaikan kepada kami tafsir surah Luqman dengan baik dan mantap!!

Pada malam ini, kami dilepaskan pulang ke kamar beradu masing2 sedikit awal dr kebiasaannya bg menggantikan dan me’recharge’ energy para peserta. Sekian.

BY : Humaira’



SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 14 - 8Januari

   Sarapan pagi pada hari ini sedap. Bertambah sedap bila makan ramai2 dalam dulang. Sangat terasa kemesraan antara kami. =) Heee… Selepas sarapan yg sedap tadi. Kami dihidangkan pula dengan pencuci minda yg diberikan oleh Dr. Har yg bertajuk ‘Critical Thinking’. Beliau memberikan kami definisi ‘Critical Thinking’ dan menyatakan kebaikan serta kelebihan unutk berfikir secara kritis. Dalam slot kali ini, para peserta banyak melakukan gerak kerja bersama ahli kumpulan masing2. Gerak kerja dilakukan secara berkumpulan agar setiap ahli kumpulan sama-sama mendapat manfaat berfikir dan berbincang tentang soalan serta kritikan yang diajukan oleh Dr. Har. Sesi beliau tamat setelah azan Zohor  berkumandang. Walaupun hanya sedikit masa kami bersama Dr. Har  pada pagi ini, namun banyak yg dapat kami pelajari dr beliau dlm masa yg sgt singkat ini.

   Setelah selesai kami makan ‘lunch’ bersama dlm dulang, kami telah didatangi oleh KBM KL. Slot kami pd petang ini ialah ‘Sahabat’. Dalam slot yg dibawakan oleh Pak Long Melaka ini, kami telah diberi peluang untuk mengimbau kembali kenangan bersama kawan rakan teman kami. Kami juga telah diberi peluang untuk bermain dagu, menyentuh hidung, mengusap pipi dan memeluk rakan ‘partner’ kami. Slot ini telah banyak menyedarkan kami tentang nilai sebenar seorang sahabat. Kami juga telah diberi cara bagaimana untuk menjadi seorang sahabat yg baik. Kerana jika kita inginkan orang yg baik menemani kita, kita perlu menjadi peneman yg baik untuk orang lain dahulu. =D

   Malam ini, slot kami masih dibawakan oleh KBM KL. Slot mala mini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, kami disedarkan tentang nilai dan erti sebenar Allah, Rasulullah, ibu dan bapa. Di penghujung bahagian pertama ini, para fasilitator telah berlakon khas untuk kami. Hehe…
Selepas tamat bahagian pertama, kami bersambung pula ke bahagian kedua. Dalam bahagian kedua ini, kami dipisahkan dari rakan2 kami supaya kami lebih fokus dan tidak hilang tumpuan sepanjang slot. Kami telah digambarkan tentang bagaimana sakitnya azab seksa  di kubur buat mereka2 yg tidak meninggalkan tegahan agama dan tidak melaksanakan suruhan agama.
Tamat sahaja slot pada malam ini, kami terus dibenarkan pulang untuk tidur kerana kami semua sudah kepenatan. Sekian laporan dari kami ahli jawatankuasa setiusaha MHI 11/12.

BY : Amir Hanafi, We Loh dan Imran.

Saturday, 7 January 2012


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 13 - 7Januari

   Hari ini slot pertama kami ialah slot tentang PALESTINKami disantuni oleh salah drpd dua belas org yg telah pergi ke Gaza baru2 ini. Beliau ialah Mck Ramlah. Mck Ramlah telah bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang beliau di sana. Kami juga telah di tayangkan dengan beberapa video tentang kesengsaraan raykat Palestin dan kekejaman tentera zionis.

   Sepanjang sesi bersam Mck Ramlah itu, ramai antara kami yg terkejut mengetahui keadaan sebenar rakyat di sana. Antara yg paling menarik perhatian saya ialah, apabila Dr. Ramlah menyampaikan pesanan salah seorang saudara kita dr sana ;

“Kami tidak perlukan wang ringgit anda. Kami tidak perlukan simpati anda. Apa yg kami perlukan ialah DOA dari saudara2 kami…”






    Lebih kurang begitu bunyinya. Apa yg saya faham dr kata2 itu, mereka tidak mengharapkan simpati dr kita. Bagi mereka, wang ringgit sahaja tidak membantu perjuangan mereka. Apa yg paling diharapkan dan didambakan dr saudara se-islam mereka yg berada di serata dunia ialah DOA yg ikhlas dan berterusan agar mereka kuat dan tabah dalam menegakkan agama Islam. Maka, alangkah bagusnya kalau kita sentiasa memasukkan mereka dlm doa kita setiap hari. Semoga mereka syahid dan ke syurga. Ameen~

   Selepas solat zohor, kini tiba masa untuk kami pula berjuang dlm slot yg diberi nama ‘KEHIDUPANKU
Petang ini setiap kumpulan dibahagikan kpd 4 bahagian. Bahagian pertama tugasnya ialah MEMANCING. Bahagian kedua pula tugasnyaMENCARI UMPAN. Bahagian ketiga diberi tugas untuk MENCARI SAYUR HUTAN. Dan bahagian terakhir tugasnya ialah MEMASAK.

   Kami begitu bersemangat untuk menjalankan tugas masing2. Tapi sayangnya, tiada satu kumpulan pun yg berjaya memancing ikan untuk memakan umpan mereka. =( Dan itu bemaksud, tiada ikan yg dapat dimasak. Meskipunbegitu, seekor ikan yg ditangkap oleh salah seorang bapa kpd salah seorang peserta ikhwah telah dibakar. Terbukti dan ternyata peserta MHI tahun ini mahir dlm membuat ikan bakar!!

  Makan malam kami pd hari ini ialah nasi putih dan sardin yg disediakn oleh peserta ikhwah. Alhamdulillah, walaupun prog tidak berjalan sebegitu lancar, tp kami byk belajar ttg erti kesabaran dlm mendapatkan sesuatu. Adalah mustahil untuk mendapatkan syurga tanpa usaha yg berpatutan. =)

   Selepas mengisi perut, kami memulakan slot ketiga yg dibawakan oleh Dr.Harlina Siraj a.k.a Dr. Har. Dr. Har menceritakan tentang bagaimana untuk menangani kepelbagaian. Kami juga diajar bagaimana untuk menangani kepelbagaian perangai dan kerenah orang yg mendatang dlm hidup kami. Terdapat juga jenis2 kebencian seperti dikriminasi dan stereotype (klu xslap). Kesimpulannya, slot Dr. Har pd mlm ini adalah sebagai salah satu persediaan kami untuk ke alam ipt kelak. Sekian~


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 12 - 6Januari

“Ayuh sama-sama kita nikamti,
Pemberian Ilahi,
Setiap pagi hari…”

Itulah antara bait-bait lirik dalam salah satu nasyid kumpulan Saff-One. Alhamdulillah pagi hari ini para peserta MHI menunjukkan rasa syukur kepada Allah dengan berqiamullail secara jamaei. Dan seperti biasa, selepas Subuh bacaan ma’thurat dibaca dgn diketuai oleh salah seorang peserta ikhwah dan diikuti dgn tadarus al-Quran. Cuma tadarus kali ini, kami diminta membaca surah al-Kahfi.

Selepas sarapan pagi, kami berkumpul untuk menerima arahan seterusnya drpd abg fasy. Abg Ikram Yeo telah membahagikan peserta ikhwah kepada 3kumpulan dan peserta akhawat kpd 2kumpulan. Setiap kumpulan diberi kawasan amanah masing2. Apa yg perlu kami buat dengan kawasan amanah kami? Haaa…. Kami disuruh untuk membersihkan kawasan amanah kami bersi sebersihnya… Hee… Dengan kata mudahnya, pagi ini, kami bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Kem Rimba Tamu. Manfaatnya ialah kami dpt mengeratkan lg ukhuwah antara kami. Kami juga dapat beramal kpd alam sekitar yg selama ini telah beramal kpd kami dgn menyediakan pemandangan yg menyenangkan dan paling penting membekalkan kami dengan ‘oxygen’.. Maka, rajin2lah beramal kpd alam sekitar.

Slot kedua kami pd hari ini disampaikn oleh mck2 yg dibawakan khas dr Ikram Ampang Jaya. Mereka2 yg hebat itu ialah Ummi Uji, Mck Jawaher dan Mck Norliah. Mereka telah mengajar kami asas2 menjahit. Ramai dalam kalangan kami yg first time bertemu dgn ‘thimble’, alat untuk melindungi jari dr tertusuk jarum yg berbentuk seumpama mini tong sampah. Hehehe. “ Jahitan seterusnya ialah jahitan tulang ikan Herring… “ errr… apakah? Bagaimanakah? Rupa2nya jahitan silang pangkah. Baru kami tahu, banyak nama lain yg kami belum tahu. Antara jahitan asas lain yg kami pelajari ialah sembat dan jelujur. Kami juga belajar bagaimana untuk mjahit kancing dan butang.

8 pemenang telah dipilih. 8jahitan paling kemas, paling cantik dan paling menarik hati para juri telah dipilih. Dan mereka ialah.
-Nurul Hannan
-Tasneem Yunos
-Humaira’
-Mursyidah Mokri
-Nabil Azhar
-Udin
-Anas
-err…maaf..terlupa siapa lg seorang…
Humaira' menerima hadiah dr Kak Sha.


‘What Should Young Women Know About Sex’. Demikian tajuk kupassan oleh Dr. Azlina, seorang psikiatri klinikal yg telah Berjaya membuka minda semua peserta akhawat MHI (kerana slot ini khas untuk akhawat dan ikhwah ade aktiviti sendiri di dewan makan). Kami diberi pendedahan meluas tentang jenis-jenis seks, peyakit-peyakit yg berkaitan serta keganasan seks. Ilmu yg paling memberi impak dan paling mendapat perhatian peserta akhawat ialah kes mangsa rogol. Kami diberi penjelasan terperinci tentang tindakan yg perlu thadap mangsa rogol. Ramai maruah remaja perempuan di luar sana yg tidak dibela  hanya kerana mereka tidak diberi pendedahan awal tentang tindakan-tindakan yg sewajarnya apabila dirogol atau bagaimana mengelakkan diri dari dirogol. Laporan polis tidak berani dibuat kerana diugut, tidak merujuk kepada hospital untuk mengambil bukti kerana takut dan malu. Maka, maruah mereka tidak dapat dibela kerana mereka memendam penderitaan itu seorang diri. Kasihan mereka.. Slot menjadi lebih menarik kerana slot ini wujud hubungan dua hala antara Dr Azlina as penceramah dan kami as pendengar.


BY : Amir Hanafi , Imran dan Ummul.


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 11 - 5Januari

    Hari ini hari Khamis. Kami telah diwajibkan untuk berpuasa. Kami mulakan pg yg indah ini dengan sedikit senaman yg dikendalikan oleh Abg Acap kami. Kami telah melompat, me’stretching’, bergerak mengikut rentak lagu tema (Gelombang Keadilan) dan macam2 lg yg kami lakukan.

   Pada hari kami berpuasa ini, kami telah di uji dengan kami disuruh untuk menangkap dan mengejar seekor ayam yg telah ditetapkn. Setiap kumpulan perlu menangkap seekor ayam. Bunyinya susah bukan? Tp tidak. Sangat senang kerana kami hebat dan juga kerana ayam itu tidak lari dan rela ditangkap. Hee..

Selepas semua kumpulan berjaya menankap ayam masing2, kami diberi tunjuk ajar bagaimana cara yg betul untuk menyembelih ayam. Selepas di’model’kan, kini tiba giliran kami pula untuk mengaplikasikan apa yg kami pelajari td. Hehehe… Alhamdulillah, drpd 10ekor aym yg disembelih oleh para peserta, hanya seekor sahaja yg perlu ditanam dan tidak boleh dimakan ekoran drpd sedikit kesilapan yg berlaku sepanjang proses penyembelihan menggunakan pisau lipat itu.

   Kemudian, kami diberi tugas untuk membersihkan dan membung bulu2 ayam yg telah kami sembelihi sebentar td. Kemudian, kami telah me’marinate’ ketulan2 ayam yg telah dipotong kecil2 kerana pd malam ini, ketulan2 itu akan di’bbq’ pd mlm ini. =D

    Petang itu, tiada aktiviti khas. Cuma Majlis Syura telah melakukan beberapa aktivit bg mengeratkan ukuwwah dan persefahaman di antara kami.

    Pada sebelah malam pula, pck Hamdy telah dtg bercakap dlm slot yg bertajuk ‘Pengurusan Wang’. Dalam slot ini kami belajar bagaimana cara2 yg efektif untuk menguruskan wang. BUkan sekadar untuk sewaktu kami muda, tp juga cara2 bagaimana ntuk menguruskan wang setelah berumah tangga kelak. Hehe.. harap-harapnya, dapatlah kami aplikasika apa yg kami pelajari pada malam ini. AMEEEEEEEN~

    Selepas tamat slot yg sgt byk memberi manfaat kepada kami itu, peserta lelaki bergegas ke pondok tempat di mana abg2 fasy ber’bbq’ ayam yg kami sembelih pg td. Mereka telah ber’bbq’ ketika kami sibuk berkira2 dan berangan tentang wang. Alhamdulillah! Sangat mantop rase aym itu apabila ditambah pula ‘mased potato’ dan ‘ coleslow’ yg disediakan oleh kak Sha dan kak Mira khas untuk di makan bersama aym ‘bbq’. Nyum2. Sangat berselera kami makan sehingga ade yg berebut2 untuk menambah dan ade juga yg merungut kerana tidak cukup. Hehe.. Buat pengetahuan semua, peserta MHI tahun ini mmg sgt byk makan terutamanya yg ikhwah.

Sekali lagi, hari kami tamat dengan senyuman lebar dr semua pihak. Alhamdulillah!!! =D






Ekspedisi Gua Tempurung - 4 Januari 2012

    Sesudah solat Subuh, kami bergegas beratur mengikut kumpulan masing2. Sementara menunggu bas tiba,kami telah mengubah ‘brain clap’ kpd mhi clap’ dengan dkutai oleh penghulu kami,saudara Ehsan.
Kami bertolak pd jam 7pagi, dan pd kira2 jam 830 pagi,kami berhenti berehat di RnR Tapah selama hamper 39minit  (walaupun hanya 5minit  masa berehat sebenarnya).hehehe..

    Pada 1030pagi, kami tiba di Gua Tempurung(GT). Sebelum memulakan perjalan menjelajah GT, kami diarahkan utk melakukan sedikit renggangan badan bg mengelakkan sebarang kecederaan seperti ‘cramp’ berlaku. Kemudian kami diberi sedikit taklimat oleh Renjer Abd Manan tentang perjalanan kami. Namun, atas mendapat keizinan para fasilitator, Amir Ikhwan, Aqil dan Ibrahim tidak dapat bersama-sama kami menjelajahi GT pd hari itu. =(

    Sepanjang perjalanan, kami ditunjukkan dengan pelbagai bentuk dan rupa yg terbentuk secara semulajadi atas kehendak Allah S.W.T.  Antara bentuk yg dpt dilihat ialah, bentuk perempuan mengandung,muka ‘alien’, baju, bayi dan obor-obor. Kami telah mendaki sekitar1046 anak tangga sepanjang berada di dlm GT. Ternyata kami hebat! Hehe.

    Merangkak, mengengsot, meniarap, jalan itik dan macam2 lg cara yg unik dan kreatif telah kami gunakan bg melepasi halangan2 semulajadi yg memisahkan kami dengan hujung gua a.k.a tempat istirehat kami. =P  Antara yg paling mencabar ialah cabaran tebing. Di mana, kami perlru menggelungsur menuruni tebing setinggi 9meter. Alhamdulillah,berkat kerjasama dan keberanian para peserta, halangan itu berjaya di atasi dengan jayanya. Cuma ada sedikit kecederaan di bahagian akhawat di cabaran ini.

    Selepas berjaya keluar dr GT yg banyak menyedarkan kami tentang kerdilnya kami di sisi-NYA, kami menunaikan solat jamak qasar fardhu Zohor dan fardhu Asar secara berjemaah. Yang menariknya, kami solat berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit. Sangat menarik! kerana ada di antara kami yg pertama kali melakukannya.

    Ada sedikit kecederaan yg berlaku sepanjang ekspedisi ini. Di mana, Afiq telah disengat,digigit kala jengking. Dan Amir Farid terluka di jari telunjuknya akibat terkena bnda tajam. Semoga kesihatan mereka semakin bertambah dan kesihatan para pesrta MHI juga turut cemerlang sepanjang program inil Ameen~
Kami tiba di KRT pd sekitar jam 6ptg.Pada petang itu, kami dibenarkan berehat selepas berpenat lelah melawan arus sungai dan mengelak ‘stalaktit’ dan ‘stalagmit’ di dalam GT spanjang hari ini. Hehehe.

    Pada sebelah malamnya, sesi refleksi untuk ekspedisi GT telah dilakukan. Tetapi refleksi ini dilakukan dengan cara yg berbeza kerana kami semua sedang penat. Kami diarahkan untuk duduk di dalam kumpulan masing2.Kejohanan pantun dua kerat di antara kumpulan2 ikhwah dan kumpulan2 akhawat telah berlangsung. Namun sehingga kini pemenangnya masih misteri. Selepas tamat pusingan pertama kejohanan pantun dua kerat kami, kami di arahkan untuk mereka 3rangkap pantun bagi setiap kumpulan, dan syaratnya ialah pantun2 itu mestilah berkisarkan tentang ibroh atau pengajaran yg dpt di ambil sepanjang ekspedisi GT pg td.

Antara pantun yg ada ialah ;

Dalam toilet dengar lagu Saujana,
Mandi-manda terlupa sabunnya;
Terpegun melihat ciptaan Sang Pencipta,
Terasa begitu kerdil di sisi-NYA.

Tomyam sedap dimasak Saifuddin,
Doa dibaca menjadi penambah;
Gua Tsur takkan dilupakan,
Penghijrahan Nabi mengukir sejarah.


Alhamdulillah. Satu lg hari bombastik di MHI. Semoga kami terus tabah dan kuat menjalani baki2 hari yg tinggal di MHI. =D



BY : Humaira’, Aiman, Imran, Amir Hanafi, Anwar.


Tuesday, 3 January 2012


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 9 - 3 Januari 2012

Pagi
   Slot pagi ini adalah mengenai tafsir oleh Dr.Adnan . Slot ini membincangkan ayat dari surah an-nur, (24:30-31) dan surah al-ahzab,(33:32-33). Slot ini menerangkan secara mendalam tentang ikhtilaat.Umumnya, slot-slot hari ini membuat peserta ‘hyper’..bak kata abang Asyraf la…Di akhir slot kami mempelajari bahawa islam sangat perinci akan hubungan antara lelaki dan perempuan. Selain itu kami belajar bahawa badan, kelakuan, suara, penampilan merupakan antara peraturan ikhtilaat dan islam juga mengehadkan hubungan antara lelaki dan perempuan kecuali dalam keadaan yanag dibenarkan syarak. Mematuhi peraturan ikhtilaat adalah sangat penting untuk mengurangkan masalah sosial.

Tengah Hari
   Setelah selesai solat berjemaah fardhu zohor, kami menjamu selera dan bersedia untuk slot seterusnya iaitu sambungan daripada slot pagi tadi. Ramai di kalangan kami yanag amat meminati tajuk ini terutamanya kaum adam yanag nampaknya memberikan sepenuh perhatian kepada Dr. Adnan. Melalui slot ini, kami ditekankan isu sebelum perkahwinan iaitu, sesi taaruf dan tanggungjawab selepas perkahwinan. Slot berakhir dengan berkumandannya azan waktu asar.

Petang
   Selepas solat asar berjemaah, peserta ikhwah diarahkan untuk berkumpul di hadapan kantin. Manakala peserta akhawat menjalani aktiviti sukaneka. Slot bengkel kereta ini, disampaikan oleh Abang Asyraf yang merupakan salah seorang daripada fasilitator MH-i. Peserta akahwat telah pun melalui bengkel ini semalam. Melalui slot ini, kami didedahkan cara mengendalikan tayar yang pancit serta pengenalan bahagian-bahagian enjin kereta. Di masa hadapan, tiada lagi peserta MH-i yang terpaksa menahan kereta di tepi jalan demi meminta bantuan apabila tayar pancit.

Malam
   Sekali lagi, slot disambung oleh DR.Adnan yang bertajuk Physical Intimacy, Sex and You. Alhamdulillah slot berjalan dengan lancer selepas solat isya. Input yang kami peroleh ialah mengenai hubungan seksual, penyakit yang berkaitan dengannya, dan cara pencegahan. Slot pada kali ini, tidak dapat tidak, terpaksa diasingkan antara peserta ikhwah dan akhawat.

Kelainan dari Hari Lain
Pada malam ini, slot dan aktiviti berakhir agak awal, kerana esok merupakan outing kedua kami. Kami dikhabarkan bahawa kami akn ber'outing' di Gua Tempurung. Dek kerana jaraknya yg akn jauh, maka kami akn bertolak sejurus selepas solat Subuh berjemaah selesai. Dan kerana kami akn bergerak awal pagi, maka kami diarahkan oleh Abg Shukri untuk tidor awal..


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 8 - 2 Januari 2012

Pagi
     Setelah kami mengisi perut dengan sarapan pagi yg sungguh enak sekali, kami meneruskan hari kami dengan slot selanjutnya iaitu slot ‘Aqidah 1’ yg disampaikan oleh Ustaz Alias. Beliau telahn menerangkan dengan lebih lanjut tantang apa yg dmaksudkan dengan aqidah yg sejahtera bg seorang muslim. Beliau juga telah mengatakan bahawa aqidah yg kukuh adalah asaa pegangan keimanan seseorang. Kemudian beberapa persoalan telah diutarakan oleh para peserta berkenaan dengan aqidah yg sejahtera dan beberapa soalan yg berkisar tentsng fiqh. Setelah tamatnya slot ini. Kami teruskan hari kami dengan ‘Public Speaking’ yg speaker2 pada hari ini ialah peserta akhawat yg tampil ke hadapan dengan penuh keberanian dan tanpa rasa ragu2.

Tengah hari
    Selepas Zohor, kami sekali lagi bersam Ustaz Alias untuk slot ‘Aqidah 2’. Pada sesi kali ini, kami diminta diarah untuk duduk dlm kump untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Setiap kump harus membincangkan tentang beberapa soalan yg disediakn oleh Ustaz Alias. Pada sesi pembentangan, walaupun mendapat soalan yg sama, kami mendapati terdapat pelbagai hujah yg mantap2 dan banyak pandangan yg berbeza-beza di antara kami para peserta ikhwah dan akhawat.

Selepas kami selesai membentangkan pendapat kami, Ustaz Alias menerangkan apa sebenarnya yg beliau mahu dr pembentangan kami dan beliau telah membetulkan sebarang pendapat kami yg salah dengan cara yg penuh hikmah. Alhamdulillah, banyak yg kami pelajari sepanjang bersama dengan tokoh yg disegani ramai, kerana beliau merupakan antara veteran dalam jalan dakwah ini. =D Semoga kami terdidik menjadi insan yg hebat sepertinya Ameen~ =p

Petang
    Pada waktu petang, para peserta akhawat telah diberi peluang mencuba sesuatu yg baru dalam aktiviti yg disediakan untuk akhawat iaitu ‘Bengkel Kereta’, sementara peserta ikhwah diberi kebebasan melakukan aktiviti sendiri. Kami, peserta akhawat akui kami tidak punya banyak pemgetahuan dan pengalaman dlm bidang automobile ini. Namun, Pakcik Tarmidzi telah berjaya mengajar kami benda2 asas berkaitan dengan kereta. Antara aktiviti kami ialah bagaimana cara yg betul untuk menukar tayar kereta. Salah seorang drpd kami telah memberanikan diri

Malam
     Wow~! Itulah antara respon kami apabila pemilik syarikatBrotherhood Arts, Abg Ammar Zain tampil bg member penyampaian mengenai ‘peperangan pemikiran’ atau kata lainnya ‘perang saraf’. Nama tajuk slot beliau ialah ‘Ghazwul Fikr’. Slot yg bersifat santai dan diselangi dengan beberapa aktiviti yg menarik telah berjaya mengikat focus dan perhatian kami untuk mendengar celoteh Abg Ammar hingga ke penghujungnya. Walaupun berbantalkan perasaan mengantuk, ditambah pula dengan cuaca yg hujan renyai-renyai member ujian yg sangat berat unutk kami bertahan hingga ke penghujung slot. Namun, Alhamdulillah, slot ini berjaya dihabiskan dan banyak info2 baru dan menarik yg kami perolehi pd malam ini.

Special Event
Ili Nadhirah, Aimi Atikah, Hafizuddin, Mujahid, Furqon dan beberapa nama lain telah dipanggil oleh Abg Safwan. Abg Safwan dengan muka yg sgt ‘SERIOUS’, telah memberitahu bahawa nama-nama ini dipanggil kerana mereka membuatkan Abg Safwan berasa tidak puas hati terhadap mereka. Apa kesilapan yg mereka lakukan?? Tidak, rupanya tarikh hari lahir mereka jatuh sepanjang MHI ini berlaku. Wohooo~! Beberapa kek dibawa masuk ke dalam dewan dan diletakkan di tengah2 dewan. Setiap kump diberi sebulatan kek untuk dikongsi bersama para fasilitator kump masing2. Alhamdulillah, hari kami tamat dengan senyuman tanda kegembiraan kami semua. =)






“Setiap detik yg dilalui pasti memberi 1001 makna tersendiri bagi orang yg bijak mengambil pengajaran dan orang2 yg berfikir.”


Saturday, 31 December 2011


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 6 - 31 DISEMBER 2011

Alhamdulillah. Rutin harian seperti subuh berjemaah, ma'thurat, tazkirah dan 'renggang-renggang pagi' berjaya kami laksanakan dgn jayanya tnpa sebarang kesulitan. Alhamdulillah. Hari ini sarapan kami disediakn oleh pihak kem. Nasi Lemak yg kami kira sedap itu telah mengisi perut setiap seorang dr kami.hehe.. 

Slot seterusnya ialah slot oleh pemilik Kem Rimba Tamu iaitu Othman Bin Ahmad a.k.a Pakcik Othman. Beliau mengingatkan kami ttg bahaya merokok, bahaya dadah, bahaya arak, bahaya nikotin, dan bahaya-bahaya yg sewaktu dengannya. Slot beliau saya kira menarik kerana terlalu banyak info serta input2 baru yg kami dpt, xkira la sama ada peserta atau fasilitator. Selepas bercakap untuk seketika, para peserta telah diberikan satu soalan bg stiap kumpulan untuk dibincangkan. Kami diminta untuk membentangkan hasil perbincangan kami di atas pentas.

Habis sahaja slot Pck Othman, kami disuruh mengemas barang kami sementara para fasilitator mengemas dewan. Kami diarahkan berkumpul pd jam 1220. Kami sedikit teruja kerana hari ini merupakan 'outing' pertama kami di MHI. Kami akan bergerak ke Masjid Negara untuk bersama-sama pemuda pemudi dr seluruh Malaysia dlm program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati oleh Raudhatus Sakinah.

Laporan sepanjang program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati akn kami masukkan kemudian hari sebagai satu laporan  khas. =)

Friday, 30 December 2011


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 5 - 30 DISEMBER 2011

 Laporan kali ini kami pecahkan kpd dua bahagian. Bahagian pertama ialah laporan dr peserta lelaki, dan bahagian kedua pula ialah laporan dr peserta perempuan.

BAHAGIAN SATU - IKHWAH

PAGI
    4 hari sudah berlalu. Terdapat sedikit kelainan pd aktiviti pagi kami hari ini. Pagi ini kami bermain permainan "Telur Menjadi Manusia" yg di 'conduct' oleh Abg Iqbal slps kawad kaki. Alhamdulillah, pertama kali dapat bermain bola di pagi hari.

    Selepas kendiri, kami sekali lagi bersama Dr Adnan dlm slot "MOTIVASI". Dlm slot ini, kami diterangkan ttg definisi 'MOTIVASI', syarat-syarat meletakkan matlamat dan beberapa cara utk mdapat matlamat. Tukar lifestyle, set matlamat, ketabahan... ialah 3 langkah utk mjadi manusia hebat. seperti yg disarankan oleh Bill Gates).


TENGAHARI
    Jam 1250, kami btolak utk solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Batang Kali. Sekali lg hari ini kami bersama Dr Adnan dlm slot "UJIAN PERSONALITI". Dalam slot ini, peserta diberi detail utk mngetahui personaliti masing-masing, kemudian kami diminta utk berkongsi sesama ahli kump supaya dpt mngerti budi pkerti masing-masing.

Seharian penat mnumpu phatian dlm pngisian, kami dibenarkn mlakukan aktiviti bebas selepas Asar. Peluang ini dgunakn spenuhnya oleh pserta MHI utk mrayau dlm kampung, main futsal, basuh baju dan ke kolam air panas bersama Dr Adnan.

MALAM
    Selepas selesai solat Maghrib dan aktiviti harian kami iaitu al-Ma'thurat kami semua disegarkn dgn tazkirah yg mantap dr salah seorang pserta MHI yg btajuk 'Umar al-Khattab' R.A ketika mbuka Kota al-Quds.

    Selesai saja menunaikan fardhu Isya', kami belajar tafsir al-Quran iaitu Surah as-Syams dr Dr Adnan . Surah as-Syams mengajar kami tentang Allah mbentuk hati manusia dan tentang kisah kaum Nabi Salleh iaitu kaum Tsamud.

BY : We Loh + Aiman

BAHAGIAN DUA - AKHAWAT

Al-kisah di sebelah akhawat pula~

    Hmm.. Selesai game 'Daripada Telur Menjadi Manusia' yg penuh dgn suasana GAMAT tuu, kami pun meneruskn aktiviti dgn bermain 'Bola Beracun'. macam mana cara bermainnya? macamtulah!~ =)
. Alhamdulillah, selesai sesi riadhah kami utk 'pagi yg indah ini'. Semua peserta kelihatannya sgt menikmati aktiviti pagi ini.

* * * * *

    Alhamdulillah, selesai solat Maghrib dan ma'thurat, tazkirah maghrib pula dengan jayanya telah disampaikn oleh saudari Amirah Bte Khairul Anwar, wakil AMIGOS VIVA~ Saudari Amirah telah menyampaikn sebuah cerita mengenai kisah Salman al-Farisi dlm perjalanannya mcari kebenaran. Sekian.

Kesimpulan :
   Dari hari ke hari, sulaman ukhuwwah nampaknya semakin terserlah dalam kalangan kami dan terasa berat hati kami untuk menanti saat meninggalkn program MHI ini.

BY : Humaira' Bte Ahmad Khalid

Thursday, 29 December 2011


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 4 - 29 DISEMBER 2011

"DARE TO CHANGE", tajuk slot pertama kami oleh DR Adnan."SELANGKAH MERUBAH DUNIA", tema MHI kami. Mudah diucapkan ttp tidak senang utk dilakukan. Dlm slot ini, kami diminta utk mnulis kekuatan dan kelemahan diri serta halangan-halangan dlm diri yg mhalang kami dr brubah dr baik kpd yg lebih baik. Kami juga diminta utk mnulis sepucuk surat cinta kpd ibu bapa kami.hehe.. Isinya bkisar ttg perubahan-perubahan yg ingin kami kecapi spnjg kami di MHI. Surat itu dgambarkn sbgi simbol satu JANJI kami kpd setiap ibu bapa kami. Hehehe.. Doakn kami ye ibu ayh, ummi abah...


"BEST" "SERONOK" - itulah antara komen yg boleh kami berikn utk aktiviti ptg kami pd hari ini.. Aktiviti kami ialah Larian Berhalangan atau in English, "Obstacle Course" (kot la..hehehe). Para Fasi tlh mnyediakn LAPAN halangan yg stiap satu nye terdapat ibrah dsebalik halangan itu.

SPIDER WEB
-3ahli kump msti diangkat melepasi 'spiderweb'.

TEMBOK
-setiap ahli msti mmanjat melepasi tembok.

BATU KERIKIL
-kami mseti berjalan dgn sebelah kaki tanpa mmakai kasut di atas hamparan batu kerikil.

ASKAR MHI
-kami mesti meniarap melalui jalan yg berlumpur.

TANGAN KAKI
-seorang ahli menapak mgunakan tgn manakala kakinya di pegang oleh seorang lg dan berjalan serentak  memasuki lopak air.

TAYAR
-kami perlu berjalan melalui tayar-tayar yg disediakan.

BERAT BERSAMA
-kami perlu mengangkat ahli kami yg paling berat menuju ke halangan yg seterusnya.

PYRAMID
-kami dikehendaki membina piramid manusia dr kalangan ahli kump kami sendiri.

BOTOL SUNGAI
-kami diminta memenuhkan botol dgn air sungai mgunakan apa shj yg kami ada selain mulut.






Malangnya, ada di antara kami yg mengalami kecederaan dan telah dikejarkn ke hospital berdekatan. Tp Alhamdulillah, mereka baik-baik shj dan kini ada bersama kami cuma mereka kurang lincah bergerak.


     Makan malam kami agk sedikit terlewat kerana aktiviti petang kami habis agk lewat. Oleh sebab masa yg semakin suntuk, DR Adnan terus memulakn slot malam dgn memberi arhn yg sgt jelas dan padat." Bina satu bangunan dengan mgunakan 300 straw dan 100 paper clip yg diberikan. Siapkan dlm masa satu jam" itulah arhn yg dberikan oleh DR Adnan kpd kami. Binaan kami akan dilihat dr tiga aspek utama iaitu KETINGGIAN, KEKUKUHAN, dan SEDAP MATA MEMANDANG. Semangat kami utk menang semakin bertambah setelah DR Adnan mberitahu kami bhwa pemenang dr ikhwah dan akhawat akn menerima RM50 masing-masing.Hehehe..









Terdapat beberapa perkara penting yg kami dpt dr aktiviti-aktiviti dan slot kami pd hari ini. Antaranya :
  1. To change the world, we have to change first.
  2. Ketabahan dan semangat berpasukan - itulah yg mdorong kpd kejayaan
  3. Keep working together as we share the same faith, the same religion.
  4. Be positive, be happy, be wise.
  5. Ade yg berjaya krn ade yg gagal, ade yg lemah krn ade yg kuat.




Laporan oleh TeamSU MHI : Nura Asiah Bte Tuan Yaacob


Untuk gambar-gambar lain sila rujuk di sini : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.328256400527285.86146.325485660804359&type=1

Wednesday, 28 December 2011


Selangkah Merubah Dunia! - Day 3 - 28 Disember 2011


Okey, macam biasa selepas selesainya  Qiamullail,solat Subuh berjemaah dan bacaan Ma’thurat. Seterusnya, kami  dihidangkan dengan sedikit pengisian oleh salah seorang fasilitator kami, Abang Shukri. Selepas itu, kami diberi arahan oleh Abang Asyraf untuk bersiap sedia ke padang kawad.
   

“ 1! 2! 3! 4! 5!!~ ”
Perghhh!! Kami masih terkejut juga dengan arahan yang diberikan untuk berdiri tegak dalam 3 barisan lurus (walaupun ini kali kedua kami menerima arahan sebegini). Abang Asyraf telah mengendalikan kawad kaki kedua  kami dalam kem ini. Seluruh kawasan Kem Rimba Tamu digemakan dengan suara nyaring~ beliau. Setelah itu,pertama kali kami menyanyikan lagu Negaraku  di kem ini. Agak seronok dan bersemangat bila nyanyi  bersama. Heee~ =P

Hari ini dimulakan dengan slot ‘Public Speaking’. 5 speaker pertama telah dirasmikan oleh ketua bg setiap kump peserta lelaki. Nak tahu siapa mereka?
Ø  Aqil
Ø  Ashraf
Ø  Danial
Ø  Ehsan
Ø  Amir
Setiap seorang dari mereka mmg layak memegang jawatan ketua kerana mereka berjaya menghabiskn ucapan mereka dengan jayanya walaupun tiada persediaan yg dbuat. Lebih mengagumkan, mereka hanya mengetahui tajuk ucapan mereka sejurus sebelum mereka mula beraksi. Hebatkan?

         Selepas itu, kami mengikuti bimbingan memasak yang diketuai oleh Pak Long dan Mak Long.


Kami diajar pelbagai menu antaranya:
1.       Daging masak kicap
2.       Ayam masak sambal merah
3.       Ikan masak lemak
4.       Sayur goreng
5.       Ayam goreng

Kami juga diajar bagaimana untuk memotong sayur, daging, bawang dan sebagainya. Jadi, bila pulang ke rumah kelak, bolehlah kami bantu ummi-ummi kami di dapur.hehehe… oh! Antara nilai murni yg kami dapat sepanjang sesi ‘potong memotong gaul-menggaul’ ini, beban yg berat akan dpt dikurangkan sekiranya kita bekerja secara berkumpulan..


      Selepas merasa masakan hasil air tangan kami sendiri td, kami dikerah untuk membuat perbincangan dlm ‘komiti’ masing2. Terdapat 10 ‘komiti’ semuanya :


Majlis Syura ( terdiri dr setiap ketua kumpulan) ->sbgi wakil peserta untuk berbincang dgn para fasilitator.
Timbalan Ketua  merangkap AJK Kebajikan ->menjaga kebajikan para peserta
AJK Masakan > berbincang ttg menu makanan harian.
JK Setiausaha > menyediakan laporan aktiviti harian para peserta.
AJK Kerohanian > menyediakan jadual imam, bilal dan para pentazkirah.
AJK Sukan > merencana aktiviti sukan para peserta serta menjaga peralatan sukan.
AJK Kebersihan > Memastikan kawasan kem sentiasa bersih.
AJK Disiplin dan Keselamatan > Menjaga disiplin dan keselamatan para peserta.
AJK Dana > Menjaga pengaliran wang keluar masuk program. 
AJK Multimedia > Menyediakan video dan gambar untuk kegunaan program

Selepas Maghrib tazkirah peserta lelaki tidak berjaya dilakukan atas beberapa sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. =(  Namun peserta perempuan berjaya melakukan tazkirah KULTIM (Kuliyah Tiga Minit). Tahniah kpd AJK Kerohanian akhawat kerana berjaya melaksanakan amanah mereka. Tazkirah tersebut berjaya disampaikan oleh Syakirah Bte Abdul Rahman. Ia berkisar tentang kisah Nabi Sulaiman dan Sang Semut. Di mana beliau menekankan tentang keyakinan Sang Semut dengan rezeki Allah serta kebijaksanaan mereka dalam berjimat cermat demi kebaikan mereka.
         Slot terakhir kami disampaikan  oleh DR. Adnan bertajukkan‘’Muslim Personality’’..    Antara point penting yang ditekankan oleh DR Adnan ialah :
·         Kepentingan sifat SABAR .
·         Betapa pentingnya untuk kita THABAT dlm apa jua jalan yg kita yakini.
·         BAHAYA LISAN terhadap diri kita dan org lain.
Oh! Hari kami ditamatkan dgn satu hadiah dr Abg Shukri, DOA! Sangat bahagia bila mendapat hadiah yg sebegitu bermakna dr seorang yg sgt hebat seperti beliau. Terima kasih kami ucapkan kpd Abg Shukri. Harapannya agar budaya doa ini dpt kami teruskan dan laksanakan setiap hari dan setiap masa kerana doa itu merupakan senjata orang mukmin. =)

Terima Kasih Abg Shukri =D
Alhamdulillah. Berjaya kami habiskan repot kami. Sebelum kami beransur untuk tidur, ingin kami mohon dr para pembaca agar dpt mendoakan kami para peserta untuk terus tetap di MHi ini. Dan juga untuk para fasilitator agar mereka terus kuat dan tabah dlm menjaga kami.hehe.. Tolong ya!

Repot oleh TeamSU MHi : Aiman, Abdullah,Anwar, Yaqin-          
-          

Untuk gambar-gambar yg lebih menarik, sila ke link ini : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.327381420614783.85954.325485660804359&type=3
                                                       


Tuesday, 27 December 2011


Selangkah Merubah Dunia ! - Day 2 - 27 Disember 2011

 “pagi yang gelap kini sudah terang..”
Oke, Qiamullail sudah,solat subuh berjemaah? Pun sudah.Ma’thurat? lagilah sudah. Seterusnya, kami dihidangkan dengan sedikit pengisian oleh salah seorang fasilitator kami, Abang Safwan. 

Apakah antara ibrah yang kami dapat? Perasaan TAKUT dapat membuatkan seseorang itu menjadi lebih hebat daripada dirinya sebelum itu.Selain itu, apabila kita yakin dengan doa yang kita panjatkan, ia bakal membuatkan doa tersebut lebih dimakbulkan.

“skuad! Ke kanaaaaaaan lurus~!”
                Oh!! kami kaget dengan arahan yang diberikan untuk berdiri tegak dalam 3 barisan lurus. Pakcik RELA (xigt name =P) telah mengendalikan kawad kaki pertama kami. Seluruh kawasan Kem Rimba Tamu digemakan dengan suara nyaring beliau. 
                Setelah itu, kami diberi sedikit  ‘amanah’ mengenai perbezaan antara solat dan kawad dalam diri seseorang yang beragama Islam. Hebat bukan? Itulah beliau yang digelar kami ATUK, dan merupakan peyelia Kem ini, iaitu, Tuan Haji Osman.
`               Bermula 9 pagi, kami megikuti sebuah lagi slot, yang bertajuk “Why Am I Here (mind setting)”. Fungsinya, peceramah telah mengajar kami cara untuk meng’set’ minda dan akal fikiran selama berada di MHI. Slot berharga tersebut telah dikendalikan oleh EncikHasni Bin Marjumat

             Antara input yang kami dapat ialah ‘personality frame identify purpose drawing goals, strength witness and your goal’.

Hari yang indah diteruskan dengan Taklimat MH-I.Melalui slot ini kami berkenalan dengan lagu tema MH-I.(MP3).Disinilah kami dipecahkan kepada 10 kumpulan kesemuanya dan melantik ahli jawatan kuasa dalam kumpulan masing-masing untuk menjayakan program ini. 


Pada saat ini, anda dapat saksikan kami sedang bersuka ria ketika beriadah bersama-sama teman seperjuangan! Nilai utama yg ditanamkan dalam diri kami ialah kepercayaan terhadap ahli kumpulan masing-masing.
                Selepas makan malam, usai solat maghrib, diikuti dengan tazkirah ringkas, mengenai format al-Ma’thurat.Subhanallah! Begitu bagus sekali penyampaian fasi kami dalam menghuraikan isi-isi tersebut dan dikaitkan pula dengan format peperiksaan kami. Menarik bukan?
                Tibalah masanya, saat yang mendebarkan kami kerana slot pada malam ini ialah PUBLIC SPEAKING. Satu sesi yang begitu bertenaga oleh Encik Adnan yang membuatkan kami rasa tercabar untuk berada setanding dengan beliau dalam pegucapan awam. Kami diberi peluang untuk berucap dengan menghantar seorang wakil dari setiap kumpulan untuk berucap. 



               Nampaknya, dalam kalangan kami ini ramai sangat yang berbakat. Don’t judge a book by it’s cover! Kata orang-orang putih gitu… Kalau judge juga, jadi macam kami lah, terkejut sendiri..hehe…

                Itulah antara aktiviti yag kami lakukan sepanjang hari ini. Bermula saat ini, kami berazam untuk menyasarkan goal yang lebih jelas dan tepat pada halatuju. Expect the unexpected! Kami memang peserta yang hebat sepanjang hari ini. Tahniah dan tepukan gemuruh untuk kami! Heee… =D


P/S : tak sabar nak tunggu esok, dengarnya kami akan diberi kursus memasak! Yeah!!

Lagi gambar-gambar menarik hari kedua di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.326730307346561.85794.325485660804359&type=1

Ikuti cerita ceriti kami d http://www.facebook.com/pages/Madrasatul-Hayah-IKRAM-MH-i-20112012/325485660804359


Monday, 26 December 2011


Selangkah Merubah Dunia ! - Day 1 - 26 Disember 2011



Peserta mula mendaftar seawal jam 12 tengahari - walaupun secara rasmi pendaftaran dibuka jam 2.dan berterusan hingga lewat malam - walaupun secara rasmi pendaftaran ditutup jam 7!! Begitulah, kita merancang, Allah yang menentukan. Apa pun, syukur Alhamdulillah semuanya selamat tiba, dari seluruh pelusuk tanahair, jauh & dekat. Ada yang sesat ada yang tersangkut, biasalah..bila ketempat yang tidak pernah sampai, tambah pula nun jauh di rimba.... Kami sangat menghargai kesungguhan & kepercayaan ibubapa 'menyerahkan' anak-anak ke sekolah kehidupan dengan harapan ianya untuk kebaikan. Begitu juga harapan kami. Sama-samalah kita doakan.....   
Sehingga berakhir hari pertama MHi, seramai 49 peserta lelaki dan 37 peserta perempuan telah berjaya mendaftar diri .
Program bermula dengan bacaan ma’thurat secara beramai-ramai  selepas solat maghrib berjemaah.  Sebelum  bergerak untuk makan malam, Abg Shukri selaku Ketua Fasilitator telah meminta para peserta utnuk membetulkan niat mereka agar masa yang akan mereka luangkan selama sebulan di MH-I kali ini tidak akan sia-sia.
Slot Ice-breaking yg dikendalikan oleh Abg Hafiz Bai bermula jam 2100 dan tamat  jam 2250. Antara aktiviti di slot ini yg telah berjaya memecahkan ais ! :
  • ·         Teka – Teki.
  • ·         Berkenalan dengan Abg-abg dan Kakak-kakak fasi.
  • ·         Game ‘AIR’
  • ·         GAME ‘RAHIM KATA’
  • ·         Mempelbagaikan kegunaan sesuatu barang
  • ·          Menyentuh gayung - sepatutnya bola, tetapi bola telah  pecah ketika aktiviti sedang berjalan :(((.


Sebelum kembali ke bilik, peserta telah di jamu dengan bubur durian dan teh panas. Harapnya tidak kepanasan nanti!!
  .

 _____________________________________________

Lintas langsung:

Suasana pendaftaran yg santai di MHi kali ini...
Ada yang makan durian, makan buah-buahan dan sebagainya...
MHi kali ni nampak lebih teratur dan kemas... Ramai alumni MHi yg datang membantu...

Alhamdulillah...

HBai


Untuk melihat lagi gambar-gambar di hari pertama, sila ke
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.326074580745467.85639.325485660804359&type=1 

AHLAN WA SAHLAN

HARI YANG DI TUNGGU SUDAH TIBA!!

ALHAMDULILLAH, 
URUSETIA & PARA PETUGAS YANG TERDIRI DARI ALUMNI MHi SEDANG MENUNGGU KEHADIRAN PESERTA SERTA IBUBAPA & KELUARGA DENGAN PENUH DEBARAN

KAMI DOAKAN MOGA SELAMAT PERJALANAN , TERCAPAI HAJAT

AHLAN WA SAHLAN.............

Sunday, 25 December 2011


Tema MHi 2011

SELANGKAH MERUBAH DUNIA !

SELANGOR

1     Abdullah Hafidz Bin Zuleffendi
2     Abdul Rahman Bin Shamsul Ma'arif
3     Afeeq Azman
4     Ahmad aiman bin mohd faudzi
5     Ahmad Awfar Bin Zulazmi
6     Ahmad Badiuzzaman Bin Roslan
7     Ahmad Yusri Zaharudin
8     Ahmad Zahin Bin Zulkipli
9     Alena Nurfatiha bt Nordin
10     Amirul 'Arif Bin Mohd Kamel
11     Ammar Othman
12     Asma Amatullah Bt Zainol Abidin
13     Azad 'Azizi Bin Mahdzir
14     Faqihah Binti Harithuddin
15     Fawwaz Ahmad Lubis B Mohd Shaffie
16     Hamzah Asadullah B. Mohd. Lazim
17     Husna binti Sakhor
18     Ibrahim Adham A.Khalil
19     Iman bt Ridzuan
20     Intisar Budiman
21     Maryam Dayanah Binti Mohd Adam
22     Muazah Samsuri
23     Muhammad Afif b Rosdin
24     Muhammad Dzikrul Khanif B. Zainol Azmi
25     Muhammad Firdaus B Zun Arif Hakim
26     Muhammad Syamil bin Ishak
27     Muhammad Zakwan Bin Suhaimi
28     Muuqinah Samsuri
29     Muhd Ariff Bin Mohd Hisham
30     Nur Afrina Binti Rustam
31     Nur Amanina Bt Abd Shukor
32     Nur Asilah Soraya
33     Nur Hanan Bt. Muhammad Azhar
34     Nur Iman Binti Zulkipli
35     Nur Sakinah Binti Nas Tamimi
36     Nurshahirah Binti Roslan
37     Rib'e Bin Mohd Parid
38     Riduan Hanif Bin Ahmad Zainuddin
39     Saiful Islam Bin Nor Mohd Zulkarnain
40     Sarah Fotnin Binti Amizi
41     Siti Aishah Farhani Bt Shahruzzaman
42     Solehah Binti Mohd Azam
43     Syafiah Masturah Norhisam
44     Syamim Bukhari Bin Abdul Karim
45     Umair Bin Muhamad Asmadi
46     Umar Izzat Bin Basir
47     Wan Muhammad Muhsin Bin Wan Mohd Yusof








KUALA LUMPUR

1    Adibah binti Zulkepli
2    Asma' Bt Abdul Ghaffar
3    Fatin Nabilah Bt Ibrahim
4    Marwan Bin Md Idros
5    Muhammad Farhan Bin Ahmad
6    Mursyidah Binti Zainal Fitri
7    Nabihah Binti Abdul Kadir
8    Nur Amanina binti Mat Najib
9    Siti Sakinah Binti Mohamad





JOHOR

1     Muhammad Afiq Bin Jiwa
2     Noor Akmaliah Binti Kamaludin
3     Nor Shahirah Binti Mohd Razali



   
     KEDAH

1     Akid Syuwari Bin Suhaizam
2     Ammar Syafiq Bin Sabani
3     Mohamad Syazwan Naim Bin Mahadzer
4     Muaz Bin Mohd Rozi
5     Muhammad Anas Bin Yazi
6     Muhammad Bin Mohd Soofie
7     Wan Mohd Ilyas B Wan Mohd Sanusi




          
MELAKA

1     Abdullah Hakim Bin Azhar
2     Ahmad Faris Bin Ahmad Zamri
3     Ahmad Hariz Bin Ahamad Kamel
4     Nur Sobirah Binti Aris
5     Zaidatul Hanim Binti Zainal Abidin
 

PERAK


1     A'tikah Naasyidah Binti Zainal Ariffin
2     Farah Mardiah Binti Ahmad Khusairi
3     Irfan Mubassyir Bin Mohd Shukri
4     Mawaddah Binti Abdul Aziz
5     Mohamad Nazmi Bin Shamsul Kamal
6     Mohamad Zikri Bin Mohd Fuad Lew
7     Muaz Ahmad Mustafa
8     Muhammad Huzaifah Bin Abdul Jalil
9     Nabil bin Roslizar
10     Nur Sabrina Bt Harith Fadzilah
11     Nurasmaa Binti Agussaiful
12     Nurul Sakinah Binti Ahmad Khusairi
13     Raihan Bt Aminnuddin
14     Siti Fatimah Bt Khairud-Din
15     Siti Hajar Bt Zainal Badri
          

PUTRAJAYA

1    Asma' Binti Tajul Arifin
2    Najwa Solehah Binti Shamsul Bahrin


SARAWAK

1    Abu Zarrin Azhar
2    Najiha Bt Haslan
      
SABAH

1    Ikhwani Binti Surahman 
 
  
PAHANG 


1    Ahmad Faheem Bin Zulkifle
2    Naajihah binti Mat Sukri


PULAU PINANG   

1    Asma' Binti Mohd Hussin  
2    Harith Muhammad 
3    Muhammad Ammar Bin Izmi


   
TERENGGANU


1    Ahmad Luqman Bin Khairi
2    Muhammad Syakir Bin Abdul Wahab
3    Muhammad Syakiran Aimi Bin Mohd Azahan
4    Nur Adibah Bt Jalaluddin
5    Nurul Nadia Azira Binti Mohamad Razali


Tuesday, 6 December 2011


SEKOLAH KEHIDUPAN KEMBALI LAGI....!

Anda lepasan SPM atau STPM atau STAM...?
Bosan..? Apa nak buat yerk...?
Nah, sekali lagi MH-i kembali untuk anda !
Apa tunggu lagi...
DAFTAR SEGERA ! Tempat terhad ! 

Untuk 100 peserta yang mendaftar awal sahaja !!!


: : MHi : TARBIAH ~ UKHUWWAH ~ MAHABBAH : :

MADRASATUL HAYAH-iKRAM 2011/12 

TARIKH
26 DIS 2011 - 21 JAN 2012 
diikuti dengan jaulah selama 10 hari (tempat akan ditentukan kemudian)

TEMPAT
 KEM RIMBA TAMU, HULU SELANGOR

YURAN
RM550 sahaja (anak-anak ahli IKRAM)
RM600 sahaja (anak-anak bukan ahli IKRAM)

 ( tidak termasuk jaulah)

ANJURAN
Pemuda IKRAM Pusat
 dengan kerjasama 
Pemuda IKRAM Selangor
 Pemuda IKRAM WP
 & 
IKRAM HULU SELANGOR

SASARAN PESERTA: 
100 orang maksima

  • Penyertaan adalah TERHAD & mengikut SIAPA CEPAT DIA DAPAT!! Oleh itu mohon daftar segera agar anak-anak antum tidak tercicir!
  • Penyertaan terbuka pada semua termasuk pelajar-pelajar 00, 01 & 02 dari sekolah-sekolah Musleh.
    Kami amat mengalu-alukan penyertaan dari 02 yang insyaAllah akan dilatih sebagai pembimbing kumpulan dan pembantu fasilitator disamping mengikuti program sebagai peserta. Dalam slot-slot tertentu akan diadakan sesi selari 02 & 00/01. Peserta-peserta 02 yang terlibat akan diberikan pelepasan untuk mengikuti LKD.

Syarat penyertaan
Bagi memastikan program dapat dijalankan seperti dirancang, peserta2 mestilah memenuhi syarat2 berikut:
  • Tidak merokok
  • Menutup aurat dengan sempurna
  • Tidak pernah dibuang/digantung sekolah
  • Tidak berpenyakit kronik

Untuk mendaftar, sila isi borang online (tekan SUBMIT, jangan email pada kami!)


Wassalam.



"Jangan tunggu lama-lama...
Nanti lama-lama...Tempat disambar orang "

Comments